Friday, June 8, 2012

Bijak urus masa tonton EURO 2012

Assalamualaikum...

Kejohanan edisi ke-14 yang akan membuka tirainya pada 8 Jun malam ini hingga 3 Julai depan.Sama2 lah kita tonton sukan no.1 di Malaysia..

Kepada semua pekerja yang mengikuti perlawanan bola sepak Eropah UEFA 2012 (EURO 2012) menguruskan masa rehat secukupnya bagi mengelak produktiviti kerja menurun serta tiada gangguan sama ada punch card merah atau kelewatan pergi ke tempat kerja..silap2 haribulan bole kena warning letter atau di buang kerja..kerana jadual perlawanan EURO 2012 tahun ini berlangsung awal pagi, namun ia bukan alasan pekerja gagal menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang acara itu berjalan.INGAT tue..pengurusan waktu secara bijak serta sesuai perlu dirancang dan diatur bagi membolehkan kita semua tidak dibelenggu keletihan berpanjangan sehingga mengganggu kerjaya diamanahkan.hehehehe.

Apabila tiba musim bola (EURO 2012), kita akan dengar pelbagai kerenah pekerja seperti keletihan, kurangnya produktiviti kerja dan kekerapan mengambil cuti.tue dah semestinya kan?

Kejohanan EURO 2012 yang berlangsung di Poland–Ukraine dengan membariskan pemain bola sepak terkemuka dunia dari 16 negara gergasi Eropah akan disiarkan awal pagi iaitu sekitar jam 12 tengah malam dan 2.45 pagi.

Pihak majikan perlu bersedia berdepan dengan kadar ketidakhadiran tinggi ketika berlangsungnya acara seperti EURO 2012 dan sukan Olimpik sama ada pekerja mengambil cuti sakit atau tidak hadir.

Andai kata ramai pekerja mengambil cuti (disebabkan EURO 2012), maka beban kerja tambahan terpaksa diserahkan kepada pekerja lain..bole ke?dya tak bole tau.sebab gaji ambik tak sama..ini sudah tidak adil !!! 

Terima kasih sudi baca !!!

No comments:

Post a Comment