Tuesday, August 9, 2011

Mengapa Wajah Tidak Berseri Ketika Solat

"Ya allah baru kusedari bahawa wajahku tidak pernah senyum apabila sedang berhadapan dengan majlimu.Sedangkan solatku ini adalah berhadapnya aku dengan-Mu,Kekasihku.Adakah aku tidak ikhlas dalam berhadapan dengan-Mu dalam solat ini ..wahai Tuhanku??Ya Allah beratnya wajahku bagai aku menanggung beban yang sangat hebat.Tiada seri dan ceria pada air muka ini.Bagai air kolam yang bertakung begitu lama.Tiada riak,bagai angin tak pernah sampai di sini.Mengapa jadi begini?
"Ya Allah,bukankah aku sedang berdiri.rukuk.sujud.Menyerahkan diri ini kepada-Mu.Kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha Indah.Sewajarnya aku sedang menikmati keindahan-Mu ya Zul-Jalal Liwal Ikhram.Bukankah wajah ahli syurga akan berseri-seri di syurga kerana dapat memandang Zat-Mu?
"Ya Allah apakah hambamu ini belum mencapai martabat ihsan?Aku belum mampu beribadat seolah-olah aku yakin Engkau melihatku atau aku seolah-olah sedang melihat Engkau?Kalau benar aku ini ihsan ya Allah tentulah wajahku berseri-seri di dalam solat.Bukankah begiru wahai Kekasihku?
"Ya Allah sewajarnya wajahku ceria ketika patah-patah ayat suci bermesra di lidahku.Sewajarnya air mukaku kelihatan gembira ketika aku qiam,rukuk dan sujud kepada-Mu.Aku sewajarnya tersenyum dan berwajah permata kerana Engkau-lah yang sedang berada di majlis amalan cintaku.
"Ya Allah kalau hamba-Mu akan gembira dapat melihat Zat-Mu di syurga kelak,apakah aku tidak patut gembira dalam solat ini?Bukankah solat ini telah menemukan aku rapat dengan-Mu, ya Allah bukankah yang sedang berada di depanku sekarang ialah Engkau wahai Kekasihku?
"Ya Allah aku tidak pernah menunjukkan wajah senyumku kepadamu ketika solatku.Aku takut kepada-Mu ya Allah kerana dosa-dosaku,Namun hati ini sangat gembira sebenarnya keran Engkaulah di depanku.Sebagaimana Engkau janjikan ahli syurga gembira berhadapan dengan Kekasih di dalam syurga izikanlah dunia ini dalam solat yang singkay aku dapat merasai pengalama syurga ya Allah.

No comments:

Post a Comment