Wednesday, January 21, 2015

Genap 1 Tahun 1 Bulan Amai berjalan

Assalamualaikum.

Lama dah aku tak update blog kan??Hewhew rindu iyer?Awal tahun aku kerja kat opis melambak sangat-sangat.Nak tulis baca blog kawan-kawan pun tak berkesempatan. :)
Awal tahun dah emo sikit tau sebab bonus tahun nih kena tolak.Hampeh sanggatt.Bajet nak honeymoon punehhhh :(

Dari punehh dengar emo aku,meh aku story tentang Amai yang dah pandai berjalan.Alhamdulilah.
Sebelum nih dah nampak Amai menapak setapak cume kekuatan menampak berjalan ke simen belum lagi ketara.Asik memapah kerusi meja.Lagi satu start dah nak pandai jalan tak moo orang kelek dia.Pegang lama2 pun dah tak moo dah.Nak berdikari katanya.

 
Gambar nih last aku guna Samsung Note II.Tingal kenangan.Pakai pun sekejap jek.Jenuh pilih kasut Amai time nih semua tak kena lah sebab kaki Amai panjang.Susah nak cari saiz.
 

Perkara yang paling Amai suka ialah bermain handphone dan ipad.Pantang handphone lepa letak mulai lah elo2..aaaaahaaa.Bahasa jerman dia dah mai time tue.Kadang kala jenuh cari handphone mane lah dia letak kan.Grrrrrrr !! Handphone daddy lah jadi mangsa.Bila kita ambik nangis tau Amai nih.Tahu dah bersosial kecik-kecik :)

 
Siapa cakap Amai tak pandai selfie??? Kalau aku cakap "Amai tekan sini, tekan sini keluar lah gambar dia.Sengeh-sengeh gedik sangat !!

 
Lokasi paling Amai sangat-sangat suka pergi bilik air.Pantang dengar bunyi air ,orang mandi ker,pluss air tandas ker.Tup-tup dah de depan bilik air.Tercongok kat situ.Nakal dah Amai nih.
 
 
Cam ni lah aktiviti Amai bila aku tak ada kat umah.Hari-hari laki aku watsup aktiviti Amai kat umah.Comell geram pun ada kekadang.Tapi itu semua membahagiakan.Dengar telefon umah.Keluar lah bahasa jerman dia mai.Suka main telefon lah manje mummy nih.
 
 
 
Kadang kala je aku beri dia air kotak soya dengan milo.Sebab kekadang sepupu Amai datang umah nampak diorang minum jerit-jerit.Dah pandai mintak minum.Laju je sedut manje nih.Tapi selebihnya tuang ke lantai.Mula lah emo swinggg aku naik.Grrrrrr !!!
 
 
Alhamdulilah.Amai genap setahun satu bulan dah berjalan.Terima kasih Allah swt. :)
 
 
 
Terima kasih sudi baca !!

1 comment: