Wednesday, October 21, 2015

Slurrpppp !!! Pirate Coffee

Assalamualaikum.

Jauh hari nih aku pi lunch sampai Bandar U Parit Raja tau !! Saja nak rasa menu makanan di area sana pulak.Dekat sini dah jemu lahaiii..

Pusing-pusing area situ last-last makan dekat Restaurant Mamak 24 jam.Kalau dah hantu mee goreng mamak yang lain tak pandang tau !!! Walaupun banyak orang cakap kedai mamak nih kotor lah, tak cuci tangan lah, kebersihan pun majlis perbandaran pun B lah..macam-macam andaian orang cakap kalau pasal kedai mamak nih.Tapi korang tahu ker tahap kebersihan kedai makan yang lain tue????Fikir-fikir kan lah iyer...

Secara kebetulan makan dekat kedai mamak aku terpandang lah satu kedai minuman yang menjadi viral di Facebook, Whatsap mengenai PIRATE COFFEE nih. Kepada peminum coffee macam aku rugi rasa nya kalau korang tak mencuba.WAJIB CUBA !!

Akhirnya aku dapat jugak merasa air pirates nih.Aku try flavour CAPPUCINO.Ok sedap sangat.Aku bagi 5 bintang.Serius tak tipu !


Masa ambik order kena tulis dekat satu kertas.Korang kena pilih nak ambik perisa yang mana.


Jenuh diorang beratur panjang semata-mata mahu menikmati segelas kopi sejuk.


Aku beli bungkus minum dalam kereta.Nikmat sikit.Pirates Coffee niih tidak jauh beza dari segi kelazatannaya menyebabkan ramai pelanggan berpusu-pusu beratur ingin merasa minuman pirates nih.Aku cuba perisa cappunico dan perisa coklat.Setiap satu berharga RM4.00.Kalau korang nak cuba perisa lain macam latte, mocca, rassbery, special pun ada.Harga dalam RM5 keatas.


Rajin dan tekun anak muda-muda sekarang membancuh kopi untuk pelanggan.



Nak bancuh mimuman pirates nih pun kena ada skill tau !!


Nasib aku pergi waktu pukul 1petang ok lah sikit kurang sikit pelanggan kalau area waktu 5petang ke atas beratur lah korang lama-lama dekat situ.Hihihihi.


Aku salute kepada anak-anak muda yang rajin.Kagum dengan korang tau ! Yang paling penting minuman ini mempunyai rasa mereka yang tersendiri dan cukup enak.

Jom support anak-anak muda berniaga !!!

Alamat : 
PIRATES COFEE,
TAMAN UNIVERSITI PARIT RAJA,
86400 PARIT RAJA,
JOHOR.

Terima kasih sudi baca !!!

1 comment: