Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

Percutian Last Minute

Assalamualaikum.

Laki aku memang macam nih lah suka pergi last-last minute.Aku yang pening mana nak packing baju anak suami diri sendiri.Letih mak nak packing walaupun bukan pergi holiday berhari-hari.Hihihii.Nanti bila ada barang tak bawa mahu aku jadi hulk sekejap.

Laki aku sibuk nak bawa Amai mandi laut katanya.Pujuk punye pujuk aku terus book hotel dekat agoda.com.Terus aku book di Hotel Corus Paradise, Port Dickson

Tahun lepas pernah bawa Amai mandi laut tapi baru merasa air laut sekejap dah menjerit-jerit peluk kaki aku kuat-kuat.

Book hotel hari Jumaat bertolak hari Ahad.Lagipun dekat Port Dickson bukan lama pun satu malam setakat nak swimming pool dengan mandi laut je.


Amai tido sepanjang perjalanan.Nasib baik perjalanan tak sampai 3 4 jam lenguh ibu nak pangku awak nih..hahahha


Sampai Nilai 3 jalan-jalan sini sambil cuci mata.Sempat lah aku beli 2 pasang tudung dengan baju sehelai.Nak check in awal lagi.Jalan-jalan sambil makan tengahari kat Nilai 3.Lupa nak ambik gambar makanan


Dah sampai hotel, siap check in semua terjun swimming pool.



Percubaan Amai masuk swimming pool memberangsangkan.



Tengok muka amai teruja..percubaan melalak ker tidak.


Cuaca petang tue masih kuat jerebu.Suhu pun tinggi..Swimming pool nih tutup pada pukul 6.30 petang.Kalau korang nak kena tangkap dengan pak guard sila lah terjun swimming pool nih iyer.

Terima kasih sudi baca !!!



Saturday, December 27, 2014

Medan Ikan Bakar D'Terapung

Assalamualaikum.

Kalau korang nak tahu aku dengan laki aku pengemar ikan bakar.Segala ikan yang dibakar semestinya pembuka selera kami berdua.Kalau dah pergi tepi laut, tekak mesti teringin nak makan seafood.Lagi2 laki aku nih.Bila aku cakap nak makan ikan bakar,cepat-cepat siap suwoh aku waze lokasi mane yang besh.

Habis tengok bola malam tue dan Malaysia tumpah di tangan Thailand laki aku dah musyuk muka.Hahahaha.Lapar leteww.Pukul 11 baru aku keluar pergi makan.Dia pun request nak makan seafood.Aku whatsup kawan-kawan dekat group suggest mana lokasi sedap nak makan ikan bakar kat Port Dickson.Rata-rata rekeman aku makan di D'Terapung.Diorang cakap kat situ ikan fresh, bakar pun rasa lagi kemanisan ikan tue.Wahhh bila dengar macam tue lapar terusss.hahahahahaha.

 
Time cam nih waktu Amai tidur.Sian dia ganggu waktu tidur dia.Mummy daddy awak lapar sayang.Aku rasa kalau pergi waktu siang mesti besh nampak sikit laut kan.Restoran nih atas laut sebenarnya.

 

Malam tue aku makan nasi sikit sebab masa tengok bola kat hotel aku dah makan nasi lemak.Aku ratah ikan.Sedap giler ikan jenahak nih.Tak ada pun kesan bakar.Laki aku siap fikir masak guna apa iyer sampai rasa kemanisan ikan tue.Kesan bakar pun tak ada.


My baby boy yang tak berapa nak boy wokeyy !!!

 
Kalau sessiapa yang pergi Port Dickson aku rekeman pergi sini tau.Sedap weii.Ikan Jenahak terbaik !Kat situ macam2 ikan seafood korang bole pilih.Nak masak pe diorang terror masak.Order je :)
 
Alamat :
 
D'Terapung
Medan Ikan Bakar Port Dickson,
Jalan Pantai No.5 Medan Ikan Bakar,
Port Dickson.
 
 
Terima kasih sudi baca !!!
 


Percutian Last Minit

Assalamualaikum.

Kali pertama aku bawa Amai jalan jauh last week iaitu ke Port Dickson.Sebenarnya aku tak planning pun nak ke situ cuma fikir nak jalan-jalan Melaka pergi zoo bawa Amai tengok binatang.Tapi bila pagi sabtu tu laki aku cakap alang-alang sampai Melaka terus je lah sampai Port Dickson.Lagipun bukan jauh pun Melaka ke Seremban.Aku pagi tue jugak punggah beg bagai.Dengan susu baju Amai.
Jadi kelam kabut sikit pagi tue.Aku gerak pun dah kol 11.30 tenghari.
Aku siap mention dengan laki aku "B kalau hotel tak ada kosong cam ne?"suke sangat buat plan last minit.Lagi kita pergi nih weekend tau!! Laki aku siap cakap " pe susah tidur je lah dalam khemah tepi pantai.Kat area situ ramai famili tidur dalam khemah.Aku glupppp sekejap !!


Amai masuk kete je dah mula mamai.Lagi-lagi nampak selimut busuk dia.Mau dia nak zzzz


Masa nih kitaorang dah sampai Seremban.Jem giler.Busan.Jadi selfie lee sekejap

Alhamdulilah.Kami sampai destinasi di tuju.Laki aku book Hotel Seri Malaysia.Masa call receiptiont cakap tinggal dua je yang kosong.Nasib baik.Kalau tidak tidur lah dalam khemah tau.Hewhwew.
Depan tu pantai.Bole lah mandi-manda kat situ sambil rilex menikamati laut yang indah.Chewah !
 

Anak mummy happy sangat lah.Alhamdulilah dari Batu Pahat sampai lah sini Amai nyenyak tidur.Syukur dia tak banyak ragam sepanjang perjalanan.Laki aku book 1 malam je.Sok check out pukul 12 tengahari.Balik baru singgah Melaka.Jauh kan perjalanan kami selama 2 hari nih. :)


Laki aku tak ada masa nih.Pergi bawah beli makanan.Sebab malam tue ada bola sepak final.Malaysia vs Thailand.Laki aku cakap kita makan lepas abis bola je lah.Nak tunggu pukul 11malam baru bola abis mau tak nya aku kebulur nanti.

 
 
Ouh Banana Boat.Masa nih orang dah start turun.Aku turun pukul 9pagi selepas sarapan.Awal-awal diorang dah mandi kat sini.Kalau dah tengahari panas tak syok lah mandi.Lagipun cuaca mendung,hujan pun renyai-renyai.
 

Amai mula-mula merengkek sangat-sangat masa laki aku letak kaki kat pasir.geli kot.


Bila ombak kecil sampai laki aku cepat-cepat letak kaki dia kat air.Jerit-jerit Amai.Takut lah anak mummy nih.


Ketakutan dan kejeritan tue sekejap je.Pas tue dah mula nak berdikari sendiri.Main sendiri.

 
Tengok  dah lah tue.Sekejap je pas tu mula lah nak jalan sana sini.
 

Amai nampak bola.Dah tak mau mummy pegang dia.



Tengok camera pun tak nak.Sibuk dengan bola orang punye.Matahari dah mula naik.Kena balik hotel kemas-kemas cepat sebab check out 12pm.Sekejap je kat sini kan.

 
Daddy pergi ambik kereta.Kami tunggu di lobby.Tengok lah anak aku cepat betul koya kertas.Pantang tinggalkan sekejap.
 

Mummy tahun depan bawa Amai jalan jauh sikit tau.!! Amai janji Amai akan berkelakukan baik je :)
Insyallah sayang.Ada rezeki bawa awak jalan lagik.

 
Sayang mummy !
 
 
Terima kasih sudi baca !!!