Wednesday, November 26, 2014

Kali Kedua Lunch di Restoran D'Jadi The Summit

Assalamualaikum.

Setiap kali hari Jumaat mesti dok fikir nak makan kat mana.Sebab lunch hari Jumaat panjang boleh pokpekpokpek lelama sikit.Fikir-fikir makan asam pedas lah.Dah nama orang Johor mana bole pisahkan asam pedas tambah pulak dengan sambal belacan.Walaaa !!!

Restoran D'Jadi nih terletak di The Summit.Shopping mall yang dulu-dulu ramai sangat orang pergi.Shopping mall pertama dibuka di Batu Pahat.Sekarang dah ada BP Mall Pacific,Square One, AeonBig.Orang dah tak heran sangat dengan lokasi nih.The Summit lah tempat zaman-zaman aku cintan-cintan tau.Cuma sekarang kedai-kedai kat sini dah banyak pindah.Lagipun customer dah kurang berkunjung ke sini.

Untuk pengetahuan korang,aku dah repeat kali kedua makan kat restoran nih.Rasa asam pedas memenuhi citarasa tuk yang makan sampai kali kedua.Insyallah akan berterusan .Hahahahaha.


Harga pun berpatutan kat sini.Selain ada wifi,air cond pun sejuk.Tempat makan pun selesa.Nak makan pun ada kenikmatan sikit.Wahhh gitu...


Aku suka makan asam pedas letak bendi dengan buah tomato.Sedap sangat.Bubuh terung pun aku suka tau...Tengok kepala tu jatuh cintannnnnn.(terus lapaaaaaa)


Kat sini famous jus buah kedondong.Aku tengok ramai orang pilih air tue.Sedap agaknya.Aku belum cuba lagi.Aku jarang minum berais sejak lahirkan amai.Ada lah minum seteguk dua.Rasa je.






Lapa sangat kerrr??Sedap sangat ker?????licinnnnnn.


 
Senyum sebab perut dah kenyang,mari yokkk kita pulang.Masa rehat pun dah nak sampai :)
Kalau de siapa yang berkunjung ke Batu Pahat meh lerr singgah kat sini.Ai bole join semeja sekali. 
 
 
Terima kasih sudi baca !!!
 

5 comments:

  1. dik, ni kt belah mana ye.. akak last pegi ms raya tu..xpusing hbs pun sbb anak merengek.. food court lama tu ke?

    ReplyDelete
  2. aku pun x tahu macamana nak follow..ko x der +google

    ReplyDelete
  3. Nama restoran pom unik.. menu dia pom best2.. mmg kena la dgn perut org melayu ni

    ReplyDelete
  4. Memang sedap sesiapa yg berkunjung ke Batu Pahat patut cuba...yummy!

    ReplyDelete