Friday, November 30, 2012

Sepah The Movie bukan biasa-biasa jek...!!

Assalamualaikum♥♥♥

Korang nak tahu semalam opening story Sepah The Movie 29.November.2012.Dya menonton besama en.somi.Tak sangka dya balik kerja,en.somi dah beli pun tiket wayang.Maka dengan happy penuh bunga-bunga dya pun pergi.Sampai di BP Mall.Ramai orang dah beratur.Lebih awal dari kami.Grrrrr !! Maybe sekarang banyak movie bole tonton cam Istanbul Aku Datang,Lagenda Bodak Setan-Katerina,Breaking Dawn tu yang ramai.Sori iyer dya tak snap keberaturan mereka di lorong tiket.Malu la weiii.. :p


sampai rumah dah lewat..see time movie??lalalalalala...

besh ^^
Dya rasa ini lah movie melayu yang dya tonton.Besh dan kelakar.Korang mesti tak kering gusi lagi2 telatah Jep yang tak abis2 mengusik Syuib.

Cakap-cakap : Sepah made in Kulai -..- Maka kita kene sokong mereka ..

Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, November 29, 2012

Berbulan madu di Cameroon Highlands

Assalamualaikum♥♥♥

beg yang kuit muit -..-
Besenya orang baru kawin akan berbulan madu..bak kumbang dan bunga di taman yang mewangi selesai majlis kedua2 pihak.Tapi dya dah nak masuk dua bulan baru nak menghisap madu di taman.Ewah..-..-
Komitmen en.somi yang mempunyai biz sendiri,nak mencari masa yang sesuai tue amat lah payah kalau tak dibebel kan setiap hari.Kalau nak diikutkan en.somi malas rasanya dia nak pergi berjalan2.Lagi2 kene memandu sendiri.Tahap gaban kemalasan bermaksima en.somi ooii.Bila dya dah pilih date,en.somi tak bole nak kata pe dah.turutkan jugak kata dya.

Pertama kalinya dya memilih semenanjung Malaysia iaitu Cameroon Highlands,Pahang.Sebab masa pergi kursus kahwin,ustaz ada cakap "kalau nak berbulan madu,pilih lah tempat yang paling sejuk dan aman,senang sikit nak bermanja2"tak ada rang nak kacau!!.hahahahahaha " gelak satu dewan bila ustaz kata cam tue.Itu semua kenangan berkelas agama sebelum berhijrah ke alam rumah tangga.

Masa perjalanan mengambil masa lebih kurang lapan jam dari Batu Pahat hingga ke Cameroon.Kami memandu bergilir2 ke sana.Bergerak dari rumah jam 5 pagi.Dya sempat singgah hospital sekejap tengok mak dulu.Ambik berkat dan kiss+hug mak kuat2.Bila turun tangga,dya menangis sekuat hati.Mak merelakan dya pergi time tue.Sebak sebab mak sakit.Adik dya yang jaga masa tue.Singgah di Pagoh R&R solat subuh pada jam 6.30pagi dan meneruskan perjalanan sampai di Seremban R&R bersarapan pagi.Dya hanya makan mee hoon goreng+nescafe o je.Begitu jugak dengan en.somi.Selesai makan teruskan perjalanan,en.somi menggunakan GPS Papago untuk menuju ke sana.Sebenarnya bila dya dan en.somi berjalan kami hanya menggunakan Papago saja untuk sampai ke destinasi.Insyaallah sampai.-_-

Akhir sekali dya berhenti di kawasan rehat Tapah,Perak..Bila dah sampai kawasan tue.dah nampak dah permandangan gunung-ganang,air terjun.Keindahan kehijauan bumi dah terserlah.Indah sungguh.Masa tue lah nak membuang air,check angin tayar..bagi enjin rilex sekejap.

Dah2 bos dah panggil meeting daaaaaa.....Dya story sikit je..esok cete pasal makan n gambar2 yang ohsem dari kami berdua tau !! Tunggu ..

Terima kasih sudi baca !!!



Wednesday, November 28, 2012

wordless ; terharu pagi2 nih..

Assalamualaikum♥♥♥

Dya sebenarnya pagi tadi terlewat bangun tido.Jam alarm bole tak bebunyi.Tak tahu lah sape yang mengodehnye..kalau en.somi siapa lagi..iyer dak??Dalam bergegas ke opis,tup2 dah ada breakfast atas meja,siap dalam bekas lagik walaupun bekas tue bukan jenama berTUPPERWARE (jangan gelak manja ehh..ini disediakan oleh en.somi)..dya tak nak komen panjang2..dah tahu dah..lalalalalalala



Cakap-cakap : Terima kasih en.somi menyediakan breakfast tuk dya..len kali nak sandwich cm ni hari2 pun ok tau b ! ^^

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, November 27, 2012

Terima kasih doa rakan2 blogger...

Assalamualaikum♥♥♥

Salam pagi tuk semua penulis blogger yang baik hati sudi mendoakan mak dya yang diserang jangkitan paru-paru kuman tempohari.Sayang korang banyak laut !!Alhamdulilah..mak dya dah keluar hospital Ahad petang 18.11.2012.Dya bersyukur sangat pada tuhan memberi mak dya kekuatan dan dipanjangkan umur.Pas ni dya dah tak emo2 lagik dah... :)

Hanya allah yang tahu hati dya bila mak dah terbaring di hospital.Sekarang tidak lagi.Alhamdulilah..Mak dya akan mendapatkan rawatan susulan sebulan sekali nanti di Hospital Batu Pahat.Dengan harapan semuanya dipermudahkan.

Terima kasih juga kepada saudara-mara yang datang melawat,ucapan yang membina dan solat hajat untuk mak dya.Dya terharu dengan lawatan itu semua.Tak terkata rasanya.Bila dah sampai rumah lagi lah terkata2..Mak bebas dari segala suntikan..Itu yang paling penting..kan???

Cakap-cakap : Dalam mak di hospital,dya sempat berbulan madu..TAPI dapat restu mak tau !!! Honeymoon di mane??Tnggu besok entry seterusnya..Mood dah kembali tenang..yeahhh !!!

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, November 20, 2012

Semalam mak masuk wad ;'(

Assalamualaikum♥♥♥


mak kene kuat tau ;'(
 Hari ni mood kerja tak ada langsung..Fikiran ingat kat mak.Mak tengah wat pe.Dah makan ke belum.Macam2 fikir kat mak.lagi2 dah tinggal kat hospital.Nasib baik akk dya cuti hari ni.Dia yang ambil alih jaga mak..Negatif semua dah ada dalam kepala otak nih..Dya cume nak mak sihat macam dulu.Nak mak gemok macam dulu.Sejak mak kena batuk2 hampir dua bulan.Badan mak dah semakin susut,selera makan pun dah kurang..tue yang nampak dia semakin kurus..

Huh ! Dugaan dah muncul.Malam tadi pun tido tak lena walaupun hari hujan selebat nya..Fikir mak..


i lap u mak.. mood : sad !
Mak dya kena serangan paru-paru berkuman.Rakan2 di blogger tahu tak apa petua yang boleh menyembuhkan paru2 berkuman nih?Kalau de email dya iyer...

Temporary ini,doc hanya beri mak antibiotik dan bagi mak rehat sepenuhnya dalam wad tue..Asma pun dah bertambah.Darah tinggi mak pun dah naik khabar nya pagi tadi.

Semalam air mata dya mengalir deras.Dya dah bese tengok mak sihat.Bila kena penyakit macam ini..macam ne dya nak hadapi semua ini?????..Kalau dya jaga mak sepenuhnya..benda macam ini tak akan berlaku kan..Dya tak bole tak ada mak..Sedih yang amat2 sangat bila tengok mak macam tue.Dah tak bole bernafas guna manual.Kena guna gas.. Huh !! sedih tahap gaban semalam.. :( Dya hanya mampu berserah dan bedoa..Mak kene kuat hadapi semua tue..

Kawan2 doakan mak dya supaya cepat sembuh iyer..


Cakap-cakap : dya akan pergi honeymoon subuh nanti..dya doakan mak semakin sembuh..nak cepat2 mak kua wad..sebab kat wad selalu sangat ambik darah..sakit tau !!!

Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, November 15, 2012

15 makanan terbaik dalam diet seharian..

Assalamualaikum♥♥♥

Dalam pemakanan seharian,banyak benda yang kita makan tanpa sedari yang bole memontelkan badan dari yang kurus terus bOmmm !!! Seriesly,dya sejak dah kawin nih..makan kuat,pantang orang makan sikit,mula lah nak mengecek..dah tue..tak cukup..suwoh en.somi pergi beli..hahahahaha..Tanda nya hati senang..x payah nak fikir en.somi kat mane.dengan siapa keluar rumah..semuanye sudah terjawab sudah..hihihihi..
Semalam dya makan durian satu bijik.Ya Allah sedap nye...mengidam ke??tak lah..cume teringin nak makan..dya dah lama tak makan?nak tahu mengapa??tiga tahun lepas melantak durian sampai demam teruk..terus resign tak makan lagik dah..baru semalam dapat makan semula..

Pas ni nak search CREPE DURIAN pulak??Siapa2 de tahu sape de jual CREPE DURIAN ni.kalau bole sekitar Batu Pahat dah ler..kalau pos laju..bole ke???wink ! wink ! wink ! Kalau ada bagitahu iyer kawan2..^^

Dah2 tak payah nak melalut cete durian... meh..sharing makanan terbaik dalam diet kita seharian .. lagi baik kan?

Avokado yang mempunyai serat yang tinggi dan lemak tak tepu yang membantu untuk mengurangkan kolesterol. Gunakan di tempat mentega dalam sandwic.

Blueberry adalah salah satu anti-oksida buah-buahan. Mereka boleh menawarkan perlindungan terhadap beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Tambahkan pada yogurt dan bijirin.

Hidangan kacang mentega yuran hampir lemak dan dibungkus dengan serat menggalakkan kesihatan penghadaman. Hanya tiga tablespoonscount sebagai salah satu daripada tujuh hari.

Cashews adalah penuh dengan lemak yang baik, serat, vitamin E, vitamin B dan folat. Besar untuk memuaskan kelaparan, mereka boleh membantu dengan penurunan berat badan sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

Ayam adalah sumber yang baik daripada semua asid amino, termasuk tyrosine, yang membantu meningkatkan kecerdasan mental, dan niasin, untuk meningkatkan tahap tenaga. Pilih ayam tanpa lemak untuk manfaat kesihatan yang paling.

Bawang putih adalah kaya dengan allicin, anti-oksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Bole dipanggang dan disapu pada roti.

Halia boleh membantu melegakan artritis dan menyertai kesakitan, dan anti-oksidan membantu melindungi terhadap penyakit jantung dan beberapa jenis kanser. Lazat dalam kacau-kentang goreng.

Nectarines kawasan sumber kalium yang baik, yang merendahkan tekanan darah, supaya mereka boleh melindungi terhadap strok. Keping dan menambah bijirin atau salad.

Oat boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis Jenis 2 apabila dimakan secara teratur. Sebagai sebahagian daripada diet yang rendah lemak, mereka juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Minyak zaitun adalah tunjang diet Mediterranean, yang pengikut menikmati kesihatan yang lebih baik dan hidup lebih lama daripada mereka yang mengikuti diet berasaskan daging yang lebih.

Lada merah adalah sumber yang baik vitamin C - hanya setengah capsicum merah segar akan memberikan anda jumlah harian vitamin C keperluan! Snek pada jalur mentah atau menambah untuk kacau goreng.


Daging merah adalah sumber utama haem besi, yang adalah penting untuk darah yang sihat, dan zink untuk meningkatkan sistem imun.


Seafood mengandungi imun-merangsang zink dan selenium anti-oksidan, yang membantu melindungi daripada penyakit jantung. Kaya dengan iodin untuk metabolisme yang sihat.

Jagung manis mendapat warna itsyellow dari kandungan lutein, yang boleh membantu melindungi mata daripada yang berkaitan dengan usia.

Tuna dipenuhi dengan lemak omega-3, yang terbukti untuk membantu melindungi terhadap penyakit jantung dan baik untuk kesihatan sendi dan otak, dan vitamin D dan B12, untuk melawan keletihan.


Cukup sampai sini dulu dya sharing tau !!!

Cakap-cakap: Tetiba nak makan cheeze keping dengan roti pulak??diet terbaik tak?lalalalala -_-

Terima kasih sudi baca..

Hari ni tahun baru islam..1434 Hijrah

Assalamualaikum♥♥♥

Walaupun sudah beberapa hari, dya tak menulis entry.Ini pun gara2 line internet down beberapa hari di opis.Harap maaf iyer..segala2 ulasan yang cute muit itu,malam nanti dya akan balas iyer.tapi itu semua tak memutuskan semangat dya nak tulis entry hari tahun yang merupakan tahun baru islam pada hari ini.yiessss !!!

Salam 1 Muharam untuk semua kawan2 di blogger.. ^^

TAKWIM Tahun Baru Islam 1434 Hijrah mula dibuka hari ini. Ia sesungguhnya diharapkan mampu membawa sejuta rahmat kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW tidak kira di mana berada di muka bumi ini.

Tahun Baru Islam juga detik penting bagi mengenang penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada 622 Masihi yang berlaku pada 1 Muharam.
Bagaimanapun, masih ramai umat Islam hari ini kurang mengambil berat pengertian Awal Muharam atau disebut sebagai Maal Hijrah. Mereka lebih gemar meraikan detik 1 Januari setiap tahun dan menganggap 1 Muharam tidak lebih daripada cuti umum semata-mata.

Apa yang seharusnya difahami, Maal Hijrah sebenarnya menjadi suatu bibit penghijrahan yang besar kepada semua umat Islam menuju kebaikan.

Hijrah menurut pengertian umum adalah meninggalkan larangan Allah SWT dan melaksanakan segala perintah-Nya. Bagaimanapun, dalam pengertian yang lebih luas, ia juga membawa maksud keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas.

Perjuangan yang dilakukan dengan penuh ikhlas sambil mendapat restu orang tua adalah yang terbaik bagi kehidupan masing-masing.. 


Cakap-cakap : Semalam dya one day tak masuk opis.hantar emak pergi klinik,mak dya tak beberapa sihat..dya thu dia merindui nya anak nye ini.seriues !! walaupun baru dua bulan dya tak tinggal serumah..tapi naluri dya seolah2 mengerti ape yang mak rasakan.Korang doa2 mak dya semakin sihat iyer.. :(


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, November 8, 2012

Pakai bedak sejuk time tido..

Assalamualaikum♥♥♥

Nak tanya kat wanita yang bersuami di luar sana yang mementingkan kecantikkan,..Bila uols semua apply cream malam, mask,bedak sejuk atau pun apa-apa cream kecantikkan korang? Adakah bila suami dah tido?(dya bila suami dah tido, kompom dya pun tido sama)....ataupun bila time nak masuk tido?

ni lah bedak sejuk yang dya gunakan sepanjang hari tau..Thanakha
series! baik for my skin yang suke timbulkan jerawat..
now..alhmdulilah..dah baik dari serangan NARUTO...
Harga : $6.00 tahan selama 6 bulan..


Ingredients : Natural Bark+Water+Permitted Preservative+Glycerine+Lemon Flavour and Citrus Whitening Agent

Alkisahnya dya ni,suke pakai bedak sejuk sebelum waktu tido tapi yang hampehnya suami dya tak berapa suka dengan bau bedak sejuk yang dya pakai ni....ye la...kebanyakan bedak sejuk malam bukannya wangi...tapi wangi wat.bau limau purut..kan??

Dya pun nak jugak cantik macam orang lain....tapi nak tempek bedak sejuk ni lagi2 yang bau tak menyenangkan suami tak sampai hati pulak.... Dia dahla keje penat, tido malam mestila nak bau yang menyenangkan dari sang isteri kan???tapi dya degil nak tempek gak..dari membazir tak guna,kang kena bebel pulak..

peace ^^ time ni tak de pakai cream pe2 pun..cume guna bedak sejuk Thanakna..
buat cair2..buat pekat giler2 time malam je..hah,time tue lah cam zombi kampung pisang :P
Dya dah amalkan menggunakan bedak sejuk ni setahun yang lalu.akibat muka yang kerap ada jerawat.Lagipun murah dan senang didapati.Sejak dya rajin menepek bedak sejuk ini tiada masalah jerawat dan ianya mengeringkan kulit instead of melembapkan kulit (utk dya ler)Dya tak ada bajet beratus2 ringgit untuk cantik walhal masih mengamalkan petua orang2 tua..(bajet mude wa cakap luuuu).

Kalau korang rajin bole lah wat sendiri..kan! Lagi jimat..tapi dya de penyakit "M"..korang fhm2 lah sendiri iyer..

Cakap-cakap: Kalu tak silap,bedak sejuk yang buatan sendiri tu diperbuat dari beras yang direndam di dalam air pandan 3 hari 3 malam ......bila beras tu dah kembang ...beras tu akan digiling halus2 dan dibentuk bulat kecik...betul ke tak uollsss??


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, November 6, 2012

Usah bercinta dengan isteri atau suami orang...

Assalamualaikum..^^

my husben yang bukan somi orang wokey..hihihi
lap u dunia n akhirat ;)

CINTA dan kasih sayang itu anugerah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka. (Maryam, ayat 96).
Apakah maksud cinta? Cinta sebenarnya adalah perasaan yang muncul dalam diri apabila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan.
Lantas, apabila diri memerlukan dan diperlukan, usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan. Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Paling penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: "Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini."
Haram, harus dan makruh
Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Hari ini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa.
Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.
Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (Hadis Riwayat Bukhari).
Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang.
Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.
Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.
Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak.
Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.

Faktor pencetus cinta yang salah
Dalam kebanyakan kes, faktor utama pencetus cinta salah dan terlarang ini ialah perkongsian masalah diri. Ada suami orang yang berkongsi kisah dengan kawan wanita. Ada juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan kawan lelaki dan tidak kurang juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan suami orang.
Mulanya hanya simpati dan berusaha memberikan nasihat dan pandangan tetapi akhirnya simpati bertukar menjadi jatuh hati. Perkongsian demi perkongsian menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan.
Rasa serasi dan jatuh hati akan lebih mudah terjadi jika seseorang itu mampu melihat kelebihan yang ada dalam diri kekasih baharu berbanding pasangan sedia ada.
Ditokok tambah dengan kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri pasangan menjadikan seseorang itu buta hati. Maka, apabila seorang suami orang atau isteri orang itu dilayan lebih baik biarpun hanya secubit rasa, segala-galanya akan dirasai lebih nikmat dan bahagia berbanding bersama pasangan sendiri.
Mereka juga akan rasa lebih selesa dan selamat apabila kehendak yang selama ini tidak dipenuhi oleh isteri sendiri atau suami sendiri, mampu dilaksanakan sebaiknya oleh si kekasih.
Dalam kebanyakan kes, pasangan tidak pernah dimaklumkan mengenai kesilapan diri yang perlu diperbaiki agar mereka kekal dikasihi. Hal ini menyebabkan mereka terus tertanya-tanya dan tersalah memberikan layanan yang sepatutnya.
Keadaan layanan taraf lima bintang daripada si kekasih 'rahsia' ini menjadikan suami orang atau isteri orang merasai nikmat cinta terlarang. Adakalanya mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka menyalahi moral masyarakat dan kehendak syariat.
Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab utama ialah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama mahu memperbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.
Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.
Hindari cinta salah
Sebagai langkah pencegahan, perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah berterus terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada bersama pasangan.
Rata-rata isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yang lebih memahami atau lebih bersikap melindungi.
Sebaik-baiknya, apabila isteri merasakan ada yang kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama. Berbincang dan berterus-teranglah dengan isteri.
Ketepikan ego seketika, isteri anda pasti memahami anda jika diberikan peluang kepadanya. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan, ikhtiar dan usahakan jalan penyelesaian.
Paling penting, elakkan berkongsi masalah anda terutama masalah rumah tangga anda dengan rakan berbeza jantina tidak kiralah apa juga status dirinya.
Jangan sangka suami orang lebih memahami atau isteri orang lebih mengerti. Pengertian dan pemahaman yang anda dambakan sukar bersifat profesional jika perkongsian berlaku hari ke hari dicampur rasa simpati yang tinggi.
Tiada istilah teman tapi mesra dalam sebuah rumah tangga jika kemesraan itu mampu mengoyak jiwa dan emosi pasangan anda.
Kita sentiasa diberikan pilihan maka berhati-hatilah dalam memilih agar pilihan yang dibuat tidak menjadikan kita hamba yang derhaka kepada-Nya.


Cakap-cakap: Kami bahagia dengan kehidupan somi isteri..kalau de tercalar pun sikit jek..tak macam masa berkawan dulu..berdarah sehhh..sape2 penah merasai nya...kan?kan?doakan yang terbaik untuk kami iyer...

Terima kasih sudi baca !!!

Monday, November 5, 2012

hari weekend,melawat dan membeli di taman bunga...

Assalamualaikum..

Salam hujan semua bloggers..ujan membasahi bumi.semua orang dah cete banjir kat kawasan batu pahat ni.
Alhamdulilah kawasan senggarang selamat diduduki..Hujan tue rahmat dari ilahi..dan sesungguh pun hujan tak mematahkan semangat untuk melawat taman bunga pada hari minggu semalam.

Semalam MIL ajak dya pergi melawat taman bunga,walaupun ni bukan job baru dya tapi demi memenuhi permintaan MIL dya pergi jugak..baik kan dya.. -_-'.

Aktiviti MIL menaman pokok bunga..Tue lah kerja seharian dia bila di masa lapang.Dya hanya teman MIL sahaja.maybe coming soon pun dya kene belajar menaman pokok bunga..tengok kan je lah...

Meh layan dya tengok gambar yang ala2 gangnam style..di taman bunga Kampung Perpat, Rengit..



sampai je taman bunga MIL sibuk memilih ..semuanye pilih pokok yang berdaun..pelik !
tawar-menawar dah semestinya kan..sebab MIL beli 6 jenis bunga semalam..

 

bila masuk ke ruang bunga2 ni..rasa sejuk sangat..korang tahu tak kenapa??





my fav...ruang de bunga..paling sejuk sekali.. -_-' kalau bole nak dok lama2 kat sini tau !


koleksi bunga daisy yang cantik..MIL beli 2 kaler..merah bata dan yellow.. '-'

pic lama di Cowboy, Kulai..masa ini beli hantaran kat sini.
hahahahha !!!
motif letak : sebab de bunga2 sama dengan entry hari ini..alalalalalala

koleksi pasu yang pelbagai ukiran..MIL sempat membeli 2 besar+2 kecil
Total : 4 buah pasu

Cakap-cakap : total beli bunga semalam..bole beli seluar levis uollss..mega sale dah bermula.. bajet nak shopingg dan pi honeymoon -_-' bai2.

Terima kasih sudi baca !!!




Saturday, November 3, 2012

Sepupu selamat dinikahkan..alhamdulilah

♥♥ Assalamualaikum ♥♥

Siti Zafirah selamat dinikahkan pada 28.10.2012.Moga jodoh korang kekal hingga ke akhir masa..amin..

welcome to my club ya -_-'

dah jadi isteri orang dah..



moga bahagia..




Cakap-cakap : en.husben yang ambik pic diorang ni..semenjak dua menjak de camera nikon..sana sini nak ambik gambar orang..dya duk sebelah hanya mengomen jek.. ;p


Terima kasih sudi baca !!

Friday, November 2, 2012

Alhamdulilah..dapat jugak makan satay..

♥♥ Assalamualaikum ♥♥

Dalam kesibukan en.husben ke kedai untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami,mencari nafkah zahir dan batin..Opsss !! permintaan si isteri di penuhi jugak..

Alhamdulilah.malam tadi dapat gak makan satay ayam dan lembu..Lagipun sudah lama dya request nak makan..tapi seperti tidak diendahkan..Entah lah..tak tahu malam tadi angin barat mana..en.husben ada belikan..nak pujuk letewww..

Mungkin sayang?mungkin kesian?..dan pelbagai mungkin berlegar2 di fikiran..dah2 tak mo fikir negatif..makan satay yokkk !

en.husben tahu dya suke makan ketupat cicah kuah kacang -_-'

dya tak mengidam pun..cume minat makan satay..lagipun sekarang musim daging korban..tue yang teringat satay

Cakap-cakap : Nampak gaya nya segala permintaan si isteri dipenuhi..amin..but makanan je..yang lain belum lagi.. -_0

Terima kasih sudi baca !!!