Wednesday, June 3, 2015

Tahlil dan Yassin Untuk Arwah BONDA

Assalamualaikum.

Pemergian bondaku sudah setahun berlalu.Setahun berlalu dengan terlalu pantas.30.05.2015 Sabtu aku sepakat adik beradik untuk membuat kenduri tahlil sebelum tiba nya ramadan.Secara kebetulan minggu ini pun cuti sekolah.Dapat lah berkumpul bersama-sama.

Alhamdulilah seramai 30 orang yassin orang perempuan yang hadir petang tue.Masa bacakan surah yassin aku tersedu-sedu membacanya.Rindu padanya hanya tuhan mengetahui.

Alfatihah untuk BONDA.

Malam packing untuk beri doorgift untuk tetamu perempuan aku sebak sangat.Rindu sangat dengan Bonda.Tahun kedua menyambut ramadan tiadanya BONDA disisi.Tulah aku rasa paling sedih sampai bila-bila.



Doorgift aku simple je untuk tetamu petang tue.Senaskah yassin dengan terjemahannya sekali.Yang ini aku tempah dengan kawan.50 senaskah.Senaskah RM1.70 aku pilih readymade punye senang siap ada tagging TERIMA KASIH.


Yassin tue aku masukkan lagi dalam tupperware berharga RM2.00 sebekas.Murah kan dengan beg recycle yang berwarna warni.Lagipun aku suka warna pelangi.Nampak meriah gitu kan.



Alhamdulilah siap jugak packing malam tue.Assistant aku anak-anak buah aku yang tolong packing tapi dengan syarat kena ada upah.Tu lah ragam bodak-bodak sekarang.Kerja sikit upah nak lebih.

Masa aku dah letih sangat tambah lagi mengantuk yang amat.Esok lusa ada majlis paling meriah.Tenaga kena simpan sikit.

Syukur alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar petang tue.

Thursday, May 28, 2015

Bayi diikat, dilayan seperti BINATANG !!!

Assalamualaikum.



Beberapa  foto yang tersebar menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan menyebabkan puluhan ribu pelayar laman terkejut, minggu ini.

Menurut Dailystar, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi tersebut menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dikecam bertalu-talu di laman sosial.

Difahamkan, foto-foto dimuatnaik oleh ibunya ke laman Facebook kerana menganggapnya 'lawak'.

Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan, Marilyn Tigas berkata, perlakuan tersebut dianggap sebagai bahan lawak oleh ibunya.

"Mereka fikir orang ramai tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak," jelas Marilyn.

Pekerja sosial, Corazon Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut 'suatu lawak yang teruk'.

"Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka. Pelaku patut dihukum," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis, Lurleen Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.

"Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata "Oh, ianya tidak mengapa," jelas Lurleen.

Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.




Terima kasih sudi baca !!!