Friday, February 27, 2015

BP Mall Pacific

Assalamualaikum.

Mesti ramai yang tanya mana destinasi aku pergi cuti raya cina minggu lepas kan?Memang tak ada planning pun kemana sebab laki aku nak buka kedai.Sedia maklum kedai cina banyak yang tutup sempena raya diorang.Baik niaga lagi bagus.Dapat jugak income.

Awal-awal laki aku dah signal cuti tahun baru cina tolong dia kat kedai.So,segala planning kena lah tunda cuti sekolah nanti.Gini lah gayanya kalau bersuamikan laki niaga.Mana dia mencari rezeki disitu lah aku kena ada.Cewahhh !!

Memandang kan aku cuti pun lama, laki pun kesiankan Amai dok terperok dalam umah, terus berbunyi nak bawa Amai jalan-jalan mall.Kesian asik duduk rumah jek.Yahooo daddy bawa pusing-pusin mall.


Besar dah manja mummy nih.Sayang ketat dekat awak tau !!


Manja dah bole jadi kakak ker nih??mummy tak puas lagik nak gomol awak lah :)


Petang Jumaat tue bawa lah manje Amai pusing-pusing satu mall, makan-makan sambil tue sempat jugak aku membeli sepasang kasut.Lagipun jenama Crocodile memang peminat setia aku dari dulu lagi.Kalau tak offer sure mahal.Kebiasaanya aku beli pun time offer.

Masa nih aku beli RM69.90.Kalau tak offer mau seratus lebih.Mak tak mampu nak pakai mahal-mahal dekk nunnn.



Sempat diorang bergambar dengan idola masing-masing.Hihihihi.


Laki pun bawa anak-anak saudara nih.Besar dah semua nih.Terutamanya Ejam.Tahun ni awak SPM tau.Belajar rajin-rajin.


Korang janan ingat Amai nih berani tau.Sekejap nih ambik gambar, melalak kat situ jugak.Penakut jugak anak mummy nih.Satu mall dengar suara awak tue sayang.

Oleh kerana BP Mall dah sesak dengan orang ramai.Laki aku dah ajak balik.Rimas.Jalan pun jem.Laki aku nih bukan suka sangat bersesak-sesak nih.Lepas makan kita orang terus balik.


Laki aku pergi transfer duit masa nih.Yokkkk selfie dulu.Busannnn !!!


Tengok lah manja mummy nih.Macam-macam kerenah dia keluar kan.


Dah namanya raya cina kan.Mesti lah pakai kaler merah.Hihihi.


Tengok muka manja ai sama cam mummy dia kan.Manje dah lasak sangat tau.Lagi-lagi kalau kita dukung dia cepat sangat nak loloskan diri dia tue.


Tengok lah, ni baru sorang kalau tambah lagik 2 3 orang mau pengsan mummy ko nih.Silap-silap bole jadi hulk sekejap.hihihihihi


Selamat Berhujung Minggu Kekawan !!!!



Terima kasih sudi baca !!!

1 comment:

  1. Bp Mall jadi tumpuan semua kan,. Tambah kalau time cuti, emmm memang ramai..

    ReplyDelete