Wednesday, June 20, 2012

Buah Kiwi Jaguh Nutrisi

Assalamualaikum..

Walaupun kecil dari segi saiznya, buah kiwi mampu membekalkan nutrisi harian yang lazat dengan khasiat kesihatan yang luar biasa.Buah kiwi mengandungi dua kali ganda lebih banyak kandungan vitamin C berbanding buah oren dan lima kali ganda khasiat daripada epal.Kandungan vitamin C yang tinggi berupaya mempertingkat sistem daya tahan secara semula jadi serta menyumbang kepada pembentukan kolagen selain fungsi normal tulang, rawan, gusi, kulit dan salur darah.

Ia juga membantu dalam penyerapan zat besi dan kalsium untuk menjaga kesihatan gigi serta gusi selain mampu mencegah simptom selesema.

Malah, kedua-dua buah kiwi hijau dan emas mengandungi vitamin E dan folat yang boleh membantu pembentukan sel darah merah serta mencegah anemia.

Buah kiwi merupakan sumber pemakanan serat yang bagus. Diet yang mengandungi banyak serat dapat mengurangkan paras kolesterol yang tinggi dan mengurangkan risiko serangan serta sakit jantung.

Berbekalkan sumber kandungan serat yang unggul, buah kiwi Zespri membantu melancarkan perjalanan usus dan menyediakan persekitaran gastrousus yang sihat untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam perut.

Ia juga dapat mengurangkan rasa kembung selepas menikmati juadah yang kaya dengan lemak dan daging.



Gabungan pelbagai rasa dan kandungan nutrien yang tinggi menyebabkan pengambilan buah kiwi secara konsisten setiap hari boleh menjadikan anda lebih sihat serta ceria. Dianggap sebagai jaguh nutrisi, buah kiwi Zespri boleh didapati dalam dua warna jenis iaitu hijau dan emas.

Kedua-dua buah kiwi sama ada hijau atau emas, padat dengan nutrien bermanfaat dalam memberikan perlindungan semula jadi.









Terima kasih sudi baca !!!

2 comments:

  1. selalu dok mkn yg hijau je... tak pernah tau ada warna emas hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lh,lydia pn mkn yg ijau jek but ari 2 nmpk kt c4..harge pn x sma cm kaler hijau..

      Delete