Friday, June 29, 2012

Mencuci hati dengan selawat

Assalamualaikum...

Salam hari jumaat yang wangi mengharum.-_-*Petua dari Dr.Fazilah Kamsah.Harus diamalkan setiap hari.Dya akan cuba amalkan dan terus sematkan dalam hati..betul lah..sama2 lah kita selami nya..

Sebelum masuk tidur amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.Lagi banyak lagi bagus,banyak lah berkat yang kita perolehi.Cara ini dapat memurahkan rezeki, memenangkan fikiran yan runsing serta membuat orang sayang pada kita.

Orang yang hatinya bersih, pasti akan disenangi oleh orang lain walau di mana jua dia berada.Kesan jangka pangkang, bacaan selawat yang kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.

Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat.Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif iaitu sikap yang paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.

Amin.Ya Rabbal Al-Amin...
 
 
 
Terima kasih sudi baca !!!

No comments:

Post a Comment