Friday, July 27, 2012

5 Contoh makanan yang TIDAK menggemukkan

Assalamualaikum...

Sempena bulan ramadan ini,semua orang bercerita tentang makanan.Paling penting kita kena bijak dan peka mengawal pemakanan yang seimbang.Bila pergi bazar macam2 ada juadah.De manis,ada lemak,ada kolestrol.Hindari makanan pedas dan minuman berais.Biasanya di bulan pose ini tekak dya lebih suka makan bersup2,ikan kering dan teh o.no ais2.Kalau dya sering minum ais,badan ada kalah dan lemah.disitu sudah ada sedikit kemalasan yang melampau.series !!! Kalau makan berpedas,compom sakit pewot,bila dah sakit pewot mula lah nak berbuka pose walaupun syaitan di ikat di bulan pose tapi sedikit sebanyak naluri hati berbisik" buka je lah..dari menahan sakit pewot tue." betul tak?

Pagi ini dya story sikit tentang penjagaan diet pemakanan, sering ditanya: Apakah contoh makanan yang tidak menggemukkan? Ada ke? Berikut adalah 5 contoh makanan dan minuman popular yang dikatakan sihat. Jom kita teliti samada ia boleh menggemukkan ataupun tidak.



1.Bijiran Oats

Apa dia? Oats adalah bijiran popular yang boleh didapati dalam bentuk cereal, bubur, roti, biskut dan lain-lain. Ia mengandungi karbohidrat kompleks dan juga serat.

Kelebihan? Gandungan karbohidrat komplex dan serat melambatkan proses penghadaman – justeru itu lebih mengenyangkan. Juga sesuai untuk mereka yang mengalami kencing manis kerana glucose release tidak cepat.

Tidak menggemukkan? Ia mengandungi kalori jadi sememangnya boleh menggemukkan sekiranya berlebihan. Selalunya makanan dan minuman beroat ini juga dicampur dengan bahan lain terutama gula ringkas yang juga berkalori. Walaupun serat itu lebih mengenyangkan, pastikan anda kawal pengambilan kuantiti bijiran oats.

2. Buah Kurma

Apa dia? Buah kurma atau dates popular sebagai sajian berbuka puasa pada bulan ramadhan – ia juga sunnah Nabi Muhammad SAW.Pemanis the legend bulan puasa yang tidak bole dipisahkan

Kelebihan? Buah kurma bukan sahaja lazat dimakan tapi juga kaya dengan kandungan serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioxida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain. Bagi saya gabungan fiber dan gula memang sesuai semasa berbuka kerana penghadaman tidak terlalu cepat disampin tenaga yang lebih ringkas.

Tidak menggemukkan? Samalah macam bijiran oats juga. Buah kurma tetap menggemukkan kalau berlebihan kerana ia mengandungi kalori. Berapa banyak? Bergantung kepada saiz dan manisnya buah kurma tetapi

Sebagai contoh: Satu kurma Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5 biji dah 325kcal.

3.Minyak Zaitun + Olive Oil

Apa dia?Minyak zaitun adalah minyak yang diperolehi daripada minyak zaitun (olive) yangs sering dilabel sebagai minyak yang sihat.

Kelebihan?membantu,mengawal dan mengurangkan kolestrol.Ia juga dikatakan meningkatkan metabolisme,lebih mengenyangkan berbanding minyak lain,tiada kolestrol,cegah barah (kanser) dan juga membantu kawalan insulin (sesuai untuk penyakit kencing manis atau diabetis)

Tidak menggemukkan?Ia dikatakan bantu tingkatkan metabolisme dan kawal nafsu makan jadi itu mungkin bagus untuk kawalan berat badan tetapi minyak zaitun itu sendiri tetap menggemukkan kerana ia juga berkalori. Berapa banyak? 1g minyak zaitun = 9kcal. Sama je dengan minyak masak yang lain. Kalau satu sudu meja (tablespoon 15g) dah 135kcal. Pasitkan jangan berlebihan.


4.Diet Coke atau Coke Light

Apa dia?Minuman diet dari syarikat coka cola.

Kelebihan?Berbeza dari minuman gas yang lain,minuman diet coke tidak mengandungi gula langsung.Ia diganti dengan aspartme(pemanis tiruan atau artifial sweetener ).

Tidak menggemukkan?Kalori diet coke memang kosong kalori.Jadi dari segi kalori dan pengawalan berat badan memang tidak menjadi issue boleh diminum.Aspartme dikatakan ada kesan negatif jangka masa panjang seperti pundi kencing, dan meningkatkan kebarangkalian anda dijangkiti kanser.

5.Sayur-sayuran

Apa dia?Well,dya tidak perlu story banyak tentang sayuran ini kan?Sawi,timun,lobak merah,asparagus,brokoli,salad,jamu semua dalam kategori makanan sayur-sayuran.

Kelebihan?sangat2 baik dan baik.dan baik kan?kalori rendah,serat tinggi dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamain dan  mineral yang sangat tinggi.

Tidak menggemukkan?tidakkkkkk!!! seribu kali kata kan tidakkkkkkk !!! Sayur-sayuran adalah satu-satunya makanan yang boleh dimakan tidak kira kuantitinya dan ia tidak menggemukkan kerana kalori dalam sayur sangat rendah oleh kerana serat tidak boleh diserap hadam dan kalori-kalori itu akn dibuang semula.So,kena lah makan sayur-sayuran ini but ia bukan sumber makanan yang baik iyer.Jadi kalau makan salad kosong,itu bukanlah pilihan yang baik kerana ia tidak mengandungi tenaga yang kita perlukan aktiviti harian dan tingkatkan metabolisme.


Terima kasih sudi baca !!!

6 comments:

  1. oh bahaya juga ya pemanis tiruan dalam diet coke ni....
    jemput lawat blog ummi juga ya dear,kita berkongsi info....

    ReplyDelete
  2. terima kasih share... info yg berguna !!! Lepas nie.. slim ajee lah kita ::)

    ReplyDelete
  3. http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-contoh-makanan-yang-tidak-menggemukkan/

    ReplyDelete
  4. mungkin admin bleh bagi credit kepada sumber info

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Admin mungkin patut beri credit kepada pemberi infor iaitu Kevin Zahari

    ReplyDelete