Wednesday, May 13, 2015

Satu Tahun Enam Bulan

Assalamualaikum.

Appointment Manja sebenar nya bulan April hari tue.Tapi tu lah aku nih asik sibuk memanjang je post pone sampai ke bulan Mei.Nasib nurse kat situ tak membebel.Kalau tidak sakit telinga sekejap.Klinik Kesihatan Senggarang ini check up baby dan kanak-kanak hanya hari Isnin je.Hari lain tidak dilayan ok !

Sampai Klinik Kesihatan Senggarang ini pun dah lewat pukul 11 lebih baru aku daftar.Biasanya dekat sini pergi awal dengan petang sama je lewat jugak nurse kat sini melayan kita.Lambat diorang nak tengok buku merah.Baik pergi lewat sikit boleh lah aku kemas masak kat rumah dulu.

Nurse kata suntikan untuk kali yang terakhir.Suntikan seterusnya akan diberi sewaktu umur  tahun nanti..Aku cuma angguk-angguk kepala tanda faham lahh tue.Suntikan kali ini diberi nama imunisasi DTP atau Differia Tetanus Pertussis.Yang ini lagi lah aku tak faham.Hihihihi.

Kementerian Malaysia pun telah menyediakan jadual untuk suntikan vaksin yang wajib diambil oleh peringkat bayi sehingga lah kanak-kanak.Korang pi lah google sendiri okay !!


Masa ini Manja suka lari sana sini.Seronok ramai kawan kat Klinik ini.Kalau dekat rumah ada saja yang direnggek kan.Sampai aku naik rimas tau.



Kanak-kanak sebaya dia kerap ke bangku yang aku duduk tue.Mula lah Manja tunjukkan taring dia.



Seronok lah iyer sekejap lagik melalak satu Klinik tau Manja. !



Lepas cucuk nanges sekejap je.Lepas itu mula lah nak meloloskan diri dia.


Sekejap awak dah 18bulan tau Manje.Mummy i love u awak sangat-sangat.

Dah jom balik !


Selfie anak beranak.Happy !!!


Mummy dan Manja :)


Terima kasih sudi baca !!!

2 comments:

  1. besar da dia ye...seronok selfie dengan anak..:)

    ReplyDelete
  2. kejap je dh setahun lebih yek... mmg wajib amik semua suntikan ikut yg dlm buku tuh... nnti kalu nk msk sekolah pun depa nk tgk gk jadual suntikan tuh

    manja mmg manja yek, manis je muke dia

    ReplyDelete