Monday, June 15, 2015

Tahu Tak PELANCONG Negara Mana Yang Suka Curi Barangan Di Hotel

Assalamualaikum.



Ramai diantara kita pastinya gemar tinggal di hotel khususnya hotel-hotel yang mewah atau hotel yang bertaraf ‘bintang lima’. 

Selain perkhidmatan yang diberi amat istimewa, malah suasana persekitaran, makanan dan barangan dalam bilik yang diperuntukkan turut yang terbaik.  Ini kerana bayaran yang diberikan agak tinggi, jadi layanan yang disediakan haruslah setimpal dengan harganya.

Namun apabila ‘ check out ‘ dari hotel, kebiasaannya kita semua mesti ada pengalaman mengambil sabun, shampoo atau jel mandi, malah lebih teruk lagi ada yang mengambil tuala mandi atau bantal untuk dibawa balik rumah. 

Baru-baru ini sekitar bulan Mac sehingga April, laman tempahan hotel antarabangsa iaitu Hotels.com telah membuat satu kaji selidik berhubung ‘trend pencuri hotel ‘ yang melibatkan seramai hampir 5000 pelancong dari 28 negara, dengan keputusannya, pelancong dari Singapura berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Argentina.

Bagaimanapun, kaji selidik yang dijalankan mendapati kebanyakan mereka bukan pula mencuri barangan mewah, sebaliknya cuma mengambil peralatan kecil dan keperluan asas yang biasanya ada diletakkan di dalam bilik hotel.

Pelancong Singapura paling suka mengambil selipar iaitu sebanyak 53 peratus, manakala 35 peratus pula gemar mencuri peralatan menulis serta baki 12 peratus lagi membawa pulang buku dan majalah dari hotel penginapan.

Hotels.com turut melaporkan selepas Singapura, pelancong Sepanyol, Jerman dan Ireland antara pencuri terbesar, namun pelancong warga Amerika Syarikat berada pada kedudukan sederhana kebarangkalian mencuri di hotel.

Dalam pada itu, pelancong Colombia adalah paling kurang mencuri barangan hotel iaitu 31 peratus diikuti warga Denmark, Hong Kong, Korea Selatan dan Norway yang berkongsi kedudukan sama dengan 33 peratus sahaja.

Ini bermakna tiada negara yang pelancongnya langsung tidak mencuri dan kajian Hotels.com mendapati, semua pelancong mengambil barangan mandian percuma di bilik air dengan alasan sebagai cenderamata kenangan.

Ini diakui penulis buku hotel terlaris Heads in Beds, Jacob Tomsky yang berpengalaman 10 tahun dalam industri perhotelan antarabangsa: “Pihak hotel pun ‘malas’ periksa selongkar bagasi setiap pelanggan mereka.” 

Berikut 10 Negara yang paling berkemungkinan mencuri barang dari bilik hotel :
1) Argentina 73 %
2) Singapura 71 %
3) Sepanyol 70 %
4) Jermen 68 %
5) Ireland 67 %
6) Rusia 59 %
7) Mexico 59 %
8) Italy 57 %
9) Jepun 56 %
10) Amerika Syarikat 53 %

Sumber Cari Infonet


Terima kasih sudi baca !!!

5 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... heheheh

    ReplyDelete
  2. saya suka amik tisuuu..haha...kira curik ek?

    ReplyDelete
  3. eh selipar dgn syampu sabun bagai tu mmg complementary kan..

    ReplyDelete
  4. mmmm...
    igtkan mde2 tu blh ambk free j.. dikira knangan mginap kat hotel tu..
    lainlah ambk tv, iron dlm blik hotel tu...

    ReplyDelete