Tuesday, July 15, 2014

Resepi : Puding Custard Sara

Assalamualaikum

Bila bulan ramadan mood aku ke dapo rajin lah sesangat.Eehhh memang selalu ke dapo pun tau.Cume keinginan nak makan tue terlebih sikit.

Bila beli di bazar rasa tak puas nak makan.Masak sendiri muntah lah makan kan.Beza masak dengan beli nih.Aku selalu gak beli di bazar puding ini.Semangkuk dan RM2.Makan  2 3 sudu habis dahh..hihihi

Untuk pengetahuan korang bahan kat bawah nih aku masukkan semua.Cukup untuk 1 famili dan jiran tetangga.Baik kan aku nih!!

Bahan-bahan :
Tepung Custard
Susu Cair 2 tin
Agar-agar 1 paket
Fruit Cocktail 1 tin
Gula Pasir 1 packet

Ini lah rupe custard sudah membeku.Acuan tue aku geladah umah mil jumpa banyak mangkuk palstik

hahahh gitu.warna warni kan cocktail aku nih.Kalau ada sumi jelly bole bubuh kat buah tu.
Potong kecil-kecil.
Nak sedap letak kan buah segar !!

Cara Memasak

1. Jerang air bersama-sama sagar-agar dan gula pasir (gula ikut korang nak manis ker tak,cam aku suke manis-manis buah gitu)

2. Bila sudah likat bole masukkan tepung custard kacau jangan sampai berbijik.Bila sudah mendidih tutup api dan tuangkan ke dalam acuan (acuan ikut kreativi korang iyer).Biarkan sejuk.Nak cepat korang masukkan dalam peti ais.

3. Untuk membuat kuah,jerang air dan gula sedikit (dalam 1 cawan kecil).Selepas itu tuangkan susu cair.Masak sebentar.Tutup api.

4. Apabila custard sudah beku, bole taburkan buahan cocktail ke dalam acuan tersebut.Kemudian tuangkan kuah.Sedia untuk dihidang.

Nak sedap korang masukkan lah kuib ais dalam sedikit dalam acuan tersebut sebelum dihidangkan.Baru lah rasa nikmat coktail tue.

Selamat Mencuba !

Terima kasih sudi baca !!!

2 comments: