Friday, December 4, 2015

Cuti-Cuti Cherating Part 1

Assalamualaikum.

Plan nak bercuti ke Cherating sampai jugak hari tue..walaupaun 3 hari 2 malam..Syok jugak berjalan ke negeri orang nih..Sebulan nak bercuti aku dah pilih tarikh bila ..nak stay kat hotel mana apa yang dibuat..tak lah terhengeh-hengeh sampai sana nak waze ker foursquare hala mana nak pergi..Aku tak suka planning ke sesuatu tempat last minit..Buang masa rasanya..

Hotel yang menarik dan selesa dan murah biasanya aku pilih dia agoda.com.Senang kalau dah book nih sampai hotel terus check in.Kebetulan memang nak pergi time cuti sekolah boleh bawa mak mentua aku sekali jalan-jalan.

Lepas solat subuh aku bersiap terus mandikan Amai.Sebelum berjalan jauh bapa mentua dan belikan sarapan roti canai dan nasi lemak.Perjalanan nak ke Cherating dari Batu Pahat ambil masa selama 4 jam lebih kurang macam tue lah..


Bismillah....Amai tidur saja dalam kereta sepanjang perjalanan..Cuaca hujan renyai-renyai masa tue..


Sebelum sampai hotel aku makan tengahari di kawasan nih jugak.Sedap dan murah makanan tengahari dekat situ..Lupa nak ambik gambar kedai makan sebab dah lapar sangat...Korang pun faham kan macam mane nak handle anak bila pergi bercuti nih..Tangan pun dah macam sotong.. 

Alhamdulilah sampai jugak ke Residence Inn Cherating..Mula-mula kena carutss jugak dengan laki nih sebab pilih hotel macam perkampungan tak de orang lah..hutan lah..mahai lahh..Aku terus jawab dah nama tempat peranginan tepi pantai memang leee gini..kalau nak macam bandar baik stay kat hotel di Kuala Lumpur je..terus diam...Emo sikit aku sampai check in masa tue...T_T

Memang aku pilih Residence Inn nih sebab ada kolam renang..senang bawa Amai mandi..tak payah pergi ke laut..Nak ke pantai Cherating nih dekat je pun tak sampai 5 minit je dan sampai..Oleh kerana cuaca kurang baik aku tak jejak pun kaki ke tepi pantai..Cuaca dan angin tak berapa elok untuk Amai..jadi tak dapat nak main pasir..


Amai nampak kolam ada swimming pool...Ibu nak mandi...Ibu lautt....Iyer lah sekejap lagi kita mandi..bagi badan rest sekejap iyer sayang...



Besar jugak kawasan Residence Inn nih..luas..Dekat sini diorang akan tambah hotel lagi sebab masa akudatang tengah renovate..Mungkin lagi 1 atau 2 tahun dah berubah kawasan nih.Parking kereta pun dekat dengan lobi..tak lah aku menapak jauh angkut beg satu keluarga..

Menuju ke lobi...


Swimming pool ada 3 jenis..Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa..


Petang-petang boleh lah rest dengan sini..redup dan selesa sambil menikmati kopi dan cicah biskut tawar..hihihi


Bodak dua orang nih tak sabar nak terjun kolam lah nih...Sibuk nampak kolam..Kepoh semacam lag-lagi Amai nih..suka sangatt.


Aku pilih bilik Superior Room..sesuai untuk famili..besar dan luas..Amai dengan Shidah bole main lari-laridan sembunyi anak..

Masing-masing kepenatan masa nih..Rilex sekejap okay...


Lepas solat asar terus salin baju..tak sabar nak terjun kolam tue...





Ayah dan Amai...


Amai dengan Shidah paling happy pergi swimimng pool..Nak bagi Amai happy macam nih lah...jauh ibu bawa pergi swimming pool.


Bila dah petang sikit ramai pulak kanak-kanak yang mandi..Ingat kitaorang je yang check ini dekat sini rupanya ada 10 bilik yang ada penghuni..

Lepas mandi terus solat magrib siap-siap pulak untuk dinner malam..Warung Awang Ikan Bakar.Dari hotel nak ke warung nih ambil masa 5 minit je..Warung nih aku yang pilih..Malas nak pergi jauh-jauh nanti warung tak jumpa perut yang lapar...Hihihihi..


Sebelum ambil order korang boleh pilih seafood dekat sini..timbang dulu sebelum masak..


Menunggu makanan sampai..Orang ramai masa nih..


Suamiku yang sentiasa bizi sepanjang masa..


Ikan Pari Bakar..


Kailan Ikan Masin..


Sotong goreng tepong...


Makanan dan minuman dekat sini pada aku biasa-biasa saja..Harga tak padan dengan makanan yang kitaorang ambil..Agak kecewa makan dinner dekat sini...Hrmmm..Aku tak nak rekemen korang datang sini..Korang kena rajin foursquare tengok warong makan paling sedap walaupun mahal tetapi berbaloi..Sebab aku jujur tentang pemakanan kalau sedap aku cakap sedap..Kalau tidak memang aku kata tidak ok !! Memang diorang tahu kita nih pelancung tapi nak makap pun biar lah berpada-pada..

Lepas makan terus balik hotel...tidur awal sikit esok nak jalan-jalan bandar Kemaman pulakkk...



Terima kasih sudi baca !!!








No comments:

Post a Comment