Friday, April 22, 2011

Adab Memotong Kuku

Menurut Kamus Dewan, Kuku ialah selaput atau bahagian keras yg tumbuh pd hujung jari manusia, benda keras yg menganjur yg tumbuh pd hjung kaki binatang (ada yg besar dn ada yg panjang dan tajam.
Beberapa permasalahan yang behubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku,memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam Irsyad Hukum kali ini.

1. Hukum@Hikmat Memotong Kuku - temasuk dalam amalan sunat.Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu' anha yang maksudnya : "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah) ialah memotong misai,memelihara janggut,bersugi,memasukkn air ke hidung,memotong kuku,membasuh sendi2,mencabut bulu ketiak,mencukur bulu ari2,bersuci dengan air (berinstinja), berkata Zakaria : "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang ke 10 kecuali berkumur." Jika kuku dibiarkan panjang dn segala kototan atau najis akn melekat di dalamnya..nescaya ia bole menjejaskn kesihatan.

2. Cara Utk Memotong Kuku - SUNAT memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri. Memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhanya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.Harus seseorang itu memotong kuku dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas tidak mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

3. Waktu Memotong Kuku - Adapun waktu memotong kuku itu tertakluk pada panjang kuku tersebut.Bila2 masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu dikehendaku memeotongnya..Janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi 40 hari.

4. Menanam Potongan Kuku - Potongan2 kuku SUNAT ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia salah satu dari anggota manusia.

5. Memotong Kuku Ketika Haid@Nifas@Junub - jangan ia memotong rambut,kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas dari badannya sebelum dia mandi junub.Kerana segala potongan itu diakhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

6. Memanjangkan/Mewarnai(Cutex) Kuku - adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhamad Shallallahu ' alaihhi wasallam ' kerana Baginda menggalakkan supaya memotong kuku.Jika dibiarkan kuku itu panjang, nescaya banyak perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya..Sementara cara berinai dengan hanya menginaikan hujung2 jari sahaja dan membuat ukiran2 tetentu adalah tidak dianjurkan, bahkan HARAM berbuat sedemikian. Akan tetapi HARUS bagi perempuan yang bersuami berinai dengan syarat ada keizinan suami.Ini adalah bertujuan berhias untuk si suami.JIka tanpa ada keizinan suami maka hukumnya tetap HARAM.

No comments:

Post a Comment