Thursday, March 19, 2015

Ikan Besar !

Assalamualaikum.

Kalau sesiapa yang ada follow ig aku pasti tahu yang laki aku tak ada kat rumah empat hari.Hihihihi.Mau tak nya asik miss u daddy lah.Rindu daddy lah dekat ig kan.Laki tak ada mau tak nye rindu serindu nya.Dah lah pergi pulau tak bole call dan watsup.Sure lah risau kan.

Laki aku pergi Dungun Terengganu selama empat hari.Empat hari jugak aku membosan kan diri.Cuma hari tue pergi rumah Abah satu hari dan bawa Amai pergi shopping mall.Biasanya kalau ada laki aku nih, ada lah kawan cakaran kucing sikit kat rumah.Hahahahaha.

Selain suka bersukan cycling, laki aku jugak suka pergi memancing.Tu lah hobi laki aku masa lapang.Ini dah kali ketiga dia pergi tinggalkan aku sejak ada Amai.

Hari Isnin tue,sampai je jeti cepat-cepat call aku cakap selamat dah sampai nak mendarat nih.Dalam hati alhamdulilah.Mesti dia baca watsup aku bertujai dengan gambar Amai setiap masa aku send kat dia.Sebab Amai kalau kita tanya mana ayah manje?mesti dia tunjuk gambar laki aku yang kat dinding tuee.Rindu iyer nakk?ker aku yang rindu??Hahahahahha.

Sampai naik kedarat terus post gambar dengan ikan besar yang dia dapat.Dalam hati aku.Eksen leteww.Takut nanti sampai umah kena bahan dengan aku.Pergi lelama tak dapat ikan,next time tak payah b,buang duit dan masa aja.Baik abiskan masa dengan isteri dan anak.Ada faedahnya.


Alhamdulilah.Dapat ikan besar, sebulan jugak lah aku tak payah pergi pasar.


Kali ini pergi ada berbaloi sikit sebab dapat ikan banyak berbanding dulu dapat kecik-kecik.Nak sedekah orang pun malu.



Kalau korang nak tahu, yang pergi ini semua cikgu dan pensyarah tau.Laki aku je bukan gelaran tue.



Ikan ini je laki aku bawa balik nak masak.Yang lain sedekah dekat orang.Makan ikan besar sangat takut pulak nak makan.



Manja baru tidur.Laki aku kejut lah tue.Nak tunjukkan dia dapat fish besar.

Ikan tenggiri ini aku lupa lah nak tanya laki aku berapa kg.Laki aku nak agihkan sedeakah dekat jiran dan saudara mara.


Manja Amai ikan lebih besar dari awak lah sayang !!!


Tunggu enrty akan datang weekend ini aku masak ikan pulak iyer.



Terima kasih sudi baca !!!

2 comments:

  1. jauh tu..smpai ke Dungun..
    mmg sukakan xtvt mcabar..
    mmg bsr la ikan tu.. pnjng dari amal tu..hihi

    ReplyDelete
  2. aduhla besar gabak ikan nyer... kalu berhasil nk marah pun tak jd kan tp kalu pergi jauh2 lama2 tp takde hasil mmg lah rasa berhangin je kui3...

    msk apa ikan tuh... kepala nyer msk kari ke asam pedas syok jgk tuh

    ReplyDelete