Showing posts with label sayangmummy. Show all posts
Showing posts with label sayangmummy. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Perkembangan Amai sebelum umur 2 tahun

Assalamualaikum.

Tinggal 2 hari saja lagik Amai akan masuk umur 2 tahun.Insyallah aku akan birthday Amai Jumaat nih. Sekejap je rasa masa berlalu kan.Baru jugak rasanya aku habis berpantang.Zaman pantang la moment paling indah sebab kita akan dilayan macam Sang Puteri .. ewahhhh !!!

22 /10 /2015 genap lah awak 2 tahun sayang !!!


Paling Amai terror ialah panjat naik kerusi meja. Habis satu rumah dia explorer.Amai pun jenis kanak-kanak yang penakut.Hyper sangat-sangat. Kekadang aku penat layan keranah dia aku pun boleh jadi hulk sekejap tau !!



Amai muka dan kelaku tak tumpah seperti ayah dia.Dari segi pemakanan dan mainan banyak lebih dari minat ayah dia.


Anak ayah !!!


Perkembangan Amai sekarang banyak benda yang dia tahu.Kalau aku suruh itu ini dah pandai ambil dan letak dekat mana.Cakap pun dah banyak terang.Dia punya peramah tu kekadang kala terover sangat.Cuma masih ada lagi bahasa ibunda dia yang masih tak pandai lagi.

Kalau suruh menyanyi lagu Let Go..Lett Goo aje lah yang dia tahu.Suwoh baca doa makan tido aminn je lah memanjang.

Amai dah kenal nama-nama sepupu dia haah..tu paling yang dia ingat.Orang yang paling rapat dengan dia Atok, Mak, Ayah, Ibu.Yang lain kalau tanya ta pandai nak jawab.Sampai situ je lah level dia.Hahahahaha.

Kalau aku tanya dah makan belum??Semua nya belum..Setiap hari aku akan tanya dia sayang ibu ker sayang ayah??Jawapan dia mesti AYAH.Amai anak ibu ker anak ayah?Jawapan dia mesti AYAH. Ayah yang selalu dia kena marah itu lah yang Amai akan ingat dan sayang.

Bab permainan yang tidak pernah Amai jemu dari segi tontonan dan mainan ialah ROBOCAR POLI.Kalau boleh 24 jam nak tengok cerita tue.Naik jemu pulak aku tengok.Nasib rumah ada astro rakaman boleh lah aku rewind berkali-kali.Senang sikit nak aku nak buat kerja.Kalau tidak aku nak melayan kerenah dia berejam nak dukung saja.Manja sangattt !!!

Setakat itu lah perkembangan Amai buat masa nih.Insyallah tunggu entry potong cake Jumaat nanti ya !!



Terima kasih sudi baca !!!

Friday, October 9, 2015

Bila Anak Kemaruk Youtube

Assalamualaikum.

Amai ketagih tengok Youtube!! Macam mana nih?Risau sangat !

Jangan terkeut, kanak-kanak kini bukanlah seperti zaman dahulu yang suka bermain di luar.Jadi bagaimana untuk menangani perkara ini.


Kalau tengok ipad orang pertama dia cari gambar dekat situ ayah !!! ayah!!! kalau time makan pun panggil ayah akannn!! ayahh aakann!! lagi 2 minggu besday minah nih macam-macam dah prepare tau manje :) 


1. Tonton bersama anak.
Hal yang paling mudah yang boleh dilakukan adalah menonton video bersama anak.Ini juga menjadi waktu yang tepat untuk berdiskusi bersama anak.Tanyakan hal-hal yang ingin mereka pelajari.Jika anak masih kecil,bantulah memasukkan kata kunci yang tepat.Kegiatan ini juga akan membantu si kecil unutk memilih tontonan yang mereka pilij.Jika anak memiliki youtube kegemaran mereka kenali personaliti tersebut.

2.Tonton sendiri.
Jika anak tidak mahu ditemani ketika menonton video, anda mungkin boleh membiarkan dia menontonnya sendiri.Tanyakan nama pembuat video cari dan tonton sendiri.Apa yang boleh anda lakukan?Anda boleh memberi nasihat setelah menontonnya seperti nasihat tentang teknik bahan mahupun isi pembelajarnnya.

3. Jadilah detektif handal.
Kadang-kadang anak menonton secara diam-diam.Meskipun anda menghargai privasi anak anda harus tetap memeriksa apa yang mereka tonton.Lihat watch history atau rekomendasi video.Bila history telah dihapus anak benarkah ia menonton video untuk belajar?Atau ...jangan-jangan mereka menonton yang lain?

4.Subscribe.
Ajak anak mendaftar ke channel video kesukaannya.Dengan begitu dia tidak perlu mencari-cari lagi channel tersebut ketika ingin memonton.Dengan ini kita juga akan mendapat pemberitahuan ketika ada video baru tiba.



Manje kalau tengok youtube upin ipin kawan dia.Satu hari tak tengok tak sah.Satu hari boleh ulang 2 3 kali.Aku pun naik jemu.Kalau dah bosan upin ipin tukar cartton Robocar Poli.Itu je lah cartoon yang dia suka tengok dekat ipad.Hrmmmmmm...




Wednesday, May 13, 2015

Satu Tahun Enam Bulan

Assalamualaikum.

Appointment Manja sebenar nya bulan April hari tue.Tapi tu lah aku nih asik sibuk memanjang je post pone sampai ke bulan Mei.Nasib nurse kat situ tak membebel.Kalau tidak sakit telinga sekejap.Klinik Kesihatan Senggarang ini check up baby dan kanak-kanak hanya hari Isnin je.Hari lain tidak dilayan ok !

Sampai Klinik Kesihatan Senggarang ini pun dah lewat pukul 11 lebih baru aku daftar.Biasanya dekat sini pergi awal dengan petang sama je lewat jugak nurse kat sini melayan kita.Lambat diorang nak tengok buku merah.Baik pergi lewat sikit boleh lah aku kemas masak kat rumah dulu.

Nurse kata suntikan untuk kali yang terakhir.Suntikan seterusnya akan diberi sewaktu umur  tahun nanti..Aku cuma angguk-angguk kepala tanda faham lahh tue.Suntikan kali ini diberi nama imunisasi DTP atau Differia Tetanus Pertussis.Yang ini lagi lah aku tak faham.Hihihihi.

Kementerian Malaysia pun telah menyediakan jadual untuk suntikan vaksin yang wajib diambil oleh peringkat bayi sehingga lah kanak-kanak.Korang pi lah google sendiri okay !!


Masa ini Manja suka lari sana sini.Seronok ramai kawan kat Klinik ini.Kalau dekat rumah ada saja yang direnggek kan.Sampai aku naik rimas tau.



Kanak-kanak sebaya dia kerap ke bangku yang aku duduk tue.Mula lah Manja tunjukkan taring dia.



Seronok lah iyer sekejap lagik melalak satu Klinik tau Manja. !



Lepas cucuk nanges sekejap je.Lepas itu mula lah nak meloloskan diri dia.


Sekejap awak dah 18bulan tau Manje.Mummy i love u awak sangat-sangat.

Dah jom balik !


Selfie anak beranak.Happy !!!


Mummy dan Manja :)


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, April 2, 2015

Amai Satu Tahun Lima Bulan

Assalamualaikum.

Lama sangat dah tak cerita perkembangan Manje ai kan.Bukan tak nak share tentang Manje ai  nih.Nant ada orang cakap asik cerita pasal anak dia je.Macam dia sorang je yang ada anak kan?Hihihi.

Alhamdulilah.Manja dah sampai satu tahun lima bulan dah.Syukur dia membesar dengan sempurna.Sakit demam tue biasa lah.Semua kanak-kanak akan mengalami situasi tue.Perkembangan sekarang yang ketara sangat kat dia :


1) Lepas mandi mesti tarik tangan mummy dia tuju terus tuju depan pintu, tunjuk selipar/kasut kereta dan bawa dia jalan-jalan.Seround pun jadi lah.Kalau tidak merengek tak sudah-sudah.Bagi mainan pun tak jalan.Nak tak nak bawa kan jugak lah keluar rumah.Yang penting mesti naik kereta.

2) Kalau panaskan bubur dah tahu dah sebut nyam...nyamm.. mamam..mamam..

3) Semua orang dalam rumah semua dia kenal.Tanya mak mane manje?tunjuk muka mak.Tanya atok mane manje?Tunjuk muka atok.Tanya daddy mane?Tahu daddy dia.Tapi bila tanya mummy mane sayang??Respon sangat zerooooo.Tunjuk pun tak, muka alih ke muka aku pun tak..Hrmmmm kecewa sangat dia tak kenal mummy dia nih..Huwaaaaaaa.Blur sangat bila tanya mummy mana.Haahh macam mane tue?Korang ada petua tak?

Kiut manja buat mulut cam tue tau !! Macam nak gigit rasanya.





Masa nih ambik Manja dari rumah kakak ipar aku.Satu hari dia kat sana.Tak nak balik.Bapa mentua aku ajak balik.Geleng kepala naknaknak.Sebab rumah kakak aku ada anak dia 3orang.Manja ada kawan lupa mummy dia kat rumah.Sampai sana kakak ipar aku dah siap mandikan dia.Sudah nya pakai lah baju lelaki awak sayang.


4) Makanan paling dia gemar sekarang kerepek atau keropok ikan.Biasanya aku akan beli timbang keropok ikan tue.Habis berkeping-keping minah nih makan.Kalau kerepek pisang pun laju semacam je makan.Bagi mangkok letak berkeping-keping sekejap lagi datang dapor mintak lagi.Aku pun ada limit nak bagi dia makan, kesudahaannya bubur nanti dia tolak ke tepi.

5) Kalau aku nak pergi kerja dah tak ada melalak sangat cam dulu.Sampaikan aku ambik dia keluar bilik, dukung dia satu rumah dulu tak nak biarkan dia menangis lelama.Aku pulak jenis tak sampai hati nak tingalkan dia.Kekadang dulu tue, menitis air mata aku nak pergi keje.Merayu-rayu nak keluar kelambu.Pergi kerja pun lambat.Sekarang kalau aku salam laki aku sebelum pergi kerja, dia terjaga baring mata pusing-pusing tengok aku.Tengok je aksi aku sambil tue aku cakap lah."manja mummy pergi kerja tau, petang balik main sesama-sama iyer".Diam je.Dah tak nangis punnn..Hilang stresss aku kat situ.Alhamdulillah.

Nampak nye tue je lah perkembangan manje setakat nih.Dah nak sambung kerja yang melambak nih..Bai2.




Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, March 25, 2015

Free Sample Susu Friso

Assalamualaikum.

Sebelum ini ramai yang tanya aku Manje aku minum susu apa.Semestinya Frisolac Gold.Susu ini Doctor Pantai Batu Pahat yang rekemen.Masa tue dapat tin kecil.Bermula lah tin besar sampai lah sekarang Amai minum susu Frisolac dan tak pernag gagal untuk minum susu lain.Pernah jugak tukar susu murah dan mahal tapi tak berjaya menambat hati manja aku nih.Dan Amai cukup cerewet sangat bab-bab susu ini.Sejuk sikit dah tak nak minum.Bazir je kadang aku rasa.

Insyallah ada rezeki lebih aku nak bagi manje minum susu sampai lah dia sekolah.

Hari tue, google laman website Friso ini nampak lah dapat free sample.Terus sign in jadi member.Korang kalau nak susu free bole lah pergi sini.http://www.friso.com.my/main/try_friso_gold

Klik http://www.friso.com.my/main/try_friso_gold



Yeahh !! dah received susu free :) Dapat free sample 3 paket dari Frisolac.Hihihi.Happy tau !


Amai dah minum pun step 3.Kalau packing macam tu, rasanya sekali buat je kot.Bole dibawa semasa jalan jauh.Senang.Paket macam nih kan.Tak tahu lah next week harga susu Friso nih naik ker tak??GST kan?


Hasil geladah beg mummy.Awak faham ker tulis apa tue sayang??Tenung macam faham je?


Manja ini kalau aku balik kerja dia lah orang pertama geledah beg aku.Tengok lah tue habis dia buka.
Mesti dia cari makanan iaitu gula-gula atau coklat.Minah coklat manje nih tau !!



Terima kasih sudi baca !!!

Monday, March 9, 2015

Batuk & Demam

Assalamualaikum.

Mungkin Amai kena batuk dari aku.Setiap hari cium peluk tidur sama mesti lah sikit-sikit kena jangkit.Sebelum tue aku ada bagi ubat batuk tapi masih tak baik-baik.Waktu malam batuk Amai ada menjadi sebab sejuk kot.Kekadang kesian aku tengok dia.Batuk sampai tutup mulut.Tapi kahak yang degil tue still tak nak keluar.Tu yang payah sikit nak baik.

Lastly laki aku bawa pergi Pakar Kanak-Kanak England.Amai nih macam tahu jek dia nak pergi check up doctor tau.Aku pergi time tue, klinik dah nak tutup pukul 6 petang.Nasib baik staff kat situ ok bagi daftar.Kalau tidak confom aku kena cuti lagi.Hihihihi.

Amai patient last hari tue check up.Dah nak close klinik time tue.

Amai moody sebab kena kejut bangun tidur.Minah nih kalau masuk dalam kereta membuta je lah.Kalau tidak mulut bising kepoh dengan bahasa Jerman dia.

Anak mummy dah setahun empat bulan.Besar dengan sihat sayang.Batuk kena makan ubat sikit takut melarat macam-macam penyakit datang pulak kan.

Sebelum nih Amai pernah ke sini.Masa tue Amai demam pertama kali tak baik dalam umur 4 atau 5 bulan gitu lah.Lupe pulak aku.Bawa ke sini Alhamdulilah baik.

Ingat nak bawa pergi klinik lain tapi bila laki aku cakap, "Amai batuk dah nak masuk 2 minggu nih bawa je lah pergi pakar dulu.Refer doc cakap dulu.Saya sebagai isteri mithali hanya menuntut perintah je.


Ubat Amai RM104.Doctor cakap ni ubat terbaik untuk bayi seusia Amai.Alhamdulilah Amai dah baik dari serangan batuk yang degil tue.Amin.

Doctor cakap sekarang cuaca tidak sesuai bawa kanak-kanak pergi keluar, asap dan persekitaran yan tidak sihat.Haaah ??! Dengar tue, jangan nak ingat weekend nak berjalan je tau !! Lagi lah cuaca panas kena banyak minum air putih atau air bali untuk sejukkan badan.

Bila batuk dah baik Amai demam pulak.Bukan demam yang meleret berhari-hari tue cuma malam dia demam sampai suhu 38.7 kekadang 39.0.Takut kan.Nasib umah aku de tembak suhu tue.Satu jam sekali aku akan tembak kat telinga dia.Siang dia main ok je.Makan minum susu pun ok.Tak muntah dan melepek..Mungkin jugak Amai nak pandai sesuatu.

Tapi bila dah meleret sampai satu minggu aku bawa dia pergi Klinik Sinar.Klinik nih dekat sikit dengan umah aku.Malam pun ada buka sampai pukul 10 malam.


Kalau siang bole main-main dengan laki aku.Aktif semacam je aku tengok.Tengok lah remote tibi pun dia pijak.Nakal anak mummy nih.


Saya suka baca buku.Pantang nampak.Mula lah nak membaca bahasa Jerman dia.


Yang sebenar nya saya suka buat sepah.Hihihihi


Ada rupa demam ker manje nih?


Terima lah senyuman gedik dari saya nih.


Chek up pergi Klinik Sinar RM45.ORS plus tue untuk cuci perut.Kurang kan berak-berak dan buang panas.Sama cam aku pergi Klinik England tapi sana untuk paru-paru.Diorang cakap bagus minum nih.Packing berbentuk powder.Bole campur dengan susu.Lebih kurang cam air garam.Kalau kita orang tua minum URAL.Lebih kurang gitu lah.


Mummy bawa manja pergi urut jugak.Dekat kampung laki aku je.Makan ubat makan jugak.Urut pun penting.Mana lah tahu tekehel sana terkehel sini.Sebab amai dah lasak sekarang.

Alhamdulilah syukur malam manja tidur dengan lena.Tak pun rengek cam selalu.Kena urut makan ubat selasa tidur malam.Kalau tidak mata mummy awak nih dah cam panda tau.


Saya dah baik dari serangan batuk dan demam yang jahat tue.Alhamdulilah.




Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, January 21, 2015

Genap 1 Tahun 1 Bulan Amai berjalan

Assalamualaikum.

Lama dah aku tak update blog kan??Hewhew rindu iyer?Awal tahun aku kerja kat opis melambak sangat-sangat.Nak tulis baca blog kawan-kawan pun tak berkesempatan. :)
Awal tahun dah emo sikit tau sebab bonus tahun nih kena tolak.Hampeh sanggatt.Bajet nak honeymoon punehhhh :(

Dari punehh dengar emo aku,meh aku story tentang Amai yang dah pandai berjalan.Alhamdulilah.
Sebelum nih dah nampak Amai menapak setapak cume kekuatan menampak berjalan ke simen belum lagi ketara.Asik memapah kerusi meja.Lagi satu start dah nak pandai jalan tak moo orang kelek dia.Pegang lama2 pun dah tak moo dah.Nak berdikari katanya.

 
Gambar nih last aku guna Samsung Note II.Tingal kenangan.Pakai pun sekejap jek.Jenuh pilih kasut Amai time nih semua tak kena lah sebab kaki Amai panjang.Susah nak cari saiz.
 

Perkara yang paling Amai suka ialah bermain handphone dan ipad.Pantang handphone lepa letak mulai lah elo2..aaaaahaaa.Bahasa jerman dia dah mai time tue.Kadang kala jenuh cari handphone mane lah dia letak kan.Grrrrrrr !! Handphone daddy lah jadi mangsa.Bila kita ambik nangis tau Amai nih.Tahu dah bersosial kecik-kecik :)

 
Siapa cakap Amai tak pandai selfie??? Kalau aku cakap "Amai tekan sini, tekan sini keluar lah gambar dia.Sengeh-sengeh gedik sangat !!

 
Lokasi paling Amai sangat-sangat suka pergi bilik air.Pantang dengar bunyi air ,orang mandi ker,pluss air tandas ker.Tup-tup dah de depan bilik air.Tercongok kat situ.Nakal dah Amai nih.
 
 
Cam ni lah aktiviti Amai bila aku tak ada kat umah.Hari-hari laki aku watsup aktiviti Amai kat umah.Comell geram pun ada kekadang.Tapi itu semua membahagiakan.Dengar telefon umah.Keluar lah bahasa jerman dia mai.Suka main telefon lah manje mummy nih.
 
 
 
Kadang kala je aku beri dia air kotak soya dengan milo.Sebab kekadang sepupu Amai datang umah nampak diorang minum jerit-jerit.Dah pandai mintak minum.Laju je sedut manje nih.Tapi selebihnya tuang ke lantai.Mula lah emo swinggg aku naik.Grrrrrr !!!
 
 
Alhamdulilah.Amai genap setahun satu bulan dah berjalan.Terima kasih Allah swt. :)
 
 
 
Terima kasih sudi baca !!

Tuesday, November 11, 2014

Aliya Maisarah Sambut 1 Birthday

Assalamualaikum.

Syukur.Alhamdulilah.majlis sambutan ulang tahun Amai yang ke 1 tahun berjalan dengan lancar dan jayanya tempohariTerima kasih kepada semua adik beradik,sepupu,saudara mara,jiran-jiran yang saling membantu pada hari tersebut.Secara iklhas aku sangat berpuas hati dengan kehadiran kawan-kawan,meriah sangat time tue.Makanan dan goodies kanak-kanak sedap2 dan besh belaka.
Insyallah ada rezeki aku sambutan ulang tahun untuk tahun hadapan iyer.


Selamat menyambut ulang tahun pertama sayang mummy dan daddy nih.i love u so muchhh !!!
Membesar dengan bijak tau sayang mummy,jangan besar kena buli tau.


Amai dah mula membuas time nih.Bila tengok orang ramai,mula lah dia nak loloskan diri dia tue


Meriah super meriah.nyanyi lagu 'happy birthday n allah selamat kan kamu'


 

Antara juadah pada majlis tue, paling special ialah nasi briani,kambing,ayam,acar timun,kuih muih,desert,buah-buahan,dadih dan satay.
Paling laku dan licin satay dan dadih.



Tengok lee anak mummy nih suka sangat bekelek dengan mummy dia.Manja amai nih.


Manisan yang kuhias paling simple dan licin.Hahahahahaha.


Bacaan doa dan tahlil dari pelajar tahfiz Senggarang untuk semua keluarga terutama sekali arwah mak aku.Sedih sangat masa nih sebab arwah mak tak dapat meraikan sesama aku.Rindu aku pada mak terkata ketika tue.Touching :(
 
 
My small familia :)
 

 

Nih eja.Kawan baik masa sekolah.Slimm giler minah nih.walhal anak dah tiga tau :)

Amai dah start nak merengkek.Dia dah mula la nak melengasss badan ko tue nakk oii.



Kek Amai paling sedap dan nyam2...Nih pun aku pilih tema Hello Kitty


Bila letak bawah ada kawan amai tak merengkek dah pandai bawa diri sikit.Good Girl anak mummy

 

 
Amai dah mengantuk sebenarnya tapi tahan mata.Dia dah mula nak mood dah nih 
 

 
Terima kasih sekali lagi kepada semua.Jumpa lagi tahun hadapan iyer.
Alhamdulilah :)
 
 
Terima kasih sudi baca !!