Wednesday, April 4, 2012

Renungan Bersama..

Rasullah bersabda :

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadianya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani,kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama,kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya rohnye dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat iaitu supaya menulis rezekinya,ajalnya,amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.

Demi Allah Yang Tiada Tuhan melainkannya,sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka.Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Allah sudah menunjukkan pada kita apa yang benar atau salah melalui pesuruh-Nya dan Al-Quran. Allah telah memberikan kita kebebasan untuk memilih pada satu tahap tertentu.
Allah tidak menetapkan apa yang akan kita putuskan tetapi apa yang diputuskan oleh kita sudah diketahui oleh Allah sejak azali.Dia membenarkan keputusan kita (yang buruk) untuk berlaku bukan kerana Dia menyukainya, tetapi kerana kebebasan kita untuk memilih. Malah manusia melengkapkan Dekri Suci Allah S.W.T melalui perbuatan-perbuatan buruknya.
Ini adalah benar kerana hanya perkara baik yang datang dari Allah, yang buruk datangnya dari manusia sendiri.

Manusia adalah dipertanggungjawabkan ke atas keputusan-keputusan yang dibuatnya dan akan diberi faedah mahupun hukuman mengikut niatnya. Mana-mana keputusan yang jatuh dalam kekuasaan Allah, di mana manusia tidak berkuasa untuk mengubahnya adalah diampunkan oleh Allah. Manusia juga akan diberi nikmat sekiranya beliau sabar dengan ujian-ujian dan musibah yang tertimpa padanya,yang kadang kala boleh mendatangkan kesakitan fizikal. Walau bagaimanapun, apa jua kejahatan yang dilakukan oleh manusia sama ada secara sukarela ataupun akibat hasutan syaitan akan dipertangungjawabkan padanya. Ada sebuah hadith yang menyatakan Allah telah menetapkan ruang untuk manusia melakukan dosa. Tetapi ini bukan bermakna Allah memberikan peluang kepada manusia untuk melakukan dosa.  Ini hanyalah satu isyarat yang Allah mengetahui dan mengenali seseorang manusia itu lebih dari manusia itu mengenali dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment