Thursday, February 12, 2015

Pergi Check Up Amai

Assalamualaikum...

Isnin lepas aku on leave satu hari bawa Amai pergi Klinik Kesihatan Senggarang.Sepatutnya ikut buku merah Amai kena timbang 26/01/2015.Tapi oleh kerana bizi mummy ko nih mengalahkan menteri sebulan berlalu baru pasan Amai kena pergi KK.

Dekat KK Senggarang nih check up baby hari Isnin je.Amai baby lagi ker?? Hahahahaha.

Hari lain tak dilayan ok termasuk lah hari ahad.Besenya aku pergi sure lah balik umah lewat.Service kat KK nih sangat-sangat slow melowww.Misi lebih suka popek popek.Ingat aku nak half day je tapi dah sampai 12 tengahari baru siap.Malas rasanya baik aku cuti satu hari senang.Tak lah aku berkejaran masuk opis.


Tunggu daddy mandi lama nye kita selfie dulu.Hehehehe.Amai nih kalau dah nampak kasut mula lah nak turun tak moo kelek.Suka berjalan lah anak mummy nih.Walhal masa mengandung kan awak dulu mummy tak banyak berjalan tau.Banyak masa abis kat opis,rumah kedai je tau.Kuat mummy kerja dulu.Semangat sampai awak dah nak keluar baru lah mummy rehat kat rumah.


Aku rasa Amai tak comell guna baju skirt.Tak nampak comell lah sayang.Aku lebih suka pakai kan seluar dengan t-shirt.Simple je.


Syukur timbang anak mummy naik 9kg.Amai nih sebenarnya tak nampak gemok.Dia kuruihh dan badan je memanjang.Lasak jangan cerita lah mengalahkan orang lelaki.Yang itu ikut laki aku lah.


Nampak sangat Amai dah dewasa.Dah bole jadi kakak iyer sayang.Moga awak membesar dengan sihat dan sempurna.Mummy hari-hari doakan kebaikan awak sayang.Love u so much !



Terima kasih sudi baca !!!

1 comment: