Assalamualaikum..
Bagi wanita bekerja selama lapan jam suku macam dya ni kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah,berangan-angan sambil dengar radio ERA (ini memang satu tabiat yang tak boleh dipisahkan)suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram.Kepala betul2 serabut.kusut. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga hilang semangat nak bekerja.seriessss !!!! t_t
1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu ke dalam sungai,laut dan tong sampah.
Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika perangi stress, lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah,berjoging, bermain ipad dan aktiviti baru dya yang akan muncul beberapa bulan lagi..yeahhh!!! harap2 en.tunang agree dengan hobi baru dya ini. meyibukkan diri. Elakkan untuk mengingati perkara-perkara yang membuat dya merasa stress ketika kita semua melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.So,rajin2 lah berusaha.
Stress berpunca dari rasa tertekan yang menyebabkan kita semua dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang kita lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.ini sering berlaku pada dya.kalau tak caya sila tipon mak kat rumah -_-* larikkkk !
3. Maafkan diri kemudian lupakan semua yang dah berlalu tapi...dya tak semudah tue.. :)
Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup kena maju ke depan, bukan ke belakang. Bila fikir usia yang semakin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Dya cuba maafkan diri kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. dya harap dapat mengatasi stress dengan cara ini.say yessss !!!
4. Hampirkan diri dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan kepaa en.tunang,ibu bapa dan kawan2 sekeliling
Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami dan bole memberi semangat pada.Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan.Sebagai contoh, jika kita kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masalah kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran. Insyallah cara ini baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun perlu waspada sebab kawan tempat meluah tu boleh mengumpat hal di belakang kita kekadang mentertawakan tanpa kit ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.
Cakap-cakap : korang perasaan tak,beberapa hari ni cete pasal hati dya yang tak hapi,cete kawan,,de kawan di sebalik mee goreng mamak..seriess dya memang tak hapi !
Hobi baru masih mencari lokasi yang sesuai TAPI ??????.......
Terima kasih sudi baca !!!
bagus sukan nih..n nice sharing :)
ReplyDeletesaya follow, singgah saya jugak yer ;)
bersukan bgus tuk ksihatan..hrmm..tq sudi jengah blog dya iyer..salam sayang (",)
Deletekalo sweety stresss..tido la ubatnyee..hihi
ReplyDeleteoo..kuat ngorok lh sweet ni eh???
Deletestress menguji tahap mental dan fizikal kita untuk mengatasinya ;p
ReplyDelete2 pkra memainkn peranan yg penting sbnar nye kn?!
Delete