Friday, February 27, 2015

BP Mall Pacific

Assalamualaikum.

Mesti ramai yang tanya mana destinasi aku pergi cuti raya cina minggu lepas kan?Memang tak ada planning pun kemana sebab laki aku nak buka kedai.Sedia maklum kedai cina banyak yang tutup sempena raya diorang.Baik niaga lagi bagus.Dapat jugak income.

Awal-awal laki aku dah signal cuti tahun baru cina tolong dia kat kedai.So,segala planning kena lah tunda cuti sekolah nanti.Gini lah gayanya kalau bersuamikan laki niaga.Mana dia mencari rezeki disitu lah aku kena ada.Cewahhh !!

Memandang kan aku cuti pun lama, laki pun kesiankan Amai dok terperok dalam umah, terus berbunyi nak bawa Amai jalan-jalan mall.Kesian asik duduk rumah jek.Yahooo daddy bawa pusing-pusin mall.


Besar dah manja mummy nih.Sayang ketat dekat awak tau !!


Manja dah bole jadi kakak ker nih??mummy tak puas lagik nak gomol awak lah :)


Petang Jumaat tue bawa lah manje Amai pusing-pusing satu mall, makan-makan sambil tue sempat jugak aku membeli sepasang kasut.Lagipun jenama Crocodile memang peminat setia aku dari dulu lagi.Kalau tak offer sure mahal.Kebiasaanya aku beli pun time offer.

Masa nih aku beli RM69.90.Kalau tak offer mau seratus lebih.Mak tak mampu nak pakai mahal-mahal dekk nunnn.



Sempat diorang bergambar dengan idola masing-masing.Hihihihi.


Laki pun bawa anak-anak saudara nih.Besar dah semua nih.Terutamanya Ejam.Tahun ni awak SPM tau.Belajar rajin-rajin.


Korang janan ingat Amai nih berani tau.Sekejap nih ambik gambar, melalak kat situ jugak.Penakut jugak anak mummy nih.Satu mall dengar suara awak tue sayang.

Oleh kerana BP Mall dah sesak dengan orang ramai.Laki aku dah ajak balik.Rimas.Jalan pun jem.Laki aku nih bukan suka sangat bersesak-sesak nih.Lepas makan kita orang terus balik.


Laki aku pergi transfer duit masa nih.Yokkkk selfie dulu.Busannnn !!!


Tengok lah manja mummy nih.Macam-macam kerenah dia keluar kan.


Dah namanya raya cina kan.Mesti lah pakai kaler merah.Hihihi.


Tengok muka manja ai sama cam mummy dia kan.Manje dah lasak sangat tau.Lagi-lagi kalau kita dukung dia cepat sangat nak loloskan diri dia tue.


Tengok lah, ni baru sorang kalau tambah lagik 2 3 orang mau pengsan mummy ko nih.Silap-silap bole jadi hulk sekejap.hihihihihi


Selamat Berhujung Minggu Kekawan !!!!



Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, February 25, 2015

Party CNY 2015 Yang Sederhana

Assalamualaikum.

Dah seminggu pun berlalu Chinese New Year 2015 yang bertemakan binatang Kambing untuk tahun nih.
Happy New Year yang berbangsa china.Harap tahun nih banyak luck untuk korang iyer.Hihihi.

Setiap tahun opis aku akan mengadakan party makan sempena menyambut tahun baru.Al maklum lah opis aku ini bole dikategorikan ramai china berbanding melayu.Staff melayu cuma 5 orang je.Nanti korang scroll ke bawah bole tengok perempuan mak orang yang lelawa iyer.Lalalala.

Tahun nih sangat lah sederhana berbanding dengan tahun-tahun yang sudah.Kerana bajet bos aku elekkk.Ciput sangat makan tahun nih.Hamper jangan cerita lah dapat berapa buah je.Kebiasaanya opis aku akan order set buffet korang melantak lah berapa banyak korang nak makan.Tahun nih sangat lah makan kuantiti yang sikit.Wei babylydia kata tahun nih nak berdiet, mana bole makan bebanyak sayang oiii !!!


Tamak kan bawa balik sebakul limau.Limau kali nih dapat walaupun sikit tetap rasa manis sebab dapat yang gred A tahun nih. ^__^



 Tahun kambing tahun nih 2015.Sesiapa yang tahun kambing pergi google sendiri iyer.Kehkehhhh :)


 Menu yang sederhana tetap lazat.Bajet sangat bos aku tahun nih tau.


Desert kawan opis aku bawa.Pandai isteri dia buat.Ada rasa cheese dan blueberry.Aku jamah seketul je sebab rasa manis sangat-sangat.Bole diabetis kawwww.Nama dia pun aku lupe desert nih.


Cookies dari Season.Season tiap-tiap tahun dapat dari supplier.Naik jemu benda yang sama tiap-tiap tahun.Aku tak jamah pun cookies tue sebab tak memenuhi tekak aku time tue.Hihihihi.


 Limau Gergasi New Year.Yang nih bos aku beli satu bijik $12.00.Mahal ker murah tue?
Dua bijik dah cukup iyer kawan-kawan.

 Hah?Diet ker aku nih?Tengok pinggan pun penuh.Aacner tue?Hihihihi.Tak pe lah hari nih last kerja.Lantak cukup-cukup.


Bersama saya dari kiri Pengantin Baru Rina,Kak Faizah,Ina, Tuan Belog dan Rahima.Kitaorang tak sama dept.

 Selfie sesudah makan.


 Masa nih aku nak selfie sampai terpejam mata ai tau.Mana tak nya Rahima bole cakap kitaorang nih Puteri Umno.Dah janji ker nak pakai merah-merah nih.Ini semua secara kebetulan je.Dah nama last kerja kan.Semangat lah sikit nak raya nih kan.Rasa nak lempang lima jari kat Rahima nih tau !! Tak ada semangat patriotik tol lah awak nih.



Gambar menjadi lah selepas kena bahan dengan Rahima.Maybe Rahima orang kuat tutttttt........... kot.Lalalala.

 Limau untuk dihantar kepada customer.Dapat sekotak je.Yang staff cam aku nih cuma dapat 2 bijik je tau.
Kedekut tol bos aku kali nih.


 Yeahh !! Dapat angpow :)


 Saya dah kenyang.Bos bagi kelepasan pada staff bole balik awal hari tue.Yahooooooo !!!

"Happy Chinese New Year 2015"  http://kymlifestyle.blogspot.com/2015/02/do-re-mi.html

Monday, February 16, 2015

Retro Woman Shoes

Assalamualaikum.

Berminat sila wastsup aku please.Aku nak let it go kasut nih sebab beli tak muat.Sayang nye design kedua-dua nih aku minat sangat-sangat.

Kedua-dua nya masih baru.Belum pernah sekali jejak tanah tau !

1) Retro Round Head Design 
    RM30 Size 37
    Colour Red



2) Retro Canvas Fisherman 
    RM 25
    Saiz 36
    Colour White



All items free postage.Berminat watsup lelaju tau !!

Dya - 017 740 6843


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, February 12, 2015

Pergi Check Up Amai

Assalamualaikum...

Isnin lepas aku on leave satu hari bawa Amai pergi Klinik Kesihatan Senggarang.Sepatutnya ikut buku merah Amai kena timbang 26/01/2015.Tapi oleh kerana bizi mummy ko nih mengalahkan menteri sebulan berlalu baru pasan Amai kena pergi KK.

Dekat KK Senggarang nih check up baby hari Isnin je.Amai baby lagi ker?? Hahahahaha.

Hari lain tak dilayan ok termasuk lah hari ahad.Besenya aku pergi sure lah balik umah lewat.Service kat KK nih sangat-sangat slow melowww.Misi lebih suka popek popek.Ingat aku nak half day je tapi dah sampai 12 tengahari baru siap.Malas rasanya baik aku cuti satu hari senang.Tak lah aku berkejaran masuk opis.


Tunggu daddy mandi lama nye kita selfie dulu.Hehehehe.Amai nih kalau dah nampak kasut mula lah nak turun tak moo kelek.Suka berjalan lah anak mummy nih.Walhal masa mengandung kan awak dulu mummy tak banyak berjalan tau.Banyak masa abis kat opis,rumah kedai je tau.Kuat mummy kerja dulu.Semangat sampai awak dah nak keluar baru lah mummy rehat kat rumah.


Aku rasa Amai tak comell guna baju skirt.Tak nampak comell lah sayang.Aku lebih suka pakai kan seluar dengan t-shirt.Simple je.


Syukur timbang anak mummy naik 9kg.Amai nih sebenarnya tak nampak gemok.Dia kuruihh dan badan je memanjang.Lasak jangan cerita lah mengalahkan orang lelaki.Yang itu ikut laki aku lah.


Nampak sangat Amai dah dewasa.Dah bole jadi kakak iyer sayang.Moga awak membesar dengan sihat dan sempurna.Mummy hari-hari doakan kebaikan awak sayang.Love u so much !



Terima kasih sudi baca !!!

Friday, February 6, 2015

Preloved Wide Shawl Murah

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua :) Jom cuci mata.Aku jual murah-murah je.


Model tudung a.k.a tuan belog tak juaiii naaaa :)




Sehelai RM4.00.
Beli 3   RM10.00 Free Postage
Material semua ok lagik cuma aku jarang guna.Suka lagik dengan bawal kampung je.hihihi
Boleh campur dengan mana-mana yang berkenanan.

Berminat watssup / wechat aku : 017 - 740 6843



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, February 5, 2015

Gunting Rambut Amai

Assalamualaikum...

Minggu ke minggu nak gunting rambut Amai asik postpone je.Risau lah mummy tengok rambut awak nih.Asik tutup mata.Sekejap kang mula lah garu tengok lah.Kepala lah.Banyak kutu ker awak nih manje?

Sabtu lepas aku tak kerja bawa lah gunting kedai amoi dekat Senggarang je.Nak tunggu laki aku gunting kan mau nye janggut lahai.Baik aku bawa sendiri.Kalau gunting sendiri mesti Amai melasak.Nak beli gunting lagi.Mau-mau nak yang tajam.


Masa nih Amai kena marah dengan aku.Sebab tak nak tido.Amai dah masuk kelambu nih pun.Ingat lepas bangun tido baru nak bawa gunting rambut sekali cousin datang bilik serbu mau nya dia nak tido.Seboleh-boleh nak keluar kelambu.Nak main dengan cousin.Terjerit-jerit.Grrrrr !!


Tengok lah baru sampai kedai aunty dah menguwap nak tido.Tadi suwoh tidur tak moo.


Kali nih kali kedua aku gunting rambut Amai.Sebelum nih masa aku abis pantang.Cukur botak.Rambut Amai nampak sikit je.Lagi halus.Kalau ikut rambut mummy tebal ko nak !!


 Mood Amai ok je bila aunty gunting belakang.Sisi telinga.

 
Tengok ok je kan dia.Molek je diam. T_T

Bila aunty nak gunting pendek belah depan.Nangies manja.Perlahan je suara Amai.Mungkin takut dia nk potong mata dia kutt..Penakut wupenya anak mummy nih.Pas ni kita balik iyer.Balik mandi minum susu terus dia tido.


Bangun tido terus tunjuk kasut nak keluar rumah.

Bila petang aku tak pergi  kemana halaman rumah lah kawasan Amai paling suka.Suka sampai menjerit-jerit.Mau tak nya kalau dengan mak mentua aku dok dalam umah 24jam.Amai pulak cepat bosan dengan sesuatu benda.Mula lah petik bunga daun mak iyer manja.:)


Bila Amai dah pandai berjalan rasa cepat sangat dia membesar.Manje kalau bole awak jangan lah besar lagik.Cam tue dah ok.Hehehehehhe.




Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, February 3, 2015

Team First Aid

Assalamualaikum.

Haah.Korang jangan terkezut lah yang aku nih sebenarnya team first aid dekat company aku nih.Dah 2 tahun aku join team.Cuma aktiviti luar je yang tak dapat join.Sampai lah last week ada buat training first aid selama 2 hari.Ikutkan malas nak join sebab tarikh tu paling aku sibuk nak standby buat payroll.

Jom pi training !!


Masa ni kat bilik solat.Nak sambung dengar ceramah tapi mau zzzzzz.Hehehehhe.


Khusyuk lah sangat masa nih walhal mata tu kuyu yaa amat.Kalau disorang bantal comfom sampai ke senggarang mimpi aku tue.


En.Azam selaku jurulatih Pertolongan Cemas dan CPR selama dua hari.Ok jugak ceramah dia dua hari tue.Ada lah jugak kelakarnya.Kalau tidak comfom satu team membuta.

Bila daj CPR ramai lah berfikiran biru.Tapi team nih semua dah berkahwin.Tak segan sangat lah nak bergurau senda.


Penceramah dah mula...


Makanan yang disediakan cukup lah sedap.Hancuss diet aku !!!


Hari kedua pulak seisi aktiviti balut-membalut.Ini latihan minda.Masing-masing kena praktikal.Seronok.Baru lah tahu kalau nak balut luka cam ne sekiranya ada kecemasan dan kemalangan jalan raya.


Masing-masing kena ada pasangan.Kena bergilir buat praktikal masa tue:)


Ina nih kawan baik aku.Satu department.Comell kan?



Semput rasanya latihan nih.T_T






Alhamdulilah.Ceramah Pertolongan Cemas berjalan dengan baik selama 2 hari.Seronok sekali sekala join cam nih.



Terima kasih sudi baca !!!