Saturday, December 27, 2014

Medan Ikan Bakar D'Terapung

Assalamualaikum.

Kalau korang nak tahu aku dengan laki aku pengemar ikan bakar.Segala ikan yang dibakar semestinya pembuka selera kami berdua.Kalau dah pergi tepi laut, tekak mesti teringin nak makan seafood.Lagi2 laki aku nih.Bila aku cakap nak makan ikan bakar,cepat-cepat siap suwoh aku waze lokasi mane yang besh.

Habis tengok bola malam tue dan Malaysia tumpah di tangan Thailand laki aku dah musyuk muka.Hahahaha.Lapar leteww.Pukul 11 baru aku keluar pergi makan.Dia pun request nak makan seafood.Aku whatsup kawan-kawan dekat group suggest mana lokasi sedap nak makan ikan bakar kat Port Dickson.Rata-rata rekeman aku makan di D'Terapung.Diorang cakap kat situ ikan fresh, bakar pun rasa lagi kemanisan ikan tue.Wahhh bila dengar macam tue lapar terusss.hahahahahaha.

 
Time cam nih waktu Amai tidur.Sian dia ganggu waktu tidur dia.Mummy daddy awak lapar sayang.Aku rasa kalau pergi waktu siang mesti besh nampak sikit laut kan.Restoran nih atas laut sebenarnya.

 

Malam tue aku makan nasi sikit sebab masa tengok bola kat hotel aku dah makan nasi lemak.Aku ratah ikan.Sedap giler ikan jenahak nih.Tak ada pun kesan bakar.Laki aku siap fikir masak guna apa iyer sampai rasa kemanisan ikan tue.Kesan bakar pun tak ada.


My baby boy yang tak berapa nak boy wokeyy !!!

 
Kalau sessiapa yang pergi Port Dickson aku rekeman pergi sini tau.Sedap weii.Ikan Jenahak terbaik !Kat situ macam2 ikan seafood korang bole pilih.Nak masak pe diorang terror masak.Order je :)
 
Alamat :
 
D'Terapung
Medan Ikan Bakar Port Dickson,
Jalan Pantai No.5 Medan Ikan Bakar,
Port Dickson.
 
 
Terima kasih sudi baca !!!
 


2 comments:

  1. akak baru je balik dr PD tp tak singgah mkn ikan bkr kt mana2 pun... aktiviti penuh, time2 mlm pun ada aktiviti... pstu last2 aktiviti tido yg lebih nyer

    ReplyDelete