Tuesday, June 30, 2015

Tofu Masak Sos Tiram

Assalamualaikum.

Bila masuk bulan Ramadan blog akan bertukar menjadi blog masakan.Nak kalahkan semua chef-chef yang star tue tau.Korang kena faham-faham lah iyer.

Ahad semalam aku try masak Tofu.Bapa mentua aku yang teringin nak makan.Aku masak guna bahan yang sedia ada dalam peti ais.Nasib baik ada pujian yang sedap dari bapa mentua.Hari weekend biasaya turn aku lah memasak sambil dipantau oleh mak mentua.Kira ok lah juga ada pengkritik yang hebak-hebak yang kadang kala komen bak sedu dalam makanan aku.

Aku pun first time masak tofu nih.Hehehehe.Alhamdulilah berjaya jugak :) 

Untuk pengetahuan korang sayur-sayur untuk masak bubur Amai habis aku gunakan campur dengan tofu. 


3 pack kecil tofu jepun, carrot, kubis bunga,batang saderi,batang bawang putih,1 biji telur putih,3 bijik bawang putih,1 sudu kecil tepung jagung, 1/4 kiub ayam, sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan.


Potong tofu jepun.Kena perlahan potong sebab tofu ini lembut.Panaskan minyak dan goreng.Aku letak sikit je minyak cukup untuk terbalik-terbalikkan tofu tu bagi sampai keperangan.Kemudian ketepikan.


Aku tambah dengan isi ayam sikit.


Ini yang paling penting iaitu sos berperisa tiram.Yang ini tak bole letak banyak-banyak kang masin korang punye tofu.Letak lah dalam 2 sudu besar.Aku tak bubuh garam pun.Kena pandai-pandai pelbagaikan rasa.


Amik bawang putih 3 bijik bawang putih racik sampai halus.Kemudian panaskan minyak sikit dan tumis bawang putih.Biarkan wangi sekejap.Masukkan 2 sudu makan sos tiram dan juga air masak air.Masukkan carrot,kobis bunga,daun sederi. Jangan lupa masukkan 1/4 kiub pati ayam,letak kan 2 3 titik  minyak bijan.

Masukkan juga telur putih dah gaul-gaul sikit dan masukkan bancuhan tepung jagung, dan last sekali masukkan dan tofu.Gaul sampai rata.


Last sekali letakkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.Sedia untuk hidangan berbuka puasa.
Selamat mencuba !


Next time aku share resepi daging goreng bersama lobak masin okay !

Lepas siap masak bersilat pulak nak mandikan Amai.Leka tengok Monster Inc.


Selamat menyambut Bulan Ramadan yang ke-13 kepada kawan-kawan ibu :)


Terima kasih sudi baca !!!

2 comments: