Thursday, December 31, 2015

Azam 2016

Assalamulaikum.

Sekejap dah nak penutup buku tahun 2015...Goodbye 2015...Beberapa jam je lagi kan..Azam korang tahun lepas tercapai tak???Setiap orang kena lah ada azam kalau tidak macam mana nak perbaiki kelemahan dan kekurangan diri sendiri..betul tak????Wahhhhhh !!!

Azam aku tahun lepas ada yang tercapai..ada yang tidak tercapai...hrmm...Tahun 2016 kena lebih chaiyokkk !!! chaiyokkk !!!

Amai pun tahun depan dah nak masuk 3 tahun..Lagi 2 tahun dah nak sekolah..Ramai kawan-kawan aku bertanya..Bila Amai nak dapat adik lagi?? " Bila tanya Amai nak adik takk?Mesti dia jawab " iyer-iyer Ibu nih..Amai pun dah petah becok bercakap..Dia punya persoalan tak berhenti-henti rasanya..
Insyallah korang doa-doakan iyer..


Azam aku untuk tahun 2016...

Penambahan zuriat buat kami pun salah satu azam aku untuk tahun depan..Semoga tuhan mempermudahkan...Aminn....Aminnn...

Jadi lebih sihat dan bertenaga..kalau boleh nak lakukan aktiviti sukan bersenam berbasikal , jogging, skipping..Bab pemakanan pun aku nak jaga jugak..NO PIL KURUS...NO PIL KURUS YA...Nih kalau dah malam-malam melantak mee goreng mamak, mee hylam..bertambah lah kg aku tue..Laki pun dah complain cakap badan aku dah montel..Bila nak kurus sayang oiiiii...Target nak capai 55kg pun dah memadai..

Sejak dah tukar bos baru aku nak ubah sikit prestasi kerja..Sebelum nih asik datang lambat je..kena warning dengan bos jangan cerita lah...dah berapa kali kena signal..Aku nak daatang kerja lebih awal..Kurangkan ambik MC dan UPL...Insyallah..Kena perlahan-lahan okay !!

Nak jadi Ibu yang sempurna, penyayang, solehah dan tingkatkan ilmu agama..Sejak ada Amai nih..solat 5 waktu kena jaga..Sebab kalau anak tengok ibu bapa solat..tak sikit banyak dia akan faham dan ikut situasi begitu..Nak Amai membesar dengan sihat dan membesar depan mata dengan sempurna....Moga tuhan sentiasa memberi aku nikmat dan kerberkatan hidup bersama suami dan anak-anak yang diredhai..

Ikutkan banyak jugak impian dan azam aku nak tulis..tapi itu semua dengan keizinan Allah..Kita berusaha selebihnya Allah yang menentukan..

Untuk tahun 2016 aku kena kuatkan semangat dan azam yang baru..Jangan selalu berfikiran yang negatif fikir yang positif..Insyallah hidup pasti tenang dan aman..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016 !!!

Terima kasih sudi baca!!

2 comments: