Wednesday, April 15, 2015

Manjakan muka

Assalamualaikum.

Dah lama sangat aku manjakan diri di Spa G'Laila ini.Dulu sebelum kawin rajin jugak aku ke sini sebulan sekali dah wajib tentu.Sampaikan span muka aku tak nak campur dengan customer lain.Wahh gitu.

No contact Kak Laila pun aku dah hilang sebenarnya.Pergi google baru lah jumpa terus aku buat appoitment nak facial muka.Facial muka pun sebab muka aku dah naik kusam pluss tone tak sekata.Eye bag pun dah mula menebal.Uissh menci tau.Stress tengok muka kulit kusam nih.Mungkin juga faktor tidur yang tidak mencukupi tue yan naik jerawat manja-manja.

Aku ambik cuti keluar awal.Nasib baik bos bagi pelepasan hati tue.Horeyy ! bole jumpa Kak Laila.Kak Laila ni baik orangnya, peramah, kuat pegangan agama, yang penting tidak kedekut ilmu.Segala petua kecantikan semua dah sharing kat aku.Aku kenal Kak Laila nih hampir 5tahun.Dari mula buat facial sampai lah sekarang hanya Kak Laila je lah yang terbaik buat facial dengan dia.Suka sangat.

Saloon Kak Laila ini tak lah jauh sangat dengan opis aku.5 minit je dah sampai.

Sila hubungi untuk ditemujanji.

Dalam saloon kat G'Laila ini ada jugak jual baju-baju muslimah, tudung shawl, ala-ala fareeda dan jubah.Harga pun berpatutan Kak Laila jual.Sambil berspa kan badan korang bole lah membeli belah kat ruangan yang disediakan.


Ini lah Puan Laila ai yang cantik.Kulit dia pun mulus je.Kak Laila ini anak dah tia tau.Tapi still maintain cun melecun lagik.Hihihihi.
Paling suka kalau facial kak sini, Kak Laila akan alunkan lagu-lagu agama, kekadang tue orang mengaji, ada jugak alunkan nasyid yang berunsurkan agama.Kalau dah dengar sayu je terus aku terlena.Sedar-sedar dah 2 jam kat atas katil.


Pakej terbaru dari saloon G'Laila Hair And Beauty.Untuk orang bersalin pun ada pakej.Bole baca dan hubungi Kak Laila untuk harga berpatutan.



Masa aku nak masuk pintu, meow nih lah yang sambut aku.Kak Laila ada bela kucing.Cantik sangat kucing nih.Kak Laila bela pun dah lama.Lupa lah nama meow nih apa.


Saya dan Kak Laila


Terima kasih G'Laila Hair And Beauty memberi banyak petua dan tips untuk kekal sentiasa cantik.Insyallah next month jumpa lagik iyer.Tue pun kalau kocek ada lebih lah..

Facebook : G'Laila Batu Pahat
Alamat     : G'Laila Hair And Beauty, 
                   No.14A Jalan Megah 1, 
                   Taman Megah,
                   83000 Batu Pahat,Johor


Terima kasih sudi baca !!!

2 comments: