Thursday, October 1, 2015

Cara Pujuk Si Kecil Yang Suka Baling Barang

Assalamualaikum.

Kenapa anak suka baling barang?Amai salah seorang daripada kanak-kanak yang suka baling barang.Kadang aku boleh jadi hulk sekejap tengok telatah dia nih.Pantang nampak apa sahaja baran di hadapanya pasti dia akan cuba membalinnya.

TAPI jangan sesekali marah padanya mahupun sekat kelakuanya.Si kecil ini sedang meneroka apa yang akan dan terjadi di sekelilingnya.


Bagaimana ingin memujuk anak yang suka baling barang ini?


1. Pegang tangannya.
Sebelum si kecil melontar barang segera pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan barang yang kan dilempar dengan permainan yang lebih sesuai seperti bola plastik.Elokk alihkan perhatiannya dengan mengajak anak bermain dengan permainan yang baru anda berikan.

2.  Jangan jerit
Jika anda selalu menjerit untuk mengelakkanya melempar barang anak akan belajar bahawa melempar sesuatu boleh digunakan sebagai cara mengancam anda apabila keinginanya tidak dituruti.

3. Pandang matanya dan berkata
Si kecil pada usia ini tidak akan mendengar bebelan ibu.Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, "Ini tidak boleh dibaling, rosak nanti ".

4. Lontar bersama
Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Sediakan barang-barang yang boleh dilemparnya.

5. Konsisten
Jangan mudah tergoda dengan rengekan anak yang gemar melempar. Jika anda sudah melarang jangan sesekali izinkannya membaling. Singkirkan barang-barang yang berbahaya yang ada berhampiranya.Katakan berulang alik.

6. Suap atau berhenti
Jika anda suka membaling makanan yang sedang dimakan, jauhkan makanan atau peralatannya setelah selesai makan.Kalau baling makanan ketika sedang makan, terus angkat pinggan dan jauhkannya.Ada baik nya ibu menyuapkan anak makan sehingga selesai.


7. Cuba masuk dunia si kecil
Kenal pasti sama ada sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah.Jika dia membaling kerana marah, peluk anak sehingga dia tenang.Bila anda sudah boleh bercakap, tanya punca amarah.

8. Pujuk dan lakukan bersama
Jangan memaksa anda mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak. " Sayang, mari kira cari kotak merah yang kamu baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya "





Terima kasih sudi baca !!!

1 comment:

  1. huhuhu banyak lg kene belajar nih dik oi.... akak pun kadang tak ckup kesabaran laju je mlt ni nk jerit huhuhu.....

    kagum ngn mak2 yg blh kawal anak ngn cara yg lembut

    ReplyDelete