Saturday, October 3, 2015

Masak Mee Sizzling

Assalamualaikum.

Hari tue pergi kedai Aunty Minimarket terpandang lah cendawan kering.Terus beli sebungkus.Dalam bungkusan adalah dalam 5 kuntum.Harga dalam RM6.00.Cukup lah untuk aku masak satu keluarga.Kang nanti bila rendam dia jadi kembang masa tue boleh hiris halus.

Tapi nak masak apa?Terus google kan senang.Taip saja semua resepi keluar.Mudah kan.Masak apa yang ada dalam peti ais.Secara purata aku nak masak Mee Sizzling lah.Tu je lah bahan yang ada dalam peti ais.

Meh aku share sikit resepi paling senang aku rasa.

Bahan-bahan :

Sebebar ibu jari halia
5 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering (ini ikut suka korang nak bubuh banyak atau sikit-kepedasan sendiri)
Ayam
Cendawam kering (perlu direndam selama 30minit-1jam)
Kicap pekat
Sos tiram
Kicap lemak
Tepung jagung
Lada Hitam
Kiub pati ayam/ikan bilis
Garam secukup rasa
Mee (mee kuning/ mee sanggul / yee mee)
Sedikit sawi
2 biji telur


Aku memang suka brand jalen kalau memasak.Sokong lah buatan bumiputra.






Mula2 sekali tumiskan bawang putih , hali dan cili kering sampai kekuningan.


Kemudian bole masukkan ayam masak sampai separuh masak.Masukkan air dalam 4 cawan.Tunggu sehingga ayam masak dan mendidih.


Jangan lupa masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap lemak dan 1 sudu lada hitam.Secubit rasa dan 1 kiub pati ayam.Pati ayam tak ada dalam peti ais yang ada kiub ikan bilis.Bubuh je lah janji kuah ada rasa lemak dan enak..Wahhh gitu..

Masukkan juga tepung jagung dalam 2 sudu gaul sampai rata dan kuah menjadi pekat.Masukkan sayur sawi dan telur.Tunggu sekejap dan bole tutup api.

Sediakan dan boleh dimakan.Aku sediakan dalam pinggan ajaib.Baru lah rasa dalam berhot plate..Hihihi



Selamat mencuba !!!!Paling sedap dipuji oleh encik suami sendiri walaupun pertama kali aku cuba masak.Hihihihi.




Terima kasih sudi baca !!!





Thursday, October 1, 2015

Cara Pujuk Si Kecil Yang Suka Baling Barang

Assalamualaikum.

Kenapa anak suka baling barang?Amai salah seorang daripada kanak-kanak yang suka baling barang.Kadang aku boleh jadi hulk sekejap tengok telatah dia nih.Pantang nampak apa sahaja baran di hadapanya pasti dia akan cuba membalinnya.

TAPI jangan sesekali marah padanya mahupun sekat kelakuanya.Si kecil ini sedang meneroka apa yang akan dan terjadi di sekelilingnya.


Bagaimana ingin memujuk anak yang suka baling barang ini?


1. Pegang tangannya.
Sebelum si kecil melontar barang segera pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan barang yang kan dilempar dengan permainan yang lebih sesuai seperti bola plastik.Elokk alihkan perhatiannya dengan mengajak anak bermain dengan permainan yang baru anda berikan.

2.  Jangan jerit
Jika anda selalu menjerit untuk mengelakkanya melempar barang anak akan belajar bahawa melempar sesuatu boleh digunakan sebagai cara mengancam anda apabila keinginanya tidak dituruti.

3. Pandang matanya dan berkata
Si kecil pada usia ini tidak akan mendengar bebelan ibu.Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, "Ini tidak boleh dibaling, rosak nanti ".

4. Lontar bersama
Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Sediakan barang-barang yang boleh dilemparnya.

5. Konsisten
Jangan mudah tergoda dengan rengekan anak yang gemar melempar. Jika anda sudah melarang jangan sesekali izinkannya membaling. Singkirkan barang-barang yang berbahaya yang ada berhampiranya.Katakan berulang alik.

6. Suap atau berhenti
Jika anda suka membaling makanan yang sedang dimakan, jauhkan makanan atau peralatannya setelah selesai makan.Kalau baling makanan ketika sedang makan, terus angkat pinggan dan jauhkannya.Ada baik nya ibu menyuapkan anak makan sehingga selesai.


7. Cuba masuk dunia si kecil
Kenal pasti sama ada sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah.Jika dia membaling kerana marah, peluk anak sehingga dia tenang.Bila anda sudah boleh bercakap, tanya punca amarah.

8. Pujuk dan lakukan bersama
Jangan memaksa anda mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak. " Sayang, mari kira cari kotak merah yang kamu baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya "





Terima kasih sudi baca !!!