Thursday, June 21, 2012

Medan Informasi Atau Luahan Perasaan

Assalamualaikum..
Pagi2 khamis yang indah ini, dya tersentap dengan pelbagai komen,kerenah sahabat tentang laman web sosial.Ada yang negatif ada yang positif,.ishhhhhyyhhh ! T_T

Dulu zaman 80an 90an semua orang guna laman sosial seperti Myspace (yang ini juga kadang-kala bergaduh,sendu tak nak makan,sentap tak nak makan,bila en,tunang berchating dengan girl lain.seriess tak tipooooo )dan Friendster (yang ini dya tak ada sebab opis dah blok,true !maka bos suwoh keja bukan makan ular nyambil makan twisties berapi..hahahaha) yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu, tapi kini sudah semakin terpinggir. Ia telah digantikan dengan kewujudan Facebook dan Twitter. Fungsinya masih sama iaitu menghubungkan antara individu walau di ceruk mana mereka berada, asalkan terdapat kemudahan internet.-kadang kala pun bertekak, besengkang urat dengan en.tunang..hauahuahuahuhua.. :P

Sebenarnya banyak faedah yang diperolehi menerusi kewujudan laman sosial, menerusi laman sosial juga timbulnya perang.betul tak??kalau tak ada perang tak wujud lah fenomema ragam2 orang kat dunia ni.Sapa kata dya tak pernah berperang dengan en.tunang pasal laman sosial??siyess ada lah.korang ada tak??kalau tipu..kena makan buaya nanti,hehehehe!

Dulu dya suka letak gambar berdua agak terbuka juga lah..kuang2kuang2 dengan en.tunang.rasa hebat,disayangi,dicintai bila ada body guard yang jaga.al-maklum lah sedang hangat bercinta mestilah nak publish dekat semua orang kan?kan?bole percaya ke?Ini kebenaran bukan nak menyembunyikan cuma nak berkongsi jek.(but itu dulu masa zaman jahililah masa umor 20 series tapi sekarang dah tak ada,pic en.tunang berdua dah simpan dalam pen-drive,simpan rapi dalam peti besi..larikkkkkkk !!!! )kalau tak caya bole add Lydia Aris di FB.sila tengok.. :) promote2..

Dya rasa tidak perlu meluahkan perasaan negatif atau menghentam seseorang di laman sosial kerana setiap baris ayat yang ditulis menjadi perhatian semua orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia yang terdiiri dari adik-beradik,makcik-pakcik dan VVIP..tipoo jek.Sekarang kalau tersentap dengan rakan-rakan atau en.tunang atau tidak suka dengan seseorang dya tidak perlu menulis di wall sebab dya dah cuba mengawal emosi sendiri,baca istifar banyak2.simpan sendiri dalam hati.tidak perlu gadoh sesama sendiri.bukan dapat duit atau hadiah dari sape2 pun kan??kan??.Dya dengan gaya super spontan dan menulis mengikut emosi ketika status itu ditulis, tetapi selalunya dya akan cuba menulis secara diplomatik.Iyer ke??


Nota : Janganlah mengeluarkan perkataan+komen yang tidak enak didengar, cuba beri contoh yang baik kepada orang ramai - Amaran keras, sekeras batu di laut :)

Terima kasih sudi baca !!!

No comments:

Post a Comment