Friday, April 7, 2017

Don Hu Jurassic Park Garden Muar

Assalamualaikum

Sejak dibuka sampai lah last week baru ada masa nak bawa Amai pergi tengok dinosaur..lagipun dah janji dengan minah tue nak pergi sini..Sebelum nih pernah singgah tapi tu lah setiap kali singgah sure hujan..lalu je lah nak oii..Nasib baik masa aku pergi tue cuaca baik sikit..

Dulu tempat nih dikenali sebagai Don Hu Nursery sekarang dah tukar kepada Don Hu Jurassic Park Garden.Pengusaha Heng Chiang Hwee merupakan pengusaha sendiri pokok semaian dan patung dinosaur tue di tempah khas dari China.


Nampak tak siapa takut binatang nih???


Main jengah-jengah pulak..padahal takut ya ampun..dengar suara jerit-jerit takut..lepas tengok ramai kanak-kanak gambar baru lah Amai ok sikit nak jalan sendiri..


Ibu nak ootd dengan dinosour yang hensem nih.


Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung dewasa atau kanak-kanak masuk adalah PERCUMA.Taman ini dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad serta Cuti Umum dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam.

Do Hu Jurassic Park juga sudah mempunyai 12 patung dinosaur termasuk spesies Tyrannosaurus Tex


Bawa Asyraf sekali tengok dinosaur..Kawan baik..kawan gaduh..


Mula-mula je minah nih takuit..lepas tue dia lah ajar orang tue nih..



Jangan cakap ibu gemuk seorang iyer...tengok laki aku pun sama naik kan..yang cakap aku slim..kurus ta makan tue..tipooo lah..aku kuat makan sekarang nih..#diettolaktepi ..


Masa nih laki dok bising dah lapa..padahal kat umah dah makan macam-macam..tekak laki teringin nak makan mee bandung muar..


Ibu Amai nak gambar dengan Arlo...


Ingat nak belikan Amai dengan Asyaf baju dinosaur tapi bila minah tue nampak bahagain gift terus ambil patung dinosaur..terjebak jugak beli 3 ekor RM10..ok lah kenangan dekat situ kan..


Ootd sekali lagi dengan basikal tua..Cantik pulak..lalu dekat sini..nampak antik dan eksekulsif gitu....



Terima kasih sudi baca !!!


Alamat : Don Hu Jurassic Park Garden , Muar
              2700 Pintasan Muar,
              Kampung Sabak Aur,
              84000 Muar, Johor

No comments:

Post a Comment