Friday, June 5, 2015

Gegaran Gempa Bumi Di Sabah

Assalamualaikum.

Pagi ini buka Facebook Group WhatsApp heboh diorang cerita pasal gempa bumi di Sabah pagi nih.Takut jugak sebab Semenanjung pun dah berhampiran dengan Sabah.Semoga Allah melindungi umat islam di sana.




Satu gempa bumi berkategori “sederhana” iaitu berukuran 6.0 pada Skala Richter telah berlaku dan dikesan berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 19 kilometer di barat daya Ranau demikian laporan earthquaketrack

Gempa bumi sederhana berskala 6.0 Ritcher itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.15 pagi Jumaat 5 Jun 2015 dan tiada amaran Tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi berkenaan dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.


Dari laporan semasa yang diterima, impak gegaran itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan dan kerosakan serius di kawasan lokasi gegaran.

Dalam pada itu, orang ramai yang berada di lokasi gegaran turut berkongsi pengalaman mereka merasai gegaran tersebut di laman sosial dengan kebanyakan menceritakan bahawa diri mereka merasa bergegar beberapa saat.


Sementara itu, gegaran yang kuat dirasai oleh penduduk sekitar Marudu, Beaufort dan Kota Belud sehingga menyebabkan kerosakan kecil seperti keretakkan pada struktur tiang dan dinding batu kediaman mereka.

Terdapat juga beberapa premis perniagaan di kawasan yang terlibat gempa mengalami kerosakan kecil selain barang-barang yang diletakkan di atas rak jatuh bertaburan serta cermin pecah impak daripada gegaran gempa berkenaan.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia di portal rasmi www.met.gov.my melaporkan gempa bumi sederhana tersebut adalah berukuran 5.9 pada Skala Richter
Pusat gempa itu dikesan di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur, 16 kilometer barat laut dari Ranau yang turut dirasai di Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/berita-gegaran-gempa-bumi-di-ranau-sabah-5-jun-2015.



Terima kasih sudi baca !!!

3 comments:

  1. tadi pagi pun ada dengar berita juga..

    ReplyDelete
  2. sedih sangattt pasal gempa ni. bergelimpangan mayat kat atas gunung tu hmm. semoga sabah dilindungiii aminnn

    ReplyDelete
  3. Assalam Mama Lydia... tu la tu.. gempa bumi plg hebat terjadi di Sabah, Malaysia, kalo negara luar, tak pelik la... ni luar biasa, Dugaan dan Ujian dari Allah swt.. Al Fatihah...

    ReplyDelete