Wednesday, June 24, 2015

Kuih Raya Buatan Cayanun WAJIB Baca !!!

Assalamualaikum.





PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyiasat di bawah Akta Perihal Dagangan sekiranya pengguna membuat aduan mengenai keraguan mereka terhadap kuih raya yang dilapor diimport dari China.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sekiranya kuih itu didakwa sebagai halal tetapi sebenarnya ia tidak halal, maka ia adalah menyalahi akta berkenaan.

"Namun sekiranya logo halalnya mengelirukan, ia perlu dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menentukan sama ada produk itu halal atau sebaliknya," katanya.

"Saya alu-alukan aduan daripada pengguna sekiranya terdapat produk yang diragui dan KPDNKK akan menyiasat atau menghubungi Jakim untuk membantu. Tetapi secara rasmi saya tidak menerima apa-apa laporan (berhubung kuih raya dari China)," katanya.

Alias yang ditemui selepas menghadiri Majlis Perundingan Tahunan KPDNKK bersama Sektor Koperasi di sini hari ini, diminta mengulas laporan mengenai kuih dan biskut raya yang dikatakan diimport dari China dan dijual pada harga rendah.

Biskut dan kuih raya itu dijual serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenisnya. - Bernama


Sumber dari Bernama


 Terima kasih sudi baca !!!

2 comments:

  1. ini yg seram nih.... kalu kt malaysia blh lah terima tp kalu dh import dr negeri cina mmg tak caya lah... sbb kt malaysia nih pun banyak dh kilang pemilik org cina tp mereka mengambil industri halal...

    ReplyDelete