Showing posts with label rindubonda. Show all posts
Showing posts with label rindubonda. Show all posts

Thursday, February 23, 2017

Kenduri Arwah Bonda

Assalamualaikum.

Hampir tiga tahun pemergian Bonda ku.. Sepanjang ketiadaan Bonda hanya doa yang tidak pernah putus aku kirimkan..Setiap kali solat Alfatihah tidak pernah aku lupakan..Kiriman rindu hanya Allah sahaja yang tahu..

Setiap awal tahun pasti nya aku akan berkumpul adik-beradik untuk membuat kenduri arwah Bonda..semestinya di rumah arwah Bonda..tempat aku lahir dan membesar di situ...Rindunyaaaaa +_____________+

Juadah untuk malam tue..Pecel, Ayam Masak Merah , Sayur Goreng, Nangka Masak Lemak..Sedikit kuih muih..

Seronok malam tue..semua adik beradik dapat berkumpul bersama-sama..Actually kitaorang payah sikit nak kumpul macam nih..Tunggu bulan Ramadan dan Syawal nanti..Insyallah..


Ootd ibu sebelum Tahlil dan Doa Selamat arwah Bonda...Merah makngah..



Manja dan Ibu..Minah nih baru bangun tidur...Siang satu hari asik main dengan cousin dia..Makan minum pun tak hirau dahhh..Mood ke laut sikit malam tue..


Inilah teratak Bonda saya....#kampunggirl



RINDU BONDA...AL FATIHAH....



Terima kasih sudi baca !!!!

Friday, August 14, 2015

Raya Rumah Kak Long

Assalamualaikum.

Ahad lepas dah planning awal-awal dengan adik aku yang tinggal dekat Bangi tue nak pergi rumah Kak Long dengan Abg Ngah.Lepas cuti raya seminggu sampai lah ahad semalam baru ketemu lagi adik beradik kitaorang nih.Adik aku susah sikit nak cuti.Jadi kena lah plan awal-awal nak ke sana.

Sedikit blur lah gambar nih sebab bukan guna handphone aku jadi kurang tantek pulak bila di zoom.Thank you anak saudara sudi ambil kan gambar kami bertiga nih. :)


Sebelum pergi ke Pasir Gudang rumah Abg Ngah singgah Plaza Angsana sekejap.Lama tak singgah sini.Laki aku lah yang suka singgah sini.Lagipun dia nak cari lens untuk camera dia.Asik simpan je dalam dry box mahu nya tak berhabuk.Camera je mahaii nak mampuii tapi umpama perhiasan je aku tengok.Jenuhh lahaiii menunggu >3


Gambar dekat rumah Abang Ngah tak ambil masa tue dah kebulur lapar tak toleh pun kanan kiri.Kakak Ipar aku pulak buat laksa pedas anje-anje mau nya tak terangkat.Sedapp oiii.Dua kali tambah.hihihihi


Abg Ngah yang sibuk nak gambar sesama sebeum balik rumah masing-masing.Dah watsupp awal-awal pakai baju ikut tema JDT.Emmm..tahu lah awak peminat bola..JDT je memanjangggg.

Bersama adik iparku, suamiku, abang iparku, kakak iparku.


Kak Long dengan Abg Ngah.Love n Hug.


Bergambar dengan Kak Long wajib.Sedih sangat-sangat masa nih.Tuhan je tahu.T____________T


Tengok lah manja time nak bergambar mula lah pandang kiri pandang bawah.Menci kekadang tau.Banyak jugak lauk Kak Long aku masak nasi impit.Sayur lodeh, kuah kacang, rendang ayam dengan kari ayam.
3 kali aku tambah nasi impit dengan rendang dan kuah kacang.Fav aku tue.Rindu masakan arwah mak.Nasib baik Kak Long masak ada rasa arwah mak punye masakan.Sedap sangattt.


Adik beradik JDT.Love n Hug.



Lepas makan seisi bergambar selesai.Aku pun balik Senggarang dengan perasaan sediihhhhh yang amat sangatt.Peluk Kak Long dan Abg Ngah.Sesekali jumpa adik beradik nih feeling lain sangat.Masing-masing dah berkeluarga.Lagi-lagi kehidupan dah berubah sejak arwah mak tak ada..Tu lah paling sedih.

Air mata jatuh ke pipi...T______________T




Terima kasih sudi baca !!!!


Monday, August 10, 2015

Adik Beradik Datang Beraya

Assalamualaikum.

Sekejap je rasa dah masuk 25 Syawal kan.Minggu nih last lah korang dapat pergi open house marhaban dan beraya.Nikmati raya lagi tahun depan lah rasanya.

3 Syawal hari tue adik beradik aku sepakat nak beraya ke rumah.Aku tak sempat nak hidangkan diorang makanan yang special.Cuma goreng mee 2kilo yang sempat.Habis kaww diorang makan.Nampak sangat diorang nih lapar giler.Kalau dah siang pergi beraya mana lah sempat nak masak bagai.Of course makan luar je lah.

Aku seronok adik beradik aku dapat datang ke rumah.Lepak borak sesama.Jarang aku dapat berkumpul cam nih kalau tak plan betul-betul memang tak menjadi gaya nya.Walaupun aku menumpang dekat situ segan jugak nak pelawa diorang datang sebenarnya.

Gambar makanan tak dapat nak ambil.Handphone aku paling laku sekali kalau dah reramai macam nih.Pantang letak sekejap.Ghaib lah jawab nye..


Bersama Kak Long Kulai dan adik ipar aku.

Walau pun tak dapat kumpul sesama sekurang-kurangnya hilang rasa rindu zaman adik beradik.Korang jangan tak tahu aku ada 9 adik beradik tau.Zaman dan berubah bila masing-masing dah berkeluarga semua dah membuat haluan sendiri.Empat orang adik beradik yang tak dapat datang masa nih.Sedih sangat dekat situ.


Rindu Kak Long Kulai.Sebak rasanya petang nih.Kak Long aku nih bau dia tak berubah macam arwah mak aku.Rindu Bonda.Kak Long lah tempat aku mengadu segala pahit dan manis.Dulu kalau ada arwah mak cerita duka suka semua pada dia.T_____________ T


I Love U Kak Long.Panjang umur murah rezeki jumpa lagi raya haji nanti.Insyallah.


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, June 12, 2015

Tema JDT Paling Meriah

Assalamualaikum.

Hahahahah demam JDT sampai sekarang tak hilang lah weiiihhh..Masa kak uda kahwin biasa lah kalau dah nama pengantin mesti lah ada tema colour.

Tema JDT pilihan keluarga aku untuk kak uda kahwin, kak long dengan abang ngah yang pilih.Kalau diikutkan hati aku nak pilih tema colour merah putih.Wahhh cek mek Kelate gitu.Tapi undian untuk pemilihan tema colour banyak yang mengundi JDT.Kalah aku disitu.Diorang nih memang tau.Saja aja nak bahan aku dekat group.

Lagipun kak long dengan abang ngah ia fanatik dengan bola JDT.Aku bese-bese saja dengan bola ini.Paling tidak pun aku tengok dekat televisyen je.Diorang nih sampai ke padang stadium tue.Aku penyokong negeri lain tau (dirahsiakan nanti ada kena bom kat group WatSupp).lalalalalalala.

Meh layan gambar-gambar tema JDT aku yang wala nih..

Yang ini orang kuat majlis.Paling sibuk melayan tetamu, mulut paling bising masa majlis tue tapi kak long aku sangat tabah dan baik hati.Walaupun penat still comell lagik.Hehehehehe.Tema colour JDT pun dia yang pilih untuk majlis kali ini.


Kak Long lah tempat aku mengadu segala pahit dan manis sejak arwah mak tak ada.Sentap sekejap.Kalau arwah mak ada mesti dia lah orang yang pertama happy tengok anak-anak berkumpul.

Terima kasih jugak kak long susah payah menyediakan headband yang cantik sangat.Sempat jugak kak long buat untuk dayang-dayang kampung cam kami nih.


Yang gambar bertiga nih adik aku no 8.Dia tinggal kat Bangi.Sesekali bila ada majlis mahupun kenduri baru lah kumpul sesama dekat kampung.Aku masa kecik-kecik suka gadoh dengan adik aku nih.


Bersama Abang Ngah.Orang kuat majlis jugak masa ini.Gambar berempat aku paling sedih sekali setiap kali tengok dekat hp.Gambar ini lah paling aku sentap.Teringat arwah mak.Mata masuk habuk pulak tiba-tiba :(


Bersama-sama dayang-dayang yang comel.Kak ngah,Nasuha,Suhaila Dan Nadia.Comel diorang kan.


Jangan tak sangka laki aku join sekali bergambar dengan pengantin tau.Hihihi

Enjoyyy  !!!


Buli pengantin sekejap eh..hahhahahhahha



 Bersama suamiku yang kepenatan merewang.


Manje ibu tak sihat masa tue.Dia datang pun ikut mak mentua aku.Kesian pulak tak dapat main sesama cousin makcik  masa majlis tue.Datang sekejap sangat.Lepas ambil gula-gula terus tak nak dengan aku.Badan dia tak sihat masa nih.Habis majlis aku terus bawa dia pergi klinik.Demam rupanya.Patut lah merengek je.

I love u manje Amai.


Alhamdulilah majlis berjalan dengan baik dari pagi menikah sampai lah ke malam.Syukur selamat semuanya.Cuma dalam majlis bila ada kekurangan maka semangat pun kurang.Tapi aku kena kuat dan tabah mengharungi segala kesedihan dengan tiada BONDA.Rindu nya padanya hanya Allah yang mengetahui.Hari-hari aku merindui.

Alfatihah untuk BONDA



Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, June 3, 2015

Tahlil dan Yassin Untuk Arwah BONDA

Assalamualaikum.

Pemergian bondaku sudah setahun berlalu.Setahun berlalu dengan terlalu pantas.30.05.2015 Sabtu aku sepakat adik beradik untuk membuat kenduri tahlil sebelum tiba nya ramadan.Secara kebetulan minggu ini pun cuti sekolah.Dapat lah berkumpul bersama-sama.

Alhamdulilah seramai 30 orang yassin orang perempuan yang hadir petang tue.Masa bacakan surah yassin aku tersedu-sedu membacanya.Rindu padanya hanya tuhan mengetahui.

Alfatihah untuk BONDA.

Malam packing untuk beri doorgift untuk tetamu perempuan aku sebak sangat.Rindu sangat dengan Bonda.Tahun kedua menyambut ramadan tiadanya BONDA disisi.Tulah aku rasa paling sedih sampai bila-bila.



Doorgift aku simple je untuk tetamu petang tue.Senaskah yassin dengan terjemahannya sekali.Yang ini aku tempah dengan kawan.50 senaskah.Senaskah RM1.70 aku pilih readymade punye senang siap ada tagging TERIMA KASIH.


Yassin tue aku masukkan lagi dalam tupperware berharga RM2.00 sebekas.Murah kan dengan beg recycle yang berwarna warni.Lagipun aku suka warna pelangi.Nampak meriah gitu kan.



Alhamdulilah siap jugak packing malam tue.Assistant aku anak-anak buah aku yang tolong packing tapi dengan syarat kena ada upah.Tu lah ragam bodak-bodak sekarang.Kerja sikit upah nak lebih.

Masa aku dah letih sangat tambah lagi mengantuk yang amat.Esok lusa ada majlis paling meriah.Tenaga kena simpan sikit.

Syukur alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar petang tue.

Monday, April 27, 2015

32turns Birthday

Assalamualaikum.

Aku sudah menyambut hari tua.hihi.Syukur alhamdulilah tuhan masih panjangkan umurku.Tahun ini bila sampai tarikh ulang tahun perasaan sebak dan sedih sangat-sangat tue muncul dalam diri.Mungkin aku rindu sangat dengan arwah mak.Kebiasaanya setiap tahun arwah mak yang orang pertama hantar mesej bunga-bunga kepada aku.Tahun kedua sambut ulang tahun tanap mak semestinya moment paling sedih buat aku.

Balik kerja hari tue, famili mak mentua aku suprise nih.Masuk pintu rumah tersedia makanan dengan cake berserta lilin sekali.Korang rasa aku feeling sedih tak time tue??
(emosi yang tak terkawal tuhan saja yang tahu)


Aku balik kerja pun manja dah siap mandi.Nih semua kerja kakak ipar aku.Aku tahu dia dah planning awal-awal.Terima kasih kakak Kusma.



Aku makan sikit je malam tue.Moody tau !




Manja sekarang nih pantang aku balik.Dengar bunyi kereta aku nak parking dia dah tercongok depan pintu.Maaa...maaaa.Kesian jugak bawa lah round satu senggarang.Kalau tak melalak satu umah.Sikit-sikit maaa..maaaaa.



Alhamdulilah.Perjalanan hidup ku masih jauh.Banyak lagi benda yang harus tempuhi.Dan impian cita-cita belum tercapai.Moga tuhan permudahkan lah impian ku ini.Tiada apa yang aku mahukan selain dari engkau limpahi rezeki, berikan aku kesihatan yang sempurna, kekalkan lah hubungan kami sekeluarga.Jadikan aku dan keluarga ku yan beriman dan solehah yan engkau redhai.


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, March 31, 2015

Hantar Anak Saudara Balik Asrama

Assalamulaikum.

Sabtu lepas habis je makan KFC terus hantar anak saudara aku Suhaila balik asrama.Sekolah asrama dia pun tak jauh dengan rumah aku pun.Sekolah Menengah Parit Haji Hassan,Sri Gading.Dekat je lokasi sekolah dengan rumah dan opis aku.Lagipun minah nih seminggu sekali balik rumah.Hari Sabtu Suhaila ada kelas khas agama.Rugi lah kalau tak sambung.

Sebelum balik layan tekak dia yang teringin nak makan KFC.Baru berapa bulan masuk asrama dah kepingin makan KFC.Nafsu budak sekolah yang duduk dekat asrama memang cam tu lah.Macam-macam nak makan.Suhaila cakap dah jemu makan dekat kantin sekolah lah aunty :P

Adik Suhaila nih ada kememeh sikit , masa tak dapat masuk asrama kat sekolah nih nanges bagai nak rak tau.Kesian dia aku tengok.Seboleh-boleh nak masuk asrama.Lagi satu aku tengok dia rajin belajar semangat nak bersekolah tue memang ada kesungguhan dia.Tabah menjalani peperiksaan UPSR sebelum ayah dia meninggal.

Abang ipar aku ayah kepada Suhaila pergi dua bulan selepas mak aku meninggalkan aku buat selamanya.Dalam masa terdekat ahli keluarga pergi dalam masa yang singkat.
Aku tahu adik Suhaila nih tabah dan tahu tanggungjawab dia akan datang.Awak kena bela ibu awak akan datang tau dik.Kesian ibu awak hempas pulas kerja nak bagi awak pelajaran yang terbaik.



Dik solat lima waktu jangan tingal tau.Penting sangat.Ingat lah Allah selalu ada dengan kita :)


Masa hantar Adik Suhaila kat sini.Tetiba rindu zaman sekolah lah.Rugi tak belajar sungguh-sungguh dulu.Kang daah kuli kilang jek :P


Belajar rajin-rajin tau dik.Jangan nak calling ibu selalu.Tahan sikit hati tue.



Tengok lah Kakak Uda aku sibuk memunggah telekung dengan uniform sekolah.Akan datang manja pun akan lalui situasi cam nih kan.Rasanya aku dah resign kot masa tue.


Adik Suhaila pun ada bungkus bawa balik asrama.Boleh makan dekat dorm nanti.



Terima kasih sudi baca !!!