Saturday, September 24, 2011

Pulau Tioman Tinggal Kenangan

Bile hati dirundung sepi..semestinye kita akan merenung perkara yang pahit@manis..Semuanya terpulang pada tuan empunya diri nak menelannya..Begitu juga dya bile teringat kenangan pergi Pulau Tioman last year sempena my besday 24/04/2011...teramatlah sedih coz tue laah kenangan yang ada..3 ari 2 malam semestinya percutian yang tenang walaupun ketika itu hati dirundung sedih..lantas dya bwa diri pergi ke pulau.Ada niat dihati nak bwa diri tahun ni ke pulau but dicancel kn coz xde teman nak pergi sma..hu3..so layan pic last year di pulau tioman ...





Thursday, September 22, 2011

Johnny nyum2..










Salam semua..all blogger..Hari ni 1 ari hujan yer...Dya teringin plak nk maman Johnny Stemboat...nk sedapkan hati cari pic lama di my document..godeh2 jumpa pic ini..First time makan di Johnny di Jusco JB last yea..sedap sangat..paling besh bile ada wap...mcam buat facial rasanye..hrmm...






















Tuesday, September 20, 2011

Ting2 with new sis


Madam Lam sudah bersalin anak kedua..Ting2 begitu hapy dengan kehadiran si kecil ini..Pic dibwah baru dya terima last week..layanzzzzz..

Monday, September 19, 2011

Sahabat baik kawin sudah !!

Saturday lepas 17/09/2011 merupakan hari paling bersejarah buat sahabat baik dya..sudah kawin lor...hidup berpasangan huhu3..sure seronok sudah jadi isteri orang ini..Situasi sudah x sama cam dlu jek..Pe2 pun congrat!!! dari dya..Tinggal dya yang masih single avaible jek...wua2wua2...Hopely next week dya tamatkn zaman bujang yer..sma2 doakn!! So pic dibawah kite layan di petang2 nak hujan nih....



Saturday, September 17, 2011

56 bayi Hari Malaysia Dilahirkan

Semalam merupakan Hari 1 Malaysia diraikan pertama kalinya...Dya pergi beraya di Chaah bersama Mr.B...Pagi ini baca surat khabar kosmo menyatakan 56 bayi perempuan dan lelaki dilahirkan semalam...Tahniah !!!

Petikan Kosmo 17/09/2011- Sabtu

KUALA LUMPUR – Seramai 56 bayi Hari Malaysia 2011 dilahirkan di tiga hospital kerajaan dan dua hospital swasta di ibu negara dan Ipoh, Perak sejak tengah malam semalam hingga tengah hari semalam.
Daripada jumlah itu, 20 merupakan bayi perempuan dan 18 bayi lelaki.
Tinjauan Bernama mendapati kelahiran paling ramai di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 17 bayi diikuti Hospital Ampang (10) dan lapan bayi di Hospital Kajang.
Di hospital swasta pula, Pusat Perubatan Sentosa dua kelahiran manakala seorang bayi dilahirkan di Pusat Perubatan Tropicana.
Daripada jumlah itu, empat kelahiran melalui pembedahan, tiga di HKL dan seorang di Hospital Ampang.
Tinjauan mendapati HKL menyambut kelahiran pertama bayi seberat 2.94 kilogram (kg) pada pukul 12.15 pagi manakala bayi seberat 2.21kg di Hospital Ampang pada pukul 12.20 pagi, masing-masing seorang perempuan dan lelaki.

Thursday, September 15, 2011

Elak Jadi Simbahan Asid


Simbahan asid bukan sahaja meragut penampilan tetapi turut meninggalkan trauma sepanjang hayat.Dewasa ini asid sering dijadikan senjata oleh individu untuk memusnahkan kehidupan orang yang dibenci oleh mereka. Keganasan melibatkan asid ini sebenarnya bukan hanya merebak di kalangan warga kita, sebaliknya turut berleluasa di luar negara.

Ði Kemboja, seramai 300 mangsa simbahan asid telah dikesan dan dibantu oleh Program Cambodian Acid Survivors Charity (CASC) sejak penubuhannya pada tahun 2006. Ði bawah program tersebut, mangsa akan diberikan perkhidmatan perubatan percuma, bantuan guaman, kaunseling dan latihan kemahiran.

Manakala Yayasan Mangsa Asid (ASF) yang berpangkalan di London mendapati, 86 kes dengan 111 kecederaan akibat simbahan asid telah berlaku di Bangladesh pada sembilan bulan pertama tahun lalu (2010). Kumpulan hak asasi wanita, Aurat Foundation di Pakistan pula merekodkan 20 kes penyimbahan asid dalam tempoh separuh tahun pertama 2010.

Justeru, keganasan asid tidak lagi boleh dipandang mudah oleh pihak yang terlibat bagi mengelakkan ia menjadi barah dalam masyarakat.

Apa itu asid?
Asid didefinasikan sebagai bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 7. Asid bersifat menghakis dan boleh merosakkan serta mendatangkan kecederaan pada permukaan yang mengenainya.

Punca-punca keganasan asid 

1 . Dendam

Perasaan dendam, cemburu dan iri hati antara punca yang membuatkan seseorang menyerang individu lain. Kemarahan yang dialami akibat putus cinta atau cinta tiga segi membuatkan individu yang tidak berperi kemanusiaan itu menggunakan asid bagi membalas dendam.

2 . Murah dan Mudah

Harga asid yang murah iaitu kurang dari RM10.00 sebotol membuatkan ia menjadi pilihan ramai individu untuk melampiaskan dendam mereka. Selain harga yang murah, asid dan cuka getah juga mudah diperolehi dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja di kedai-kedai perkakasan.

Kesan Simbahan Asid

Asid menghakis kulit dan mendatangkan kecederaan serius. Kulit yang disembah asid akan kelihatan terbakar. Kebakaran kulit itu dikategorikan sebagai korosif yang menyebabkan kulit melecur, kulit tertinggal dan mematikan tisu. Selain itu, simbahan asid turut meninggalkan parut yang teruk pada bahagia tubuh yang mengenainya.

Parut kronik itu bergantung kepada peratusan kebakaran kulit, iaitu tahap pertama tidak terlalu teruk, peringkat kedua pula merosakkan 30% anggota badan dan peringkat ketiga meliputi kerosakan yang melebihi 30% selain melibatkan bahagian wajah.

Kerosakan kulit di peringkat ketiga akan menyebabkan kulit hancur, kerosakan salur darah, jangkitan kuman dan nyahhidrat. Lebih kronik lagi, simbahan asid ini menyebabkan keadaan luaran dan dalaman tubuh mangsa menjadi rosak sehingga membawa maut.

Cara menangani

Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi jenayah keganasan asid ini ialah dengan mengawal penjualan asid di pasaran. Pihak berkuasa perlu menetapkan syarat agar asid tidak boleh dijual dan dibeli dengan mudah oleh masyarakat.

Individu perlu sentiasa mengamalkan sikap berwaspada dalam diri agar tidak menjadi mangsa simbahan asid. Peka dengan keadaan persekitaran juga boleh membantu mangsa agar tidak menjadi mangsa simbahan asid.

Selain itu, individu juga perlu mengawal perilaku dan tidak melakukan perkara yang boleh menyinggungkan perasaan orang lain agar diri tidak menjadi mangsa dendam.

Muhasabah diri dan sifat sabar perlu ditanam dalam diri setiap individu. Jangan membuat keputusan terburu-buru dan mengikut kata hati yang sedang marah. Elakkan daripada melakukan sebarang tindakan dalam keadaan marah kerana di saat itu, manusia cenderung untuk melakukan perbuatan yang berbahaya.





 

Thursday, September 8, 2011

Raya 2011@Black














Selamat petang semua..dalam kesibukan dya menyambut aidilfitri sempat gak bermaafan di hari pagi raya..hihi..tahun ni syukur pada yang msa Esa masih dapat berjumpa lagi dengan adik-beradik.,,hulurkan duit raya wlupn nilai yang kecil but dya bersyukur di atas rahmat tuhan memanjangkan umur lagi sehingga ke hari ini..Dya setiap tahun akan pilih 2 kaler untuk tema hari raya..sedondon kaler wlupn design baju dan paten x sama..dya tahun ini memilih kurung malaysia tuk kaler hijau dan hitam..,aooo slim woooo!! akk2 dya jeles coz mereka badan yang sihat x dapat memakai baju kurung malaysia..Tukang jahit mememuhi citarasa dya kali ini..cutting yang kemas..x longgar x ketat pun..I like IT!!!!


Pic diatas semuanye my sis yang 1 dengan yang k 5...cantik2 kan adik beradik dya ni...vote gitu..Begitu juga bonda yang menangis..terharu katanya bile ank2 bersalaman...dya sedih but x nangis..(mcm x percaya jek...nangis dalam hati)..


Nak tahu dya grap kaler per tahun depan...tunggu!!!













Tuesday, September 6, 2011

Tema Hijau Raya 2011























Selamat hari raya kwn2..dya tahun grap 2 kaler..hitam n green ...ni salah satu pic yang sempat di snapkn dihari raya kedua.Dya seperti biasa akan beraya di Taman Broleh..coz disitu yang tinggal saudara mara.atok dan nenek...hihihi..besh memng besh,time hari raya mcm nie..1 tahun 1 kali saja dapat meet saudara-mara...klau hari len memang lah x dpt meet..