Assalamualaikum.
Ramai pencarum KWSP dikatakan membantah cadangan untuk menaikkan had umur pengeluaran penuh kepada 60 tahun.Entah 60 tahun tu umur aku panjang ker pendek kan.Bagus jugak kekalkan had 55 tahun untuk pengeluaran.Setuju !!!!
Petikan Sumber Kosmo
Ramai pencarum KWSP dikatakan membantah cadangan untuk menaikkan had umur pengeluaran penuh kepada 60 tahun.Entah 60 tahun tu umur aku panjang ker pendek kan.Bagus jugak kekalkan had 55 tahun untuk pengeluaran.Setuju !!!!
Petikan Sumber Kosmo
Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam yang
memberikan dua cadangan kepada pencarum mengenai had umur pengeluaran penuh
mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.
Dua cadangan itu ialah menganjakkan umur pengeluaran daripada 55 kepada 60
tahun secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 15 tahun atau mengekalkan
pengeluaran pada umur 55 tahun untuk simpanan sedia ada dan memperkenalkan
pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus bekerja dan mencarum selepas
umur 55 tahun.
Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa
Malaysia, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, keadaan politik dan ekonomi semasa
tidak menyebelahi kerajaan pada masa ini ekoran isu kenaikan harga barang dan
pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Justeru beliau berpendapat, sekiranya KWSP tetap meneruskan cadangan
tersebut, ia dibimbangi akan menyusahkan kerajaan yang pasti akan menerima
tekanan daripada pelbagai pihak.
“Kalau boleh, tangguh terus sampai tahun depan kerana iklim politik dan
ekonomi tidak sesuai sepanjang tahun ini.
“Penjawat awam dan orang ramai sendiri berhadapan dengan isu harga barang dan
GST. Jadi tidak wajar untuk KWSP melaksanakan apa-apa cadangan pada tahun ini,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Bagi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), mereka bertegas mahu syarat
pengeluaran wang caruman dikekalkan pada usia 55 tahun.
Terima kasih sudi baca !!!
yup..elok kekalkan sahaja..
ReplyDeletekesianlah rakyat...
ReplyDelete