Thursday, April 30, 2015

Bye-Bye Lynda

Assalamualaikum.

Hari ini last aku lunch bersama kawan baik opis aku iaitu Lynda.Sedih sangat tau.Lynda dah nak tamatkan perkhidmatan dia kerja dekat syarikat ini.Jangan tak sangka Lynda akan memegang jawatan pegawai tau.Alhamdulilah dapat minah ini kerja kerajaan.Apa pun tahniah untuk awak Lynda.

Sepanjang aku kenal dengan minah nih tak pernah sekali pun bergadoh tarik muka.Kitaorang kerja semua fefeling happy semacam tau.Kerja banyak melambak tapi still steady.Empat tahun jugak aku kenal minah ini.Kerja sangat bagus Lynda nih.Cukup masa semua report hantar kat meja bos.Belum pernah sekali aku dengar orang komplain pasal kerja dia.Haaaah , yang pentin Lynda bukan suka nyanyam ketupat okay !!

Kitaorang belanja awak makan mee claypot hari ini.Aku rasa banyak-banyak tempat mee claypot ini area Batu Pahat ini dekat BP Mall Pacific paling sedap dan nyumehhhhhh dekat sini tau !


Kenangan bersama Lynda aku kusimpan sampai bila-bila.Sorang-sorang kawan aku dapat kerja goverment.Bila lah sampai turn aku pulak ini?


Sebleum makan ambil gambar dulu iyer.Kenangan ini.Pas nih entah bila lah dapat jumpa awak Lynda.


Masing-masing muka tahan kelaparan.Rina punya order lambat pulak sampai.


Mee Claypot terbaik RM6.50 siap telur.Okay !Nikmat bila pekena time hujan.Ngam lah tu kan.Hihihi.


Bismillah...


Lepas makan bole pulak diorang ini order waffle dengan popcorn.Aku tak beli pun sebab tak bole nak masuk.Penuh dahhhhh.


Nampak sangat kegemukan aku setelah melantak mee claypot.Seriusly aku memang dah gemuk pun.Berapa kg tak moo lah tulis.Malu lahhh.Hihihihi.Tapi sejak bersalin kan Amai ini badan aku macam dipam-pam susah sangat nak kuruih.Makan portion sedikit masih berat tak turun.Insyallah sebelum raya aku mesti dapat target kg yan aku nak ok !!!Korang doakan lah iyer.


Me dan Lynda.Gemuk lah mummy Amai ini kan.Hrmmmmmmmmmmm 




Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, April 29, 2015

Happy Birthday Kym !


Assalamualaikum.

Hari nih besday my bff Kym Lam. Pejam celik pejam celik dah 8 tahun aku raikan bersama-sama dan pada masa tu lah jugak persahabatan kami masih kekal ke hari ini.Walaupun berlainan agama dia sangat menghormati perasaan kawan dari semua aspek.Tu yang aku kekal kawan dengan minah nih.


Apa pun Selamat Menyambut Hari Tua.hihihihi





Terima kasih sudi baca !!

Monday, April 27, 2015

32turns Birthday

Assalamualaikum.

Aku sudah menyambut hari tua.hihi.Syukur alhamdulilah tuhan masih panjangkan umurku.Tahun ini bila sampai tarikh ulang tahun perasaan sebak dan sedih sangat-sangat tue muncul dalam diri.Mungkin aku rindu sangat dengan arwah mak.Kebiasaanya setiap tahun arwah mak yang orang pertama hantar mesej bunga-bunga kepada aku.Tahun kedua sambut ulang tahun tanap mak semestinya moment paling sedih buat aku.

Balik kerja hari tue, famili mak mentua aku suprise nih.Masuk pintu rumah tersedia makanan dengan cake berserta lilin sekali.Korang rasa aku feeling sedih tak time tue??
(emosi yang tak terkawal tuhan saja yang tahu)


Aku balik kerja pun manja dah siap mandi.Nih semua kerja kakak ipar aku.Aku tahu dia dah planning awal-awal.Terima kasih kakak Kusma.



Aku makan sikit je malam tue.Moody tau !




Manja sekarang nih pantang aku balik.Dengar bunyi kereta aku nak parking dia dah tercongok depan pintu.Maaa...maaaa.Kesian jugak bawa lah round satu senggarang.Kalau tak melalak satu umah.Sikit-sikit maaa..maaaaa.



Alhamdulilah.Perjalanan hidup ku masih jauh.Banyak lagi benda yang harus tempuhi.Dan impian cita-cita belum tercapai.Moga tuhan permudahkan lah impian ku ini.Tiada apa yang aku mahukan selain dari engkau limpahi rezeki, berikan aku kesihatan yang sempurna, kekalkan lah hubungan kami sekeluarga.Jadikan aku dan keluarga ku yan beriman dan solehah yan engkau redhai.


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, April 21, 2015

Sokong Sangat !!!

Assalamualaikum.

Ramai pencarum KWSP dikatakan membantah cadangan untuk menaikkan had umur pengeluaran penuh kepada 60 tahun.Entah 60 tahun tu umur aku panjang ker pendek kan.Bagus jugak kekalkan had 55 tahun untuk pengeluaran.Setuju !!!!



Petikan Sumber Kosmo


Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam yang memberikan dua cadangan kepada pencarum mengenai had umur pengeluaran penuh mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Dua cadangan itu ialah menganjakkan umur pengeluaran daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 15 tahun atau mengekalkan pengeluaran pada umur 55 tahun untuk simpanan sedia ada dan memperkenalkan pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus be­kerja dan mencarum selepas umur 55 tahun.

Presiden Majlis Perhubu­ngan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, keadaan politik dan ekonomi semasa tidak menyebelahi kerajaan pada masa ini ekoran isu kenaikan harga barang dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Justeru beliau berpendapat, sekiranya KWSP tetap meneruskan cadangan tersebut, ia dibimbangi akan menyusahkan kerajaan yang pasti akan menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

“Kalau boleh, tangguh terus sampai tahun depan kerana iklim politik dan ekonomi tidak sesuai sepanjang tahun ini.

“Penjawat awam dan orang ramai sendiri berhadapan dengan isu harga barang dan GST. Jadi tidak wajar untuk KWSP melaksanakan apa-apa cadangan pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.
Bagi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), mereka bertegas mahu syarat pengeluaran wang caruman dikekalkan pada usia 55 tahun.


Terima kasih sudi baca !!!

Monday, April 20, 2015

Salam Satu Rejab

Assalamualaikum.

Sekejap rasa nya nak berpuasa kan.hrmmm..Rejab lepas tu Bulan Syaaban lepas tu Bulan Ramadan lepas tue Bulan Syawal.Rayaaaaaa *_*


Aku pun berpuasa hari nih.Tu muka pun letih je semacam tau.Hihihihi.

Kebaikan Bulan Rejab banyak sangat manfaat nye.Korang lah google lah sendiri.Mood monday malasss sangat.Hihihi







Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, April 16, 2015

MealShake Shaklee Atasi Sembelit

Assalamualaikum.

Amai merupakan salah seorang kanak-kanak yang sering sembelit.Sampai aku sendiri tak tahu nak bagi dia makan supplement apa yang senang popopopo.Kekadang tue kesian tengok nangis-nangis.Nanak..nanakk.mama.Sikit-skit mama..mama..Uishh.

Pelbagai aku bagi dia makan air buah,betik,pisang,yougrt still masih yang sama.Yang tak besh 3 hari dia tak popopopo.Emmm..pe rasa kalau toksin banyak sangat dalam badan kan.


Alhamdulilah dah nak habis pun sebotol.Insyallah nanti mummy oder lagik iyer sayang.


Tenok manja aku nih, macam nih wupenye kalau nak dia popopo.Nangis tue tak ubah muka macam aku masa kecik-kecik.Nak membuang pun nangis ker manje???Dia tengok tahi pun uewkk.uewkk.

Aku google dari blogger semua suggest minum MealShake Shaklee.Insyallah bole membaikkan sistem penghadaman dan popopo pun lacar sentiasa.Sebab petua dan tips yang lain aku pun dah cuba still masalah yang sama timbul.

Biasanya aku akan bagi mealshakes nih sudu kecil kemudian baru lah campur dengan susu tepung manja.Waktu malam je aku akan bagi sebab waktu malam manje kalau minum susu akan habis.Haus kot. Hampir sebotol aku bagi amai minum syukur alhamdulilah, hari-hari dia popopo tapi tahi pulak mengeras tapi ending baru lah lembik.Emm ok ker tue?Ok lah dari awak tak popopo risau tau mummy nih.



Info Meal Shakes Shaklee :

Meal Shakes Shaklee sangat terkenal sebagai multivitamin yang sangat sesuai untuk mereka yang tak suka telan pil.  Ia terbukti membantu menaikkan selera makan dan menambah berat badan dan sesuai untuk semua orang, termasuklah lelaki dan tidak mengira usia. Asalkan jangan bagi kepada anak-anak bawah 1 tahun. Meal Shakes mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral dan sangat sesuai sebagai multivitamin seisi keluarga. Saya sendiri memang amalkan meal shakes sebagai instant breakfast. Rasa kenyang dan bertenaga seharian!

Kelebihan Meal Shakes Yang Digemari Semua Orang
  1. Rasa yang sedap. French vanilla berkualiti tinggi
  2. Bau dan aroma yang menyelerakan
  3. Menambah selera makan anak
  4. Kaya dengan pelbagai zat yang baik untuk badan
  5. Membantu atasi masalah eczema
  6. Meningkatkan sistem imunisasi badan 
Walau bagaimanapun, kalau cara bancuhannya tak betul, maka hasilnya juga tak seberapa. Meal Shakes Shaklee ni ada banyak vitamin dan zat lain, jadi kalau bancuh dengan air panas, habis musnahlah vitamin tu. Kan dah membazir camtu. Sebab itulah aku nak kongsikan cara yang betul supaya kelazatannya dinikmati dan khasiatnya diperolehi.

Cara Makan Meal Shakes Shaklee

Sukatan Bagi Kanak-kanak 1-4 Tahun
  • 1 sudu kecil Meal Shakes
Sukatan Bagi Kanak-kanak 4-12 Tahun
  • 2 sudu besar Meal Shakes
Sukatan Bagi Orang Dewasa dan 13 Tahun ke atas
  • 2 sudu besar Meal Shakes
Suka saya ingatkan yang semua produk Shaklee 100% dibuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil halal. Ingat ye, kanak-kanak dibawah umur 1 tahun tak boleh minum Meal Shakes sebab susu ibu sudah mencukupi! Ibu lah yang makan supplement. Kena tunggu sekurang-kurangnya 1 tahun.

Macam Mana Cara Penyediaannya?
Boleh dibancuh dengan semua minuman kegemaran anda seperti jus buah-buahan, air ribena, air bercoklat dan susu. Tapi, JANGAN campurkan dengan:
  1. Air panas
  2. Air berkarbonat atau bergas
  3. Minuman berkafein seperti kopi dan teh 
Mudah kan penyediaan Meal Shakes Shaklee ni.. Dah lah sedap.. Penuh khasiat pulak tu.. Ada banyak lagi kelebihan Meal Shakes termasuklah untuk elakkan anak sembelit dan untuk kecantikkan wajah tau !!

Terima kasih sudi baca !!

Wednesday, April 15, 2015

Manjakan muka

Assalamualaikum.

Dah lama sangat aku manjakan diri di Spa G'Laila ini.Dulu sebelum kawin rajin jugak aku ke sini sebulan sekali dah wajib tentu.Sampaikan span muka aku tak nak campur dengan customer lain.Wahh gitu.

No contact Kak Laila pun aku dah hilang sebenarnya.Pergi google baru lah jumpa terus aku buat appoitment nak facial muka.Facial muka pun sebab muka aku dah naik kusam pluss tone tak sekata.Eye bag pun dah mula menebal.Uissh menci tau.Stress tengok muka kulit kusam nih.Mungkin juga faktor tidur yang tidak mencukupi tue yan naik jerawat manja-manja.

Aku ambik cuti keluar awal.Nasib baik bos bagi pelepasan hati tue.Horeyy ! bole jumpa Kak Laila.Kak Laila ni baik orangnya, peramah, kuat pegangan agama, yang penting tidak kedekut ilmu.Segala petua kecantikan semua dah sharing kat aku.Aku kenal Kak Laila nih hampir 5tahun.Dari mula buat facial sampai lah sekarang hanya Kak Laila je lah yang terbaik buat facial dengan dia.Suka sangat.

Saloon Kak Laila ini tak lah jauh sangat dengan opis aku.5 minit je dah sampai.

Sila hubungi untuk ditemujanji.

Dalam saloon kat G'Laila ini ada jugak jual baju-baju muslimah, tudung shawl, ala-ala fareeda dan jubah.Harga pun berpatutan Kak Laila jual.Sambil berspa kan badan korang bole lah membeli belah kat ruangan yang disediakan.


Ini lah Puan Laila ai yang cantik.Kulit dia pun mulus je.Kak Laila ini anak dah tia tau.Tapi still maintain cun melecun lagik.Hihihihi.
Paling suka kalau facial kak sini, Kak Laila akan alunkan lagu-lagu agama, kekadang tue orang mengaji, ada jugak alunkan nasyid yang berunsurkan agama.Kalau dah dengar sayu je terus aku terlena.Sedar-sedar dah 2 jam kat atas katil.


Pakej terbaru dari saloon G'Laila Hair And Beauty.Untuk orang bersalin pun ada pakej.Bole baca dan hubungi Kak Laila untuk harga berpatutan.



Masa aku nak masuk pintu, meow nih lah yang sambut aku.Kak Laila ada bela kucing.Cantik sangat kucing nih.Kak Laila bela pun dah lama.Lupa lah nama meow nih apa.


Saya dan Kak Laila


Terima kasih G'Laila Hair And Beauty memberi banyak petua dan tips untuk kekal sentiasa cantik.Insyallah next month jumpa lagik iyer.Tue pun kalau kocek ada lebih lah..

Facebook : G'Laila Batu Pahat
Alamat     : G'Laila Hair And Beauty, 
                   No.14A Jalan Megah 1, 
                   Taman Megah,
                   83000 Batu Pahat,Johor


Terima kasih sudi baca !!!

Monday, April 13, 2015

Restaurant Madinat Hadramawt

Assalamualaikum.

Actually dah lama nampak restaurant Arab nih dekat Bukit Pasir.Selalu je lalu-lalang menyinggah je yang tak pernah.Laki aku pulak kalau bab mencuba makanan ker, restaurant ker mau dia tak nak lah.Biasanya aku pergi pun dengan kawan-kawan opis aku je lah.

Secara kebetulan malam Sabtu tue,laki aku pergi kedai alatan memancing bersebelahan dengan restaurant Arab nih terus lah kakak ipar aku ajak minum kat situ.Dalam hati aku, nampak pulak makcik nih kedai makan mesti dia nak cuba.Nak suwoh kami tunggu dalam kereta mau nya panas bontot baik minum makan-makan lagi syok.

Restaurant Nasi Arab ini terletak di kawasan Bukit Pasir, Batu Pahat. Gambar di bawah sumber di google.Mohon maaf iyer tuan tanah pinjam gambar di bawah ini.Hihihihi.


Malam macam nih lah situasi keadaan restaurant tue.Ada signboard cahaya yang menarik perhatian pelanggan yang lalu lalang dekat situ.Malam hari tue, aku pergi ramai sangat orang.Malam minggu lah katakan.Mungkin kalau malam ramai lah orang.Siang kurang sikit.Nasib ada table 2 yang kosong.


Tengok lah manje nih pantang nampak tisu, mula lah nak kirai-kirai.Tak bagi kang menjerit satu restaurant.


Manje dan mummy :)


Yang ini lah kakak ipar aku yan first.Lawa kan?Yang sebelah dia tu anak paling bongsu.Shidah namanya.Dialah yang selalu main pondok-pondok dengan manje  


Malam tue , aku order Lamb Kebab.Sedap aku rasa Lamb Kebab nih.Portion ok lah.Kenyang jugak makan.Aku jamah sikit-sikit je.Lagipun aku dah makan kat rumah magrib tadi.


Datang sekali dengan roti arab tue.Sebenarnya aku tak berapa suka makan nasi arab tue.Maybe rempah tu kuat sangat kot tapi kalau order macam kebab, westerns sure tak ada masalah.Jam pun dah nak pukul 10, tak sesuai sangat makan berat-berat dah malam kan.Next time cube makan Nasi Arab kat sini pulak iyer.


Yang ini desert penutup untuk malam yang ala-ala Arab malam tue.Aku jamah 2 sudu kecil je.Manis ya ampun.Laki aku yang habis kan satu mangkuk ni.Nama dia lupa lah.Arab kan nama makanan pun pelik-pelik.Nak ingat pun payah.Dalam ramuan pisang campur pulut.Kuah dia macam susu cair , yogourt masam-masam manis.Aku tak bole nak telan tapi laki aku pulak yang suka.

"B kang kena kencing manis baru tahu !! Alah bukan selalu makan manis pun?hah bukan selalu??"


Yang ini air gas orang Arab.Barbican namanya.Laki aku pilih flavour raspberry.Aku first time rasa.Rasa memang sedap.Terbaik air ini.Next time cuba flavour pulak.


Manja nih makan pun nak suap sendiri dah sekarang.Pantang nampak orang makan.Mesti nak nyumm.nyumm.nyumm.Nampak iklan pun gitu gak.



Pada pendapat aku, Restaurant Arab nih harga pun berpatutan.Sesuai portion makanan dengan harga.Kalau sesiapa yang suka makan nasi berempah aku cadangan kan makan kat sini.Terbaik !
Yang penting tak ada GST !!! Hahahahahahahaha.



Terima kasih sudi baca !!

Thursday, April 9, 2015

Bil Air NO GST

Assalamualaikum.

Lunch tadi ikut kawan opis aku pergi makan dekat Sri Gading.Lepas makan kawan opis aku nak pos barang.Secara kebetulan aku pulak memang nak bayar bil air rumah.Sekali dapat bil tertunggak dua bulan.Aku settlekan terus.Senang.

Jenis aku pulak tak suka kumpul jumlah banyak-banyak ini.Biar jumlah sedikit sejuk sikit mata aku nih nak melihatnya.

Emm.lihat no GST okay untuk pembayaran bil air okay!! Hanya berdaftar untuk charge pembayaran lain rasanya.

TAPI yang ini sudah dikenakan GST 0.60sen.Aku pun baru hari ini beli topup setelah sekian lama tak bertopup.Sekali beli haaah kawww ambik charge 0.60sen.

Hrmmm macam lah tu lah nak call sana sini.Guna duit sendiri lagi lah kena charge.Nasib dunia dah canggih sikit ada wechat, line, whatsApp,wifi boleh jimat dan jimat.Hihihihi.


Nak tengok pulak pas nih apa yang aku beli dikenakan charge GST.Hrmmmmmmmmmmmm.

Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, April 4, 2015

Preloved Wide Shawl Murah (Vol 2)

Assalamualaikum.

Cepat-cepat sebelum kehabisan.Tinggal 10 helai je tau kawan-kawan.

Satu helai RM4.00 sahaja.



Yang ini bawal manik.Kain material masih elok dan manik masih ok lagi.
Sehelai RM15


Berminat bole watssup aku 017-740 6843 (Dya)


Terima kasih sudi baca !

Thursday, April 2, 2015

Amai Satu Tahun Lima Bulan

Assalamualaikum.

Lama sangat dah tak cerita perkembangan Manje ai kan.Bukan tak nak share tentang Manje ai  nih.Nant ada orang cakap asik cerita pasal anak dia je.Macam dia sorang je yang ada anak kan?Hihihi.

Alhamdulilah.Manja dah sampai satu tahun lima bulan dah.Syukur dia membesar dengan sempurna.Sakit demam tue biasa lah.Semua kanak-kanak akan mengalami situasi tue.Perkembangan sekarang yang ketara sangat kat dia :


1) Lepas mandi mesti tarik tangan mummy dia tuju terus tuju depan pintu, tunjuk selipar/kasut kereta dan bawa dia jalan-jalan.Seround pun jadi lah.Kalau tidak merengek tak sudah-sudah.Bagi mainan pun tak jalan.Nak tak nak bawa kan jugak lah keluar rumah.Yang penting mesti naik kereta.

2) Kalau panaskan bubur dah tahu dah sebut nyam...nyamm.. mamam..mamam..

3) Semua orang dalam rumah semua dia kenal.Tanya mak mane manje?tunjuk muka mak.Tanya atok mane manje?Tunjuk muka atok.Tanya daddy mane?Tahu daddy dia.Tapi bila tanya mummy mane sayang??Respon sangat zerooooo.Tunjuk pun tak, muka alih ke muka aku pun tak..Hrmmmm kecewa sangat dia tak kenal mummy dia nih..Huwaaaaaaa.Blur sangat bila tanya mummy mana.Haahh macam mane tue?Korang ada petua tak?

Kiut manja buat mulut cam tue tau !! Macam nak gigit rasanya.





Masa nih ambik Manja dari rumah kakak ipar aku.Satu hari dia kat sana.Tak nak balik.Bapa mentua aku ajak balik.Geleng kepala naknaknak.Sebab rumah kakak aku ada anak dia 3orang.Manja ada kawan lupa mummy dia kat rumah.Sampai sana kakak ipar aku dah siap mandikan dia.Sudah nya pakai lah baju lelaki awak sayang.


4) Makanan paling dia gemar sekarang kerepek atau keropok ikan.Biasanya aku akan beli timbang keropok ikan tue.Habis berkeping-keping minah nih makan.Kalau kerepek pisang pun laju semacam je makan.Bagi mangkok letak berkeping-keping sekejap lagi datang dapor mintak lagi.Aku pun ada limit nak bagi dia makan, kesudahaannya bubur nanti dia tolak ke tepi.

5) Kalau aku nak pergi kerja dah tak ada melalak sangat cam dulu.Sampaikan aku ambik dia keluar bilik, dukung dia satu rumah dulu tak nak biarkan dia menangis lelama.Aku pulak jenis tak sampai hati nak tingalkan dia.Kekadang dulu tue, menitis air mata aku nak pergi keje.Merayu-rayu nak keluar kelambu.Pergi kerja pun lambat.Sekarang kalau aku salam laki aku sebelum pergi kerja, dia terjaga baring mata pusing-pusing tengok aku.Tengok je aksi aku sambil tue aku cakap lah."manja mummy pergi kerja tau, petang balik main sesama-sama iyer".Diam je.Dah tak nangis punnn..Hilang stresss aku kat situ.Alhamdulillah.

Nampak nye tue je lah perkembangan manje setakat nih.Dah nak sambung kerja yang melambak nih..Bai2.




Terima kasih sudi baca !!!