Tuesday, August 30, 2016

Penduduk Johor Paling Berisiko

Assalamualaikum.
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia disaran mengelak daripada mengunjungi Si­ngapura ketika ini ekoran negara jiran itu sedang dilanda wabak Zika dengan 41 orang sudah di­sahkan dijangkiti virus tersebut.
Menurut Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Salam Senawang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), bukan sahaja rakyat Malaysia dinasihatkan tidak pergi ke negara tersebut, malah penduduk republik itu juga tidak digalakkan memasuki negara ini secara terlalu kerap.
Beliau berkata, Zika yang me­ngancam banyak negara di dunia kini tidak mustahil akan melanda Malaysia kerana virus berbahaya itu sangat mudah berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes, hubungan seks, ibu mengandung dan juga pemindahan darah.
“Seseorang selalunya tidak sedar dia telah digigit nyamuk pembawa virus tersebut kerana proses pengeraman hanya akan berlaku dalam tempoh seminggu selepas dia dijangkiti.
“Ini bermakna rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara lain dan pulang semula ke negara ini dalam tempoh seminggu akan terlepas daripada saringan virus Zika di pintu masuk negara seterusnya menyebabkan penyakit itu mampu menular di negara ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Terima kasih sudi baca !!!


Saturday, August 13, 2016

Pertama Kali Pergi Rumah Zarina

Assalamualaikum.

Hari Jumaat last week makan free kitaorang tau..Mana tak nya..kawan satu opis ajak makan dekat rumah dia..Yahoooooooo !!! ..Tengahari tue laju-laju punch card nak makan free dah lah pagi tu tak sarapan..Kelaparan gaban tau...


Nasi Ayam Madu Kampung Bera...yumssss 


Terbaik nasi ayam ko nih Zarina...Sepanjang minah nih kerja satu opis..aku tak pernah sekali pun pergi rumah dia..nih lah first time..


Sesekali makan dekat bawah seronok..Terjalin hubungan ukhwah dekat di situ.... -___________-


Kekenyangan....



Semenjak dah wujud rakan group dekat whatsap nih baru lah terjalin hubungan yang baik dah harmoni..Kalau tidak masing-masing sombong dengan kebizian....


Semoga persahabatan kita harmoni..bahagia..sentiasa sejukkkkkkk...kekal sampai bila-bila..Ada rezeki kita kumpul macam nih.....

Seronok kan..... *____________*


Selamat berhujung minggu...

Terima kasih sudi baca !!!