Tuesday, August 23, 2011

Gajus sebaik pil vitamin

Gajus sememangnya terkenal sebagai penambah rasa,justeru tidak menghairankan jika ia sering ditabur dalam masakan nasi tradisional seperti nasi minyak atau nasi beriyani,lauk-pauk seperti dalca dan pencuci mulut bagi mengangkat aromanya.Namun lebih menarik ia sebenarnya bukan kacang sebarangan kerana padat dengan khasiat dan jarang ditemukan dalam kacang lain.Teka-teki "buah apa bijinya di luar?"merujuk kepada jawapan gajus kerana keunikan bentuk buahnya. Bagi masyarakat Melayu,pohon gajus sering menghiasi laman rumah kerana keunikan buahnya.Selain menyedapkan masakan ia juga digunakan untuk tujuan kesihatan sejak berzaman lamanya bagi meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal.Selain gajus kekacang lain yang dipercayai menyimpan keistimewaan yang sama adalah berangan,soya,pistachio badam dan kacang kuda.Turut dikenali sebagai pil vitamin semula jadi, gajus mengandungi pelbagai zat mineral seperti magnesium,fosforus,kalsium,zink,selenium,zat besi dan potasium,Bahkan kepelbagaian vitamin seperti vitamin B6, vitamin K,vitaminC,VitaminE,niasin,folat.riboflavin dan thiamin juga membuatkan kacang yang berasal dari bumi Brazol ini kaya dengan nilai perubatan.
Faedah lain :


  • Daun gajus berupaya membunuh bakteria dan kuman,mengubati cirit-birit,mengurangkan demam,gula darah,tekanan darah dan suhu badan.

  • Mempunyai lemak baik untuk pengurusan berat badan.Namun disyorkan pengambilanya secara sederhana kerana ia tinggi kadar tenaga dan serat.

  • Gajus merupakan kudapan sihat untuk pesakit jantung.

1 comment:

  1. dulu kt johor slalu makan..ssukeee..krg ni mcm susah je nak carik..

    ReplyDelete