Tuesday, July 17, 2012

Amalan kesukaan Nabi Muhamad S.A.W di bulan RAMADAN

Assalamualaikum..


terima lah penghijarhan saya ini T_T
 Di hari petang yang sejuk,hujan dari pagi sampai ke petang,,nyaman rasanya untuk tulis blog..apatah lagi menjelang ramadan yang tinggal beberapa hari saja kan?korang dah ready tuk ramadan??dah abis hutang piutang yang mana tak berganti lagikkk?dya alhamdulilah..selamat semuanya.Sejak bakal menjadi isteri orang,dya banyak sebenarnya belajar ilmu keagamaan,series!!! lebih2 lagik tentang menutup aurat..kalau bagi persen dya dah belajar 70% walaupun tak semua,tapi ilmu penting untuk kita fahami semua ilmu agama tue..Kalau dulu dya leka waktu sembahyang.berat sangat bontot nih cam de super glue.lekat semacam lagik2 tengok tibi drama jam 7petang..hihi..but alhamdulilah sekarang masuk waktu solat..dya dah cepat2 berwuduk terus solat..dah tak mo dah nak ikut jam putaran negara KOREA..hihihihi

Dya harap amalan di bulan ramadan yang akan datang nanti, dya bole lakukan dengan sempurna..amin..

Antaranya :-

Membaca Al-Quran - Disunatkan memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud,"bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah" (surah al-Baqarah ayat 185).

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa - Rasullah SAW bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa)dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu" (Hadis riwayat Ahmad Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi) 

Qiamullail - Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hingga lah terbit fajar.Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu" (Hadis riwayat Bukhari)

Solat Tarawih - solat yang khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan.Solat tarawih,walaupun dapat dilaksanakan bersendirian,umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid.Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih,diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan Umrah - Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud :"Umrah pada Ramadan pahalanya sama dengan pahala yang mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku"(hadis riwayat Bukhari)

Zakat Fitrah - dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat atau sebelum selesainya solat sunat hari raya.Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah.Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras.Di Malaysia, nilai zakar fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Moga2 amalan seperti diatas dapat kita sama2 lakukan di bulan Ramadan nanti.Amin


Terima kasih sudi baca !!! 

4 comments: