Tuesday, April 21, 2015

Sokong Sangat !!!

Assalamualaikum.

Ramai pencarum KWSP dikatakan membantah cadangan untuk menaikkan had umur pengeluaran penuh kepada 60 tahun.Entah 60 tahun tu umur aku panjang ker pendek kan.Bagus jugak kekalkan had 55 tahun untuk pengeluaran.Setuju !!!!



Petikan Sumber Kosmo


Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam yang memberikan dua cadangan kepada pencarum mengenai had umur pengeluaran penuh mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Dua cadangan itu ialah menganjakkan umur pengeluaran daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 15 tahun atau mengekalkan pengeluaran pada umur 55 tahun untuk simpanan sedia ada dan memperkenalkan pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus be­kerja dan mencarum selepas umur 55 tahun.

Presiden Majlis Perhubu­ngan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, keadaan politik dan ekonomi semasa tidak menyebelahi kerajaan pada masa ini ekoran isu kenaikan harga barang dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Justeru beliau berpendapat, sekiranya KWSP tetap meneruskan cadangan tersebut, ia dibimbangi akan menyusahkan kerajaan yang pasti akan menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

“Kalau boleh, tangguh terus sampai tahun depan kerana iklim politik dan ekonomi tidak sesuai sepanjang tahun ini.

“Penjawat awam dan orang ramai sendiri berhadapan dengan isu harga barang dan GST. Jadi tidak wajar untuk KWSP melaksanakan apa-apa cadangan pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.
Bagi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), mereka bertegas mahu syarat pengeluaran wang caruman dikekalkan pada usia 55 tahun.


Terima kasih sudi baca !!!

2 comments: