Tuesday, June 7, 2011

Kelebihan Bulan Rejab




"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah, maka barangsiapa yang berpuasa 1 ari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah SWT.


Kelebihan Bulan Rejab :

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.


2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.


3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya dan Ramadan dengan Lailatul-Qadarnya.


4. Puasa sehari dalam bulan rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.


5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).


6. Puasa 7 hari pada bulan rejab ditutup daripadanya 7 pintu neraka.


7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.


8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).


9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.


10. Bulan Rejab Syarullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepadanya.


Puasa dalam Bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu :

* Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

* Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahanya dan pada akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.


12. Siapa bersedekah dalam Bulan Rejab seperti bersedekah seribu dinar dituliskan kepadanya pasa setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan diangkat seribu darjah dan di hapus seribu kejahatan.








****** Semoga bermanfaat untuk kita semua..InsyaAllah.... ******








4 comments:

  1. aku nk pose ni..pose ganti x ganti2 lagi..huhu

    ReplyDelete
  2. dh 2 g lh ganti plhan2..next month dh msuk ramadan yer!!!!

    ReplyDelete
  3. salam my dear..jom folo blogshop naura.Ada banyak koleksi tudung yang cantik2!naura dah folo your blog ok.tq dear...

    http://www.naurafashion.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. salam dear too..tenkiu yer follow my blog..klu bli de diskaun x?? hihihihii..ok dya follow... (",)...

    ReplyDelete