Friday, October 30, 2015

Cabel Handphone Colour Pink..

Assalamualaikum.

Actually dah lama cari binatang nih tak jumpa..Nampak jugak ada orang jaul cabel nih mahai giler.Tak kan cabel 3 warna je hentam sampai RM15 ke atas..hrmmm..kaya giler orang yang menjual tue..

Cable nih lebih kepada khas pengguna Iphone.Kalau untuk model lain bole jugak..jenuh lahaiiii nak melilit sampai abis nih..Ada baik nya jugak cable nih supaya wayar tahan lama dan nampak meriah gitu.Korang sedia maklum lah wayar iphone nih mahal so korang kena lah jaga elok-elok sikit.Kebiasanya masalah cabel iphone nih dekat bahagian kepala dia..bila dah nampak wayar dalam nak guna kan pun takut.Silap haribulan boleh meletup kang !!!!

Bila dah ada anak dara perempuan mula lah terpikat dengan colour ala-ala pink.hihihi..

Aku beli ini murah je RM10 ada 3 wayar cabel lilitan tue..Free sepit hello kitty tue..Nampak kemas je nanti cable korang tau..


Aku dah mula prepare kalender untuk tahun 2016..Sekejap masa berlalu untuk tahun nih banyak kenangan pahit dan manis kerja dekat opis aku nih...Adakah aku masih lagi bekerja untuk tahun hadapan????Tunggu entry akan datang....
#mood ke laut sekarang nih bila masuk opis#target nak resign tahun depan #

Kepada sesiapa yang berminat dengan kabel nih mehhh watsaapp aku ok !

Dya - 017 7406843




Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, October 29, 2015

Lunch Di Boat Noodle

Assalamualaikum.

Semalam seharian kerja dekat luar..Lama sangat tak oustation sampai ke Johor Bahru..Adehhh lenguh badan rasanya..hihihi..Aku dah jarang memandu jauh macam nih..Jauh lah sangat makcik oiii..

Siap semua kerja, baru lah fikir nak makan apa kalau dah sampai Johor nih..ngam-ngam dah sampai pun waktu lunch bukan selalu pergi outstation tanpa anak nih..Syurga rasanya makan masa nih kalau ada Amai mulut dia lah paling bising..Aku pergi lah google foursquare nih ternampak lah Boat Noodle dekat Sutera Mall, Skudai.

Wajib cuba makan dah terlanjur sampai sini.Sepanjang perjalanan menuju destinasi pertama kali aku menggunakan apps WAZE..laju rupa nya.Mudah dan senang arahan jalan yang ditunjukkan..Baru lah aku tahu penggunaan apps WAZE tue..kesian lahaiiiii...

Masa aku lunch dekat sini ada lah orang melayu 2 meja tengah makan..so tak lah rasa janggal nak makan sangat masa nih..


Menu di Boat Noodle.

Aku pilih 3 jenis masa nih..nak cuba jangan tamak order banyak-banyak kang celah mana nanti kalau nak kenyang.hihih..portion dia pun sikit je dalam mangkuk tue.

Chic Thai Rice Noodle, Beef Thai Rice Noodle, Chic Thai Rice Noodle Spice RM1.90


Cha Keow Yen (Thai Iced Green Tea) Kaffe Yen (Thai Iced Coffee) RM6.90.Air nih dua-dua aku rasa paling sedap lagi-lagi yang green tea tue.. :)


Grill Beef Meat Ball RM5.90. Yang nih macam biasa je aku rasa..


Paling sedap aku rasa Yum Kangkung RM6.90.Sos dia pun emm bole tahan.


 Kaw Pow Chicken Rice RM11.90



Korang abaikan je lah lintang pukang atas meja makan.Orang perempuan nih makan mengalahkan bela saka tau.Mau tak lapa pagi sarapan kuih 3 bijik je..


Licin aku makan semalam lapar punya pasal tau...Kenyang sangat alhmdulilah..


Lepas makan aku terus balik opis Batu Pahat..On the way balik drive dekat highway punya lah mengantuk jangan cerita lah...

Dah nak sambung kerja nih...Bai...



Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, October 27, 2015

Simple Celebration Amai Birthday

Assalamualaikum.

Jumaat hari tu celebrate birthday Amai yang ke 2 tahun.Tahun ni sambut birthday Amai dengan family jer takde jemput kawan-kawan pon.Buat simple potong kek makan2 ringan kuih muih dahh..Janji ada potong kek kan.... Tak ada lah nanti bila Amai besar tanya gambar hari jadi dia yang ke 2 tahun mane??At least ada lah kenangan sambut birthday dia walaupun simple je kan..

Ingat kan nak buat Khamis malam tapi fikir-fikir kesian pulak bapa mentu aku kena jaga kedai malam tue..Nanti tak nampak Amai potong kek.Dah lah bapa mentua aku sayang sangat dengan Amai nih.Sudah nya buat Jumaat lagi senang aku pun ambik cuti sehari.Sabtu pulak aku off day.Tiga hari cuti sekali..haahhaha

Lepas zohor aku terus ambik kek.Nasib baik order kek tahun nih dekat je dengan rumah.Hihihih.Sementara tunggu laki aku balik sembahyang jumaat aku dah siapkan Amai.

Hadiah dari Maklong dengan Kak Eja...Thank you sayang !!!


Baju Amai nih aku simpan dah lama dari hari raya hari tue sebab Abang Ngah yang bagi.Abang Ngah memang setiap tahun bagi Amai sepasang gaun cantik-cantik.Jimat dekat situ.hihihihi.Set rambut dia elok je aku siapkan..ala-ala Princess anak ibu nih..cantik bila Amai pakai crown..


Happy Birthday sayang Ibu !!!!


Aku mula cari mood Amai sebab waktu sekarang nih waktu dia tido.Layan dia punya cerita lah...blaa..laaa..bla..lalaaaa..


Cubaan Amai memujuk aku nak ambik mainan Robocarpoli dekat kek tue.


Bagi tengok ipad dulu sebelum memotong kek.Senyap kalau ipad.Sunyi sepi...Alahaiii Amai..


Robocarpoli favourite Amai sekarang nih.Sehari tak mengadap dekat tibi atau ipad memang tak sah.Sampaikan aku order kek dia pun tema robocarpoli.


Kuih-muih satay dan buah-buahan je juadah petang tue..


Acara potong kek.Masa nak pasang lilin tue Amai sibuk nak ambik mainan robocarpoli tue.


Masa suruh tiup lilin pandai pulak tue tiup cuma angin tak sampai je Amai...hihihihi


Alhamdulilah...anak ibu dah 2 tahun..


Bukan nak makan kek maianan robocarpoli yang diusung kesana ke mari.Bila laki aku mintak pinjam tak boleh..tak bolehhh..


Kesayangan duorang nih..



Bersama cousin Amai yang superspontan...lalalalalala



Terima kasih Amai ucapkan kepada Maklong, Paklong, Ayah, Emak, Atok, Kak Eja, Mak Uda, Cousin, jiran-jiran yang sudi datang celebrate Birthday Amai yang ke 2 nih..Sayang korang..

Insyallah ada rezeki tahun depan celebrate lagi !!!!


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, October 22, 2015

Amai 2 Tahun

Assalamualaikum.


Hari nih genap Amai 2 tahun 22 Oktober 2015.Alhamdulilah.Allah masih panjangkan usia anakku ini.Diberikan kesihatan dan kesempurnaan yang melimpah ruah.Terima kasih ya allah meminjamkan aku kanak-kanak secomel Amai.. T_T

Rindu Amai masa baby... Tahun ini insyallah ada hadiah dari kami.Ibu dan Ayah dah planning hadiah untuk awak sayang.


Selamat Hari Lahir Kesayangan Aliya Maisarah aka Amai.Awak kesayangan Ibu dan Ayah selalu. Moga sihat ceria jadi anak yang soleh dan bijak.

Besok kita potong cake panggil cousin, aunty uncle makan sesama iyer... 



Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, October 21, 2015

Slurrpppp !!! Pirate Coffee

Assalamualaikum.

Jauh hari nih aku pi lunch sampai Bandar U Parit Raja tau !! Saja nak rasa menu makanan di area sana pulak.Dekat sini dah jemu lahaiii..

Pusing-pusing area situ last-last makan dekat Restaurant Mamak 24 jam.Kalau dah hantu mee goreng mamak yang lain tak pandang tau !!! Walaupun banyak orang cakap kedai mamak nih kotor lah, tak cuci tangan lah, kebersihan pun majlis perbandaran pun B lah..macam-macam andaian orang cakap kalau pasal kedai mamak nih.Tapi korang tahu ker tahap kebersihan kedai makan yang lain tue????Fikir-fikir kan lah iyer...

Secara kebetulan makan dekat kedai mamak aku terpandang lah satu kedai minuman yang menjadi viral di Facebook, Whatsap mengenai PIRATE COFFEE nih. Kepada peminum coffee macam aku rugi rasa nya kalau korang tak mencuba.WAJIB CUBA !!

Akhirnya aku dapat jugak merasa air pirates nih.Aku try flavour CAPPUCINO.Ok sedap sangat.Aku bagi 5 bintang.Serius tak tipu !


Masa ambik order kena tulis dekat satu kertas.Korang kena pilih nak ambik perisa yang mana.


Jenuh diorang beratur panjang semata-mata mahu menikmati segelas kopi sejuk.


Aku beli bungkus minum dalam kereta.Nikmat sikit.Pirates Coffee niih tidak jauh beza dari segi kelazatannaya menyebabkan ramai pelanggan berpusu-pusu beratur ingin merasa minuman pirates nih.Aku cuba perisa cappunico dan perisa coklat.Setiap satu berharga RM4.00.Kalau korang nak cuba perisa lain macam latte, mocca, rassbery, special pun ada.Harga dalam RM5 keatas.


Rajin dan tekun anak muda-muda sekarang membancuh kopi untuk pelanggan.



Nak bancuh mimuman pirates nih pun kena ada skill tau !!


Nasib aku pergi waktu pukul 1petang ok lah sikit kurang sikit pelanggan kalau area waktu 5petang ke atas beratur lah korang lama-lama dekat situ.Hihihihi.


Aku salute kepada anak-anak muda yang rajin.Kagum dengan korang tau ! Yang paling penting minuman ini mempunyai rasa mereka yang tersendiri dan cukup enak.

Jom support anak-anak muda berniaga !!!

Alamat : 
PIRATES COFEE,
TAMAN UNIVERSITI PARIT RAJA,
86400 PARIT RAJA,
JOHOR.

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, October 20, 2015

Perkembangan Amai sebelum umur 2 tahun

Assalamualaikum.

Tinggal 2 hari saja lagik Amai akan masuk umur 2 tahun.Insyallah aku akan birthday Amai Jumaat nih. Sekejap je rasa masa berlalu kan.Baru jugak rasanya aku habis berpantang.Zaman pantang la moment paling indah sebab kita akan dilayan macam Sang Puteri .. ewahhhh !!!

22 /10 /2015 genap lah awak 2 tahun sayang !!!


Paling Amai terror ialah panjat naik kerusi meja. Habis satu rumah dia explorer.Amai pun jenis kanak-kanak yang penakut.Hyper sangat-sangat. Kekadang aku penat layan keranah dia aku pun boleh jadi hulk sekejap tau !!



Amai muka dan kelaku tak tumpah seperti ayah dia.Dari segi pemakanan dan mainan banyak lebih dari minat ayah dia.


Anak ayah !!!


Perkembangan Amai sekarang banyak benda yang dia tahu.Kalau aku suruh itu ini dah pandai ambil dan letak dekat mana.Cakap pun dah banyak terang.Dia punya peramah tu kekadang kala terover sangat.Cuma masih ada lagi bahasa ibunda dia yang masih tak pandai lagi.

Kalau suruh menyanyi lagu Let Go..Lett Goo aje lah yang dia tahu.Suwoh baca doa makan tido aminn je lah memanjang.

Amai dah kenal nama-nama sepupu dia haah..tu paling yang dia ingat.Orang yang paling rapat dengan dia Atok, Mak, Ayah, Ibu.Yang lain kalau tanya ta pandai nak jawab.Sampai situ je lah level dia.Hahahahaha.

Kalau aku tanya dah makan belum??Semua nya belum..Setiap hari aku akan tanya dia sayang ibu ker sayang ayah??Jawapan dia mesti AYAH.Amai anak ibu ker anak ayah?Jawapan dia mesti AYAH. Ayah yang selalu dia kena marah itu lah yang Amai akan ingat dan sayang.

Bab permainan yang tidak pernah Amai jemu dari segi tontonan dan mainan ialah ROBOCAR POLI.Kalau boleh 24 jam nak tengok cerita tue.Naik jemu pulak aku tengok.Nasib rumah ada astro rakaman boleh lah aku rewind berkali-kali.Senang sikit nak aku nak buat kerja.Kalau tidak aku nak melayan kerenah dia berejam nak dukung saja.Manja sangattt !!!

Setakat itu lah perkembangan Amai buat masa nih.Insyallah tunggu entry potong cake Jumaat nanti ya !!



Terima kasih sudi baca !!!

Friday, October 16, 2015

Ubat Demam Kanak-kanak Mengandungi Racun???

Assalamualaikum.

Sila ambil perhatian untuk ibu bapa di luar sana apabila memberi anak mereka makan ubat.Sekarang dah jadi viral mengenai ubat demam di bawah 12 tahun  yang mengandungi racundan alkohol.Ubat kanak-kanak pun dah bahaya sekarang Kena alert lepas nih tau korang.

Ubat demam ini dikenali sebagai Sirap Paracetamol keluaran Royce Pharma kerana melebihi paras ethanol dibenarkan.



Dalam isu Sirap Paracetamol yang disebarkan adalah jenis alkohol melebihi piawaian yang dibenarkan oleh pihak berwajib. Jesteru ia bukan isu hukum tetapi ia melibatkan keselematan bahan dan kemudaratannya jika diberikan kepada anak-anak.

Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalyu proses pembuatan arak.


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, October 15, 2015

Nak Anak Lelaki?Makan Buah Ini

Assalamualaikum.

Setiap perkahwinan yang dibina sudah pasti menginginkan sebuah keluarga yang lengkap.Dengan kehadiran anak-anak menambahkan lagi seri keluarga yang dibina.


Manja ibu.Hug and Kiss.


Bimbang tidak mempunyai anak lelaki?Apa kata amalkan pengambilan buah-buahan seperti ini

Pisang
Pisang mempunyai dos yang tinggi kalium dan ia adalah kunci untuk hamil seorang anak lelaki.Kalium dikenali untuk membantu sperma lelaki hidup dalam rahim.Makan dua pisang setiap hari apabila anda cuba untuk mempunyai seorang anak lelaki.

Limau / Oren
Buah-buahan sitrus mengandungi banyak vitamin C yang meningkatkan imun badan wanita hamil. Makan banyak buah-buahan sitrus yang dipercayai berupaya untuk memiliki anak lelaki.

Tomato

Tomato juga membantu untuk mengekalkan keseimbangan sodium dan kalium untuk badan wanita hamil.Terutama kandungan vitamin C dalam ia memberi anda kuasa untuk mengekalkan PH yang betul untuk melahirkan seorang anak lelaki.

Pear


Walaupun sesetengah orang tidak suka kerana rasanya seperti peria namun buah pear ini mempunyai vitamin D yang menguatkan untuk memperoleh anak lelaki.

Untuk para isteri dan ibu serta bapa berusahalah dan amalkan pengambilan buah-buahan ini.Mudah-mudahan ia berhasil.


Insyallah ada rezeki nanti planning untuk baby kedua.Moga dipermudahkan niatku untuk mendapat anak lelaki.Aminn..Aku nak tunggu Amai umur 4tahun dia dah boleh jaga diri sendiri.Sekarang Amai manja sangat.Tunggu lah nanti kalau awak ada adik nanti iyer...Kalau tidak kesian dia kurang kasih sayang nanti.Aku juga yang susah anak merengek sana sini.Semuanya melekat macam superglue.


Terima kasih sudi baca !!!









Wednesday, October 14, 2015

Hari ini Awal Muharram 1437H

Assalamualaikum.




Terima kasih sudi baca !!!

Happy Birthday Eja !!

Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Eja.Moga dimurahkan rezeki, panjangkan umur dan cepat-cepat kahwin.Amai tak sabo nak jadi bridemaids ko tue..Aminnnnn


Nih sebenarnya besday siapa nih manje.Dia boleh over dekat situ.Nak potong sesama dengan akak manje dia lahh tue..


Amai bila nampak lilin..mula cakap "ibuuu...ibuuu api..api...to uuu...to uuuuu !!! Minggu depan besday awak kita potong cake sesama iyer :)


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, October 9, 2015

Bila Anak Kemaruk Youtube

Assalamualaikum.

Amai ketagih tengok Youtube!! Macam mana nih?Risau sangat !

Jangan terkeut, kanak-kanak kini bukanlah seperti zaman dahulu yang suka bermain di luar.Jadi bagaimana untuk menangani perkara ini.


Kalau tengok ipad orang pertama dia cari gambar dekat situ ayah !!! ayah!!! kalau time makan pun panggil ayah akannn!! ayahh aakann!! lagi 2 minggu besday minah nih macam-macam dah prepare tau manje :) 


1. Tonton bersama anak.
Hal yang paling mudah yang boleh dilakukan adalah menonton video bersama anak.Ini juga menjadi waktu yang tepat untuk berdiskusi bersama anak.Tanyakan hal-hal yang ingin mereka pelajari.Jika anak masih kecil,bantulah memasukkan kata kunci yang tepat.Kegiatan ini juga akan membantu si kecil unutk memilih tontonan yang mereka pilij.Jika anak memiliki youtube kegemaran mereka kenali personaliti tersebut.

2.Tonton sendiri.
Jika anak tidak mahu ditemani ketika menonton video, anda mungkin boleh membiarkan dia menontonnya sendiri.Tanyakan nama pembuat video cari dan tonton sendiri.Apa yang boleh anda lakukan?Anda boleh memberi nasihat setelah menontonnya seperti nasihat tentang teknik bahan mahupun isi pembelajarnnya.

3. Jadilah detektif handal.
Kadang-kadang anak menonton secara diam-diam.Meskipun anda menghargai privasi anak anda harus tetap memeriksa apa yang mereka tonton.Lihat watch history atau rekomendasi video.Bila history telah dihapus anak benarkah ia menonton video untuk belajar?Atau ...jangan-jangan mereka menonton yang lain?

4.Subscribe.
Ajak anak mendaftar ke channel video kesukaannya.Dengan begitu dia tidak perlu mencari-cari lagi channel tersebut ketika ingin memonton.Dengan ini kita juga akan mendapat pemberitahuan ketika ada video baru tiba.



Manje kalau tengok youtube upin ipin kawan dia.Satu hari tak tengok tak sah.Satu hari boleh ulang 2 3 kali.Aku pun naik jemu.Kalau dah bosan upin ipin tukar cartton Robocar Poli.Itu je lah cartoon yang dia suka tengok dekat ipad.Hrmmmmmm...




Wednesday, October 7, 2015

Buat Kad Pengenalan Baru

Assalamualaikum.

Actually aku belum pernah terfikir nak buat kad pengenalan baru sampai lah last week aku punya ic hilang.Korang bayangkan je lah macam mana aku tak mengelabah nak mencari.Puas aku mencari dalam kerete, dekat opis , rumah bilik, laci semua aku geladah.Tapi masih tak jumpa.Memang sah IC aku hilang 

Aaarggghhhhhhhh... tension tau !! Dah lah aku nih hari-hari drive takut jugak nanti ada apa dekat luar.Sah-sah kena nak kena gelang besi free.Silap-silap cakap aku nih pendatang pulak.

Sebelum pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara ramai kawan-kawan group suggest aku pergi branch dekat Kluang.Diorang cakap dekat situ on the spot terus dapat.Paling lama pun tunggu 1 jam macam tue lah.Berbanding dengan Batu Pahat dah ramai kena beratur, komuinikasi zero, nak beramah nak bersenyum dengan pelanggan jangan cakap lah.Tak friendly langsung.Dah banyak aku dengar servis dekat Jabatan Pendaftaran Negara Batu Pahat sangat-sangat lah slow melow.Dapat IC pun lambat.Sebulan diorang bagi surat baru lah korang bole ambil.Bole ker macam tue???

Untuk pengetahuan korang kalau ic saja yang hilang tak payah buat report ke balai polis.Sekiranya beg duit (dalam ada kad bank,lesen memandu, kad kredit dan pelbagai kad) korang yang hilang saja bole lah report untuk buat ic baru.Untuk kehilangan kali pertama dikenakan denda sebanyak RM100.00 dan RM10 untuk memprosesan buat ic baru jumlah RM110 duit terbang pada hari tue..Hiskhhh...hiskhhh..

Kalau korang nak tukar ic baru hanya dikenakan charge RM10 saja.IC terbaru ada 2 muka korang dekat kad pengenalan.Satu besar dan satu kecil.

Ini lah ic baru saya.. :) Nasib dapat hari tue jugak.



Senyuman mengoda ker manje nih??


I love u Kakak Amai.


Minah nih hantu keropok dan kerepek.Suap makan nasi ibu nanakkk..nanakkk nak kopok memanjang saja.


Perjalanan nak ke bandar Kluang ambil masa dalam 45 minit je dari rumah aku.Nasib tak jauh.Aku pergi tengahari orang punya lah ramai tapi servis mantop tau.Walaupun ramai layan pelanggan baik dan senyum lebar je.Tak adalah emo bagai.Yang penting aku tak menunggu lama masa tue.Hihihihi.

Bagus jugak kerajaan dah terap kan untuk kerajaan Johor berkerja hari Ahad nih tak payah aku nak ambik cuti.Segala yang berkaitan dengan kerajaan hari Ahad lah paling sesuai untuk aku settlekan apa yang tergendela.

Pesanan aku untuk korang jangan cuai dalam kehilangan ic nih tau !!!!

Alamat :
Bangunan Gunasama Persekutuan Kluang,
Jabatan Pendaftaran Negara,
KM 4 Jalan Kluang Air Hitam,
86000 Kluang,
Johor.


Terima kasih sudi baca !!