Showing posts with label Cerita2. Show all posts
Showing posts with label Cerita2. Show all posts

Monday, June 15, 2015

Tahu Tak PELANCONG Negara Mana Yang Suka Curi Barangan Di Hotel

Assalamualaikum.



Ramai diantara kita pastinya gemar tinggal di hotel khususnya hotel-hotel yang mewah atau hotel yang bertaraf ‘bintang lima’. 

Selain perkhidmatan yang diberi amat istimewa, malah suasana persekitaran, makanan dan barangan dalam bilik yang diperuntukkan turut yang terbaik.  Ini kerana bayaran yang diberikan agak tinggi, jadi layanan yang disediakan haruslah setimpal dengan harganya.

Namun apabila ‘ check out ‘ dari hotel, kebiasaannya kita semua mesti ada pengalaman mengambil sabun, shampoo atau jel mandi, malah lebih teruk lagi ada yang mengambil tuala mandi atau bantal untuk dibawa balik rumah. 

Baru-baru ini sekitar bulan Mac sehingga April, laman tempahan hotel antarabangsa iaitu Hotels.com telah membuat satu kaji selidik berhubung ‘trend pencuri hotel ‘ yang melibatkan seramai hampir 5000 pelancong dari 28 negara, dengan keputusannya, pelancong dari Singapura berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Argentina.

Bagaimanapun, kaji selidik yang dijalankan mendapati kebanyakan mereka bukan pula mencuri barangan mewah, sebaliknya cuma mengambil peralatan kecil dan keperluan asas yang biasanya ada diletakkan di dalam bilik hotel.

Pelancong Singapura paling suka mengambil selipar iaitu sebanyak 53 peratus, manakala 35 peratus pula gemar mencuri peralatan menulis serta baki 12 peratus lagi membawa pulang buku dan majalah dari hotel penginapan.

Hotels.com turut melaporkan selepas Singapura, pelancong Sepanyol, Jerman dan Ireland antara pencuri terbesar, namun pelancong warga Amerika Syarikat berada pada kedudukan sederhana kebarangkalian mencuri di hotel.

Dalam pada itu, pelancong Colombia adalah paling kurang mencuri barangan hotel iaitu 31 peratus diikuti warga Denmark, Hong Kong, Korea Selatan dan Norway yang berkongsi kedudukan sama dengan 33 peratus sahaja.

Ini bermakna tiada negara yang pelancongnya langsung tidak mencuri dan kajian Hotels.com mendapati, semua pelancong mengambil barangan mandian percuma di bilik air dengan alasan sebagai cenderamata kenangan.

Ini diakui penulis buku hotel terlaris Heads in Beds, Jacob Tomsky yang berpengalaman 10 tahun dalam industri perhotelan antarabangsa: “Pihak hotel pun ‘malas’ periksa selongkar bagasi setiap pelanggan mereka.” 

Berikut 10 Negara yang paling berkemungkinan mencuri barang dari bilik hotel :
1) Argentina 73 %
2) Singapura 71 %
3) Sepanyol 70 %
4) Jermen 68 %
5) Ireland 67 %
6) Rusia 59 %
7) Mexico 59 %
8) Italy 57 %
9) Jepun 56 %
10) Amerika Syarikat 53 %

Sumber Cari Infonet


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, June 12, 2015

Tema JDT Paling Meriah

Assalamualaikum.

Hahahahah demam JDT sampai sekarang tak hilang lah weiiihhh..Masa kak uda kahwin biasa lah kalau dah nama pengantin mesti lah ada tema colour.

Tema JDT pilihan keluarga aku untuk kak uda kahwin, kak long dengan abang ngah yang pilih.Kalau diikutkan hati aku nak pilih tema colour merah putih.Wahhh cek mek Kelate gitu.Tapi undian untuk pemilihan tema colour banyak yang mengundi JDT.Kalah aku disitu.Diorang nih memang tau.Saja aja nak bahan aku dekat group.

Lagipun kak long dengan abang ngah ia fanatik dengan bola JDT.Aku bese-bese saja dengan bola ini.Paling tidak pun aku tengok dekat televisyen je.Diorang nih sampai ke padang stadium tue.Aku penyokong negeri lain tau (dirahsiakan nanti ada kena bom kat group WatSupp).lalalalalalala.

Meh layan gambar-gambar tema JDT aku yang wala nih..

Yang ini orang kuat majlis.Paling sibuk melayan tetamu, mulut paling bising masa majlis tue tapi kak long aku sangat tabah dan baik hati.Walaupun penat still comell lagik.Hehehehehe.Tema colour JDT pun dia yang pilih untuk majlis kali ini.


Kak Long lah tempat aku mengadu segala pahit dan manis sejak arwah mak tak ada.Sentap sekejap.Kalau arwah mak ada mesti dia lah orang yang pertama happy tengok anak-anak berkumpul.

Terima kasih jugak kak long susah payah menyediakan headband yang cantik sangat.Sempat jugak kak long buat untuk dayang-dayang kampung cam kami nih.


Yang gambar bertiga nih adik aku no 8.Dia tinggal kat Bangi.Sesekali bila ada majlis mahupun kenduri baru lah kumpul sesama dekat kampung.Aku masa kecik-kecik suka gadoh dengan adik aku nih.


Bersama Abang Ngah.Orang kuat majlis jugak masa ini.Gambar berempat aku paling sedih sekali setiap kali tengok dekat hp.Gambar ini lah paling aku sentap.Teringat arwah mak.Mata masuk habuk pulak tiba-tiba :(


Bersama-sama dayang-dayang yang comel.Kak ngah,Nasuha,Suhaila Dan Nadia.Comel diorang kan.


Jangan tak sangka laki aku join sekali bergambar dengan pengantin tau.Hihihi

Enjoyyy  !!!


Buli pengantin sekejap eh..hahhahahhahha



 Bersama suamiku yang kepenatan merewang.


Manje ibu tak sihat masa tue.Dia datang pun ikut mak mentua aku.Kesian pulak tak dapat main sesama cousin makcik  masa majlis tue.Datang sekejap sangat.Lepas ambil gula-gula terus tak nak dengan aku.Badan dia tak sihat masa nih.Habis majlis aku terus bawa dia pergi klinik.Demam rupanya.Patut lah merengek je.

I love u manje Amai.


Alhamdulilah majlis berjalan dengan baik dari pagi menikah sampai lah ke malam.Syukur selamat semuanya.Cuma dalam majlis bila ada kekurangan maka semangat pun kurang.Tapi aku kena kuat dan tabah mengharungi segala kesedihan dengan tiada BONDA.Rindu nya padanya hanya Allah yang mengetahui.Hari-hari aku merindui.

Alfatihah untuk BONDA



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, May 28, 2015

Bayi diikat, dilayan seperti BINATANG !!!

Assalamualaikum.



Beberapa  foto yang tersebar menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan menyebabkan puluhan ribu pelayar laman terkejut, minggu ini.

Menurut Dailystar, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi tersebut menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dikecam bertalu-talu di laman sosial.

Difahamkan, foto-foto dimuatnaik oleh ibunya ke laman Facebook kerana menganggapnya 'lawak'.

Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan, Marilyn Tigas berkata, perlakuan tersebut dianggap sebagai bahan lawak oleh ibunya.

"Mereka fikir orang ramai tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak," jelas Marilyn.

Pekerja sosial, Corazon Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut 'suatu lawak yang teruk'.

"Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka. Pelaku patut dihukum," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis, Lurleen Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.

"Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata "Oh, ianya tidak mengapa," jelas Lurleen.

Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.




Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, March 18, 2015

Tahniah Angah Azie

Assalamualaikum.

Jumaat lepas aku kerja half day.Sebab nak pergi majlis kakak ipar aku yang first dekat Kluang.Majlis anak kedua bertunang.Si Angah nih dulu masa aku zaman cinta-cintun dengan laki aku, kecik comell je,mulut dia pun riiuh semacam je.Sekarang nahh kaww dah nak kawin pun.

Majlis pertunangan di hadiri sahabat, adik beradik, jiran dan saudara mara je.Suasana simple tapi meriah.


Cantik Angah masa tunang hari tue,berseri-seri muka dia.Tahniah dik dah jadi tunangan orang awak tue !


Angah dapat orang Selangor.Lama jugak diorang kawan nih.Friendly jugak aku tengok mamat.Tahniah dik.


Angah pilih tema gold.Simple je tapi cantik-cantik hiasan dia buat.Nih semua homemade tau.Pandai angah.


Coklat tue habis di makan dengan Amai.Abis dikerjakan dengan minah nih.


Bersama akak ipar ku.Mak long dan mak ngah.




Bodak curi coklat kena tangkap.Tengok lah mulut dia tue.Comot awak sayang.


Mummy Amai nak bunga nih boleh tak?


Dah bergambar tak kan turun pulak.Melekat kat situ.



Saya dan mummy.


Senyuman manja Amai paling mahaiii sekali tau masa nih.Amai dah bole jadi kak long dah nih.


Lepas makan , jamuan selesai aku cepat-cepat balik.Lagipun laki aku tak ada masa nih.Lima hari pergi Terengganu dengan kawan-kawan.Tinggal aku berdua dengan manja nih.




Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, November 1, 2014

Hello Kitty Decoration Birthday Amai

Assalamualaikum.

Ramai tanya aku masa birthday Amai tema cartoon apa?Mula nya aku planning nak ambil tema cartoon Frozen tapi bila google ramai yang ambil tema tue seusia 2-7 keatas.Lagipun Frozen diorang suka pakai gaun ala-ala puteri.Amai belum pandai jalan lagi.Dia baru nak setahun.Aku cuma nak tema yang comel dan simple.

Ini lah hasilnya.Kad jemputan Amai aku buat sendiri je.Korang bole google pilih cartoon yang cuit muit.Dan copy paste dekat paper korang tue.Aku rasa Hello Kitty paling sesuai dengan usia Amai.Tahun depan ada rezeki buat tema cartoon yang besh-besh iyer sayang.


Desert atas meja pelbagai manisan.Aku sengaja letak manisan bagi kanak-kanak berkumpul dekat meja nanti.



Lolipop paling laku masa birthday Amai.Licinnnnn.


Air mineral kecil tue ramai kata air zam-zam.Walhal air mineral seamaster je.Hihihihi.Pun licinnn.

 
Decoration Hello Kitty Amai.Tutu skirt paling aku suke kaler kombinasi nya.Awesommm gitu.
Belon,alas meja,cawan,tag hello kitty aku order dengan kawan opismatte aku sebab dia ambik order untuk tema birthday party.Cakap je cartoon apa nanti dia akan rekemen semua yang mana sesuai. 
 

Semua nya dah siap.Tunggu tetamu datang masa ini :)


 One is Maisarah.I love u so much !!


 
 
Inilah kawan-kawan pengacau aku malam nak deco birthday Amai.Layan kerenah diorag siap jugak malam tue.Alhamdullilah.
 
 
Tunggu next entry aku cerita pulak kemeriahan birthday Amai :P
 
 
Terima kasih sudi baca !!!
 

Friday, February 8, 2013

Muhasabah diri di hari Jumaat.

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Dya mahu memperbaiki diri sendiri..Betul..tak tipoooooooo..ngeh2ngeh2..Dya mahu bertukar penampilan dari segi tindakan perbuatan dan amalan, kerana amalan itu lah yang perlu mencerminkan perubahan.
Segala ilmu yang ada pelajari perlu diamalkan semasa mengenal dunia di blog.Semua positif dan baik tuk dya.. Biarlah blogspot menjadi sebuah kenangan dan pengajaran tuk dya dan anak2 dya suatu hari nanti..aminnn..

Dya perlu melalui pelbagai proses untuk pembelajaran yang lebih mendalami tentang Islam dan sentiasa muhasabah diri...sambil menulis makan kismis hitam...ngeh2..ngeh2. -..-

Sejak bergelar isteri,kadang kala terpaksa menempuh dugaan cukup hebaq daripada Allahh SWT.Tiada manusia yang sempurna di dunia ini kan...

Dya sebagai manusia biasa sentiasa berhati-hati kerana takut untuk membuat kesalahan..Dya akan memohon keampunan dari yang maha esa...



ikut my bos beli lampu raya cina..


cantik kan...unik tau *_*

di kedai lampu..talifon lama paling ohsemmm bagi dya..

Cakap-cakap : Selamat pagi dan selamat menyambut tahun baru cina kepada umat yang beragama budha dan kristian.Dya akan bercuti bermula esok sehingga 13.02.2013..Selamat bercuti iyer rakan2.. >_<

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, February 5, 2013

Limau CNY 2013 dah mai opis.

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Salam petang bloggers..Happy Chinese New Year 2013..Tinggal empat hari jek nak countdown new year kan???Korang nampak tak kotak2 merah yang berderet tue..ada isi buah limau tau..manis..saiz L..dah sampai dan boleh diagih2 kan kepada staff..besok rasanya..but dya tak makan buah limau..nanti trauma cam dulu.hihihi..penyakit cam2 menjelma kalau makan banyak..tue dya..kalau korang tak tahu lah..

supplier pun ada bagi hamper..dya dah cop dulu bakul pink tue..
nampak tak? >_<





Cakap-cakap : tengah fikiran nak pi mane holiday CNY nanti..panjang tue..tapi dah bole agak..ke mana..wink2


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, January 25, 2013

New flavor from Gardenia.

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Salam jumaat semua penulis..hari ini dya sarapan roti baru dari Gardenia..Uhh !! Lama dya tunggu flavor ini keluar sebab salesman yang datang kedai en.somi dah promote banyak kali.Dya tak sabar nak rasa kenikmatan roti baru ini..So far..yang rose ada kurang sikit..Adakah sebab didalam roti de bunga???No..No..!!!! jarang kita makan ada rasa sirap di dalam..hahh lebih kurang cam tue lah..korang fisologi sendiri lah..yang butter ngam..tedap..ngam2 hoooo..

RM0.70 je -..-
 
windu massimo ;)

Cakap-cakap : Pelik bin ajaib..mengapa dan kenapa roti keluaran massimo tak ada kat batu pahat???seluruh daerah dah ada..cume area dya je tak ada..selalu nak makan sure kirim akak dya yang tingal jb..kat sana bersepah orang jual tau..!!!

Terima kasih sudi baca !!!







Saturday, January 5, 2013

Pure Marine Collagen

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Sekarang ini..,,sana sini orang bercerita Pure Marine Collagen atau lebih dikenali sebagai rumpai laut..dan..dan..dan..dya tidak terlepas untuk merasainya..bak kata orang..pantang ada benda baru..mula lah mencuba..Walhal rumpai ini dah lama tersedia..terutama di negeri Sabah..cume dya je yang ketinggalan zaman..hihihihihi..Dya mabik kaler purple kali ini..nak try khasiat yang banyak orang cete baik tuk kesihatan sebenar katanya.Sebenar nya dah try kaler kuning sebelum ini..pemberian dari kawan..cume dapat 100g.(baru-baru ini kat kedai en.somi pun dah seorang perempuan nak menjual ini tau..sepaket 100g $20..kaler kuning huhhh..dah fames merata tempat dahhh...)


dya rendam kan semalamam...


masukkan air yang sudah dimasak 2.5liter..but dya gunakan air bio aura..



dya tambahkan 5 helai daun pandan masa ni..ikut korang lah nak letak berapa helai..
sebab kaler purple ada sedikit berbau masa masak..tapi dulu sebelum masuk ke dalam bekas..Hasil tapisan bole di
buat masker..kena amalkan ..baik tuk kulit tau !!!

dya lebih kan air sikit..jadi dia lembut..kena masuk kan dalam peti sejuk tau !


tambahkan 3 sudu besar..dya amalkan sebelum sarapan dan sebelum tido..
campurkan dengan pelbagai jus..


Pada pendapat dya..walaupun kaler purple ada sedikit bau,tapi bila dimasak hilang kebauan itu.Seriesly..Penghadaman pembuangan toksik pun lancar..pagi2 dah membuang..yang paling x besh..asik keluar angin jek..hihihihihi..Rumpai ini dah jadi minuman dya seharian..dah masak rugi tau tak makan..MIL pun dah rajin minum..nak awet muda katanya.. :P

Cakap-cakap : nak cantik sebenar nya kena rajin..iyer dak??? tak salah kita mencuba.. !!!
Terima kasih sudi baca !!!