Wednesday, September 30, 2015

Alhamdulilah...Kahwin 3 Tahun

Assalamualaikum.




Kereta besar, rumah besar, kelengkapan berjenama bukanlah nikmat kehidupan yan sebenar.

Kasih sayang, degupan jantung kesihatan yang baik, keluarga bahagia dan waktu berkualiti itulah nikmat yang paling padat.

Alhamdulilah di atas segala kesederhaaan ini.

Syukran Ya Rahman.

Happy 3rd Anniversary to us +____________ +


Aliya Maisarah penyeri aku dan suami... Hug n Love 





Terima kasih sudi baca !!!






Wednesday, September 23, 2015

Percutian Last Minute

Assalamualaikum.

Laki aku memang macam nih lah suka pergi last-last minute.Aku yang pening mana nak packing baju anak suami diri sendiri.Letih mak nak packing walaupun bukan pergi holiday berhari-hari.Hihihii.Nanti bila ada barang tak bawa mahu aku jadi hulk sekejap.

Laki aku sibuk nak bawa Amai mandi laut katanya.Pujuk punye pujuk aku terus book hotel dekat agoda.com.Terus aku book di Hotel Corus Paradise, Port Dickson

Tahun lepas pernah bawa Amai mandi laut tapi baru merasa air laut sekejap dah menjerit-jerit peluk kaki aku kuat-kuat.

Book hotel hari Jumaat bertolak hari Ahad.Lagipun dekat Port Dickson bukan lama pun satu malam setakat nak swimming pool dengan mandi laut je.


Amai tido sepanjang perjalanan.Nasib baik perjalanan tak sampai 3 4 jam lenguh ibu nak pangku awak nih..hahahha


Sampai Nilai 3 jalan-jalan sini sambil cuci mata.Sempat lah aku beli 2 pasang tudung dengan baju sehelai.Nak check in awal lagi.Jalan-jalan sambil makan tengahari kat Nilai 3.Lupa nak ambik gambar makanan


Dah sampai hotel, siap check in semua terjun swimming pool.



Percubaan Amai masuk swimming pool memberangsangkan.



Tengok muka amai teruja..percubaan melalak ker tidak.


Cuaca petang tue masih kuat jerebu.Suhu pun tinggi..Swimming pool nih tutup pada pukul 6.30 petang.Kalau korang nak kena tangkap dengan pak guard sila lah terjun swimming pool nih iyer.

Terima kasih sudi baca !!!



Monday, September 21, 2015

Mee Hoon Chinese Style

Assalamualaikum.

Sebab kelazatan sup chinese style nih bila makan tak muak.Lagi-lagi pekena dengan cili padi mau lah aku terangkat bila menikmati..Alamak !!!! tiba-tiba laparr pulak...hihihihihi.

Walaupun korang tengok rupa tiada tapi bau dan rasanya nikmat hanya aku saja yang tahu tau :P

Mehh google resepi yang paling aku rasa dalam masakan yang pernah aku cuba

Bahan-bahan :

1 genggam ikan bilis
Fishball / Fish Cake tapi aku guna Fish and Soy 
1 bungkus mee hoon (korang agak-agak lah nak makan berapa orang rendam dan tos kan)
Air secukupnya
Sedikit minyak bijan
Seikat sawi
Secubit garam
1 ketul Pati Ikan Bilis





Rebus ikan bilis.Lagi lama rebus ikan bilis itu lagi lah sedap.Manis dan lemak gitu..


Kemudian reneh sampai dia mendidih boleh keluarkan ikan bilis 


Masukkan fish ball , minyak bijan, sayur sawi dan secubit garam


Jangan lupa masukkan seketul kiub pati ikan bilis.Biar bertambah manis sikit sup tue.  


Letakkan minyak bijan jangan lupa.


Bila fish ball dah lembut boleh tutup api dan boleh dihidangkan.Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup.Dalam peti ais rumah tak ada.

Kemudian boleh makan bersama cili potong kompom korang makan sampai lipat lengan tau !!!


Selamat mencuba !!!



Terima kasih sudi baca !!!







Saturday, September 19, 2015

Jangan main-main Kalau ada asma

Assalamualaikum.

Jangan ambil mudah soal kesihatan terutama jika korang menghidap asma atau lelah.Penghidap asma percaya penyakit ini dapat dikawal disebalik gejala yang berterusan dan serangan asma 

Laki aku baru-baru ini doctor suspect dia kena asma.Cuaca jerebu pada masa sekarang ini sangat-sangat tidak sesuai untuk aktiviti luar.Laki aku sebelum nih tak ada pun asma.Tiba-tiba dia sesak nafas pergi check up terus masuk alat sedutan "inhaler".Ada pendapat cakap tak elok guna alatan "inhaler" sebab nanti kekerapan nak guna bila terkena asma.

Asma boleh dikawal dari makan ubat yang diberi oleh doktor, segi pemakananan, kurang aktivit luar dan pakai lah mask mulut ketika keluar dari rumah.Cuaca jerebu sangat jahat... T_T


Paling takut asma boleh menyebabkan sesak nafas, batuk dan sakit dada.Ada juga yang mengalami sudah tidur kerana gejala asma sering berlaku pada waktu malam.




Asma atau lelah adalah penyakit saluran udara jangka panjang yang kronik.Ia boleh menyebabkan nafas berbunyi, sesak nafas, ketat dada dan batuk.

Ciri utama penyakit ini pencerutan saluran udara dalam paru-paru yang berpunca daripada inflamasi dan menyebabkan pesakit sukar bernafas.Batuk yang berterusan tanpa demam terutama nya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda kuat asma.

Tidak seperti penyakit alahan seperti rinitis dan ekzema asma berkait dengan faktor genetik dan alam sekitar.Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuk alergen seperti hab uk, bulu haiwan, lipas dan debunga.

Punca lain berkairtan dengan asap rokok serta kimia di sampin perubatan contoh : aspirin serta kegiatan fizikal.Sekiranya tidak dirawat gejala ini mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal.

Antara pilihan untuk mengurus asma ialah dengan penggunaan alat sedutan pengawal dan alat sedutan penahan.Alat sedutan pengawal biasanya digunkan dua kali sehari untuk mencegah gejala serta membantu inflamasi dalam saluran udara.


Sementara alat sedutan penahan berfungsi untuk melega dan meluaskan otot saluran udara tetapi bukan untuk inflamasi.Keadaan sekeliling yang kering ketika musim panas boleh menyebabkan masalah asma bertambah ketara.

Perubahan cuaca dan keadaan sekeliling adalah pencetus utama penyakit asma yang memenatkan penghidapnya setiap kali mereka bernafas.Ramai juga yang merasakan keadaan asma mereka bertambah tenat sewaktu jerebu melanda seperti yang berlaki di rantau ini sekarang.

Nasihat aku jangan buat rawatan sendiri tanpa berjumpa doktor.Dapatkan ubat pelega atau pengawal daripada doktor dan elakkan berkongsi ubat dengan pesakit lain yang menghidap penyakit asma.Ini kerana lain orang, lain kepeluan rawatanya.





Terima kasih sudi baca !!!

Friday, September 18, 2015

Super Cowboy Supermarket kini dibuka !

Assalamualaikum.

Dari semalam nak singgah sini tapi tak berkesempatan.Hari nih sempat terus update dekat blog.Simpan gambar dalam handphone lama-lama kang terdelete kang.Baik transfer terus.Lagipun memori handphone aku nih kecik.Tak bole simpan bebanyak.

Sebelum nih, aku pernah pergi Cowboy dekat Kulai Jaya.Itu pun beli barang doorgift masa nak kawin 3 tahun yang lepas.Sekarang barang keperluan rumah bole lah korang dapati dekat sini.Mana orang Batu Pahat korang tak payah pergi jauh-jauh.Batu Pahat pun dah buka satu branch.Baru je launching 3 hari tak silap aku lah.

Kawasan memang besar dan luas.Hanya ada satu tingkat saja.Tempat meletakkan kereta pun sesuai dan strategik.Banyak barangan runcit untuk kegunaan harian boleh dapati disini.Harga pun memang murah berbanding di luar.Kalau korang nak beli borong pun boleh lagik lah jimat-jimat gandanya.


Nampak tak dekat situ.Bunga masih baru dan wangi.Tak layu pun.Belum seminggu Cowboy nih buka.



Aku pun jalan sini nak cari hadiah untuk collgouge kawin esok.





Tak tahan tengok harga kopi dekat sini.Murah giler.


Paling aku suka round area sini.Ala-ala perkahwinan.Doorgift semua ada dekat sini.Korang pilih nak yang macam mana.




Gemuk lah lahai ibu amai nih... *_* Bila lah nak kuruihh nih.


Paling happy datang sini dapat gula-gula Sour 100% nih.Mula-mula memang lah nak tarik perhatian pelanggan bagi gula-gula apa bagai.Cuba kalau buka dah bertahun memang tak ada lah company nih nak bagi.Iyer dakkk?


Boleh lah hilang kan rasa mengantuk aku di kala petang-petang gini.


Alamat : Super Cowboy Supermarket Batu Pahat
             Batu 4.5 Jalan Kluang,
             83000 Batu Pahat Johor.


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, September 17, 2015

Kitkat GreenTea

Assalamualaikum

Oleh kerana aku nih peminat greentea harus lah cuba kitkat perisa greentea nih.Aku nih hantu kitkat sebenarnya.Coklat brand lain ta berapa like.

Hari tue jalan-jalan Aeon Big terperasaan pulak kitkat nih.Tue yang aku sambar 1 packet.Dalam ada 8 bungkus kecil.Harga lebih kurang RM10++ tak silapa aku lah.Resit entah mana aku buang.Hihihi.


Packing pun sama macam original jugak beza nya perisa tue je.



Tentang rasa pulak greentea itu tak adalah kuat sangat.Soft je.Yang penting tak berapa manis itu yang paling aku suka.

Korang kena lah cuba kalau nak tahu.Rasanya dah keluar dekat iklan pasal kitkat greentea nih lah..



Terima kasih sudi baca !!!