Wednesday, October 7, 2015

Buat Kad Pengenalan Baru

Assalamualaikum.

Actually aku belum pernah terfikir nak buat kad pengenalan baru sampai lah last week aku punya ic hilang.Korang bayangkan je lah macam mana aku tak mengelabah nak mencari.Puas aku mencari dalam kerete, dekat opis , rumah bilik, laci semua aku geladah.Tapi masih tak jumpa.Memang sah IC aku hilang 

Aaarggghhhhhhhh... tension tau !! Dah lah aku nih hari-hari drive takut jugak nanti ada apa dekat luar.Sah-sah kena nak kena gelang besi free.Silap-silap cakap aku nih pendatang pulak.

Sebelum pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara ramai kawan-kawan group suggest aku pergi branch dekat Kluang.Diorang cakap dekat situ on the spot terus dapat.Paling lama pun tunggu 1 jam macam tue lah.Berbanding dengan Batu Pahat dah ramai kena beratur, komuinikasi zero, nak beramah nak bersenyum dengan pelanggan jangan cakap lah.Tak friendly langsung.Dah banyak aku dengar servis dekat Jabatan Pendaftaran Negara Batu Pahat sangat-sangat lah slow melow.Dapat IC pun lambat.Sebulan diorang bagi surat baru lah korang bole ambil.Bole ker macam tue???

Untuk pengetahuan korang kalau ic saja yang hilang tak payah buat report ke balai polis.Sekiranya beg duit (dalam ada kad bank,lesen memandu, kad kredit dan pelbagai kad) korang yang hilang saja bole lah report untuk buat ic baru.Untuk kehilangan kali pertama dikenakan denda sebanyak RM100.00 dan RM10 untuk memprosesan buat ic baru jumlah RM110 duit terbang pada hari tue..Hiskhhh...hiskhhh..

Kalau korang nak tukar ic baru hanya dikenakan charge RM10 saja.IC terbaru ada 2 muka korang dekat kad pengenalan.Satu besar dan satu kecil.

Ini lah ic baru saya.. :) Nasib dapat hari tue jugak.



Senyuman mengoda ker manje nih??


I love u Kakak Amai.


Minah nih hantu keropok dan kerepek.Suap makan nasi ibu nanakkk..nanakkk nak kopok memanjang saja.


Perjalanan nak ke bandar Kluang ambil masa dalam 45 minit je dari rumah aku.Nasib tak jauh.Aku pergi tengahari orang punya lah ramai tapi servis mantop tau.Walaupun ramai layan pelanggan baik dan senyum lebar je.Tak adalah emo bagai.Yang penting aku tak menunggu lama masa tue.Hihihihi.

Bagus jugak kerajaan dah terap kan untuk kerajaan Johor berkerja hari Ahad nih tak payah aku nak ambik cuti.Segala yang berkaitan dengan kerajaan hari Ahad lah paling sesuai untuk aku settlekan apa yang tergendela.

Pesanan aku untuk korang jangan cuai dalam kehilangan ic nih tau !!!!

Alamat :
Bangunan Gunasama Persekutuan Kluang,
Jabatan Pendaftaran Negara,
KM 4 Jalan Kluang Air Hitam,
86000 Kluang,
Johor.


Terima kasih sudi baca !!

2 comments:

  1. apasal panggil kakak umai? bakal dpt adik dh ke umai? wahhhhh

    akak tak buat lg ic baru heheh... ntah bila lah terbuka hati nk bt ic baru

    ReplyDelete