Thursday, March 24, 2016

Taufu Fafa Mudah Dan Senang

Assalamualaikum.

Hai semua selamat petang korang..Cuaca panas dan keadaan kering macam nih meh aku share satu desert yang aku copy dari facebook..Sesuai untuk minum petang korang..Tengok macam senang jadi aku pun cuba lah buat..Semalam Johor cuti so..terjun lah ke dapur..lalalalalalala..

Bahan-bahan :

2 kotak soya..tak kisah jenama apa pun
1 cawan air
1 paket agar-agar bertali



Masak agar-agar bersama 1 cawan air.


Apabila agar-agar dah hancur boleh masukkan soya.


Masak sekejap kemudian tapis.


Jangan lupa masak gula melaka..Aku guna separuh je..Yang lebih simpan dalam peti.


Tuang kan dalam acuan..Ikut korang suka bubuh dekat bekas mana..


Nak cepat aku masuk dalam peti ais sekejap..


Nak makan ambik keluarkan..Jangan lupa tuangkan air gula melaka tadi.. 


Tara... !!!! Siap pun Taufu Fafa ..Mudah dan senang kan...



Terima kasih sudi baca !!

Saturday, March 19, 2016

Ketam Masak Telur Masin

Assalamualaikum.

Actually hari tue dok teringin makan ketam..Padahal aku bukan nye peminat benda yang bercengkerang nih..Leceh rasa nak makan..Kopek dan sepit ketam nak cari isi dalam..tangan dah kering..baru dapat makan..Sesekali teringin nak makan boleh lah masak..

Selalu nya mak mentua akan makan ketam nih ketam masak tomato dan lemak cili padi..Kali ini aku tukar selera pulak..Cari pak google dapat lah resepi nih..Mudah dan senang bagi aku yang jarang-jarang ke dapor..

Bahan-bahannya :-

Ketam - aku beli 1kg semua dapat makan dengan puas satu famili
Bawang merah dicincang halus
Bawang putih
Sedikit cili padi
1 tin susu cair
Tepung jagung 
Daun kari
Telur masin
Lada sulah/ garam / gula

** Bahan-bahan di atas aku tak buat sukatan..aku main agak-agak dan secukup rasa je..**

Ketam perlulah disiang cuci bersih letak tepi.



Kemudian campurkan tepung jagung, lada sulah dengan sedikit garam untuk menggoreng.


Gaul rata..Biarkan sekejap..Letak tepi.


Sementara menunggu ketam siap goreng boleh lah rebus telur masin..jangan lupa cuci bersih baru masak atas dapur..Aku guna 5 biji telur masin..Lagi banyak lagi bagus..


Telur masin dah sejuk boleh lah kopek dan lenyekkan antara kuning dan putih..Aku lebih kan kuning..


Tumis kan bawang putih dan bawang kecil..Jangan lupa gunakan 3 sudu mentega semasa menumis..


Masukkan daun kari dan cili padi..Gaul kan rata baru lah masuk kan ketam yang digoreng tadi..Masak sekejap..Tuang kan susu cair..Aku guna satu tin untuk lebihkan kuah..Terpulang pada korang nak kering mahupun ada kuah..


Kalau boleh jangan bubuh garam lagik..Korang kena lah pandaikan rasa masin dan manis ketam tue..Aku memang tak bubuh garam lagik masa ini..Ikut pada selera memasing-masing..


Ketam Masak Telur Masin Sara



Tara siap !! Mudah dan senang..Boleh makan dengan nasi panas..Yum...!! Yum...!! Yum...!!! 


Terima kasih sudi baca !!


Thursday, March 17, 2016

Handmade Crochet & Kraftangan Kain Felt

Assalamualaikum.

Menerima tempahan handmade crochet dan kraftangan dari kain felt untuk dijadikan doorgift pelbagai majlis mahupun sebagai hadiah untuk orang tersayang..

Korang boleh pilih warna, ukuran dan design kesukaan masing-masing..

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sila whatsapp nombor ini

Telefon : Nur Nilam 017-7662669 / 012-7067607..

Contoh tempahan yang telah dihantar kepada kawan-kawan











Harga pembelian borong boleh dirunding ya...

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, March 9, 2016

Gerhana Matahari Separa

Assalamualaikum.

Subahanallah....


Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit,seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana untuk cuba merakam fenomena tersebut.
Bagi anda di Malaysia, anda  akan dapat melihat sebahagian besar  matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.
Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.
Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.
Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan ‘hilang’ sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.
Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.
Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.


Terima kasih sudi baca !!!