Friday, July 18, 2014

Baju Raya Daddy

Assalamualaikum.

Enty blogger hari nih semua mengisahkan pesawat Mas MH17 yang ditembak di Ukraine.Subahaallah ! Allahuakbar ! Al-Fatihah untuk golongan orang islam yang meninggal dalam pesawat tersebut.Rasa sedih bila bulan Ramadan yang mulia nih diberi dugaan sebegini rupe.Aku tumpang kesedihan untuk keluarga mereka.Apakah puncanya hanya Allah saja yang mengetahui.

Meh aku cerita sikit pasal tema baju raya kami tahun nih.Pilihan warna Daddy yang pilih.Daddy pun awal-awal dah reminder aku nak baju cam aaron aziz pakai.Cam model tu lah.Ewww.Nasib baik raya tau b !! Kalau nak pakai mahal-mahal pergi jemputan orang kawin.Memang tak lah jawapan aku.

Sementara tunggu Daddy mandi kite celfie dulu.Laki aku nih kalau mandi punya lah
lama.Sampai aku dengan Amai dah siap.Dia still lagik lambat.Cam pompuan lah b nih.
Nampak sangat peha aku besar sangat masa nih kan.Bulan puasa aku nih berat badan de turun.
Now aku dah 55kg.Nih pun laki aku dah bising.Kena kuruii lagik.Pas puasa kena lah aku pi jogging.
Hari Ahad lepas Daddy ada cakap "Yah kita pergi Jakel tengok baju raya b nak tak?"Minggu depan dah bizi kat kedai."Aku pe lagik bila dah kata pi jalan-jalan shoping raya.Cepat-cepat bersiap.Terus main sepp-ssepp dengan daddy.hihihi."B nak kaler per tahun nih?Kaler orange lah.Nampak garang sikit.Wahhh gitu !!
Ada sorang mamat nih aku dengar lah dia cakap kalau pakai baju melayu Aaron Aziz, nampak segak nampak muda. Macam-macam diorang nih kan.
Bila sampai Jakel Batu Pahat,orang punye lah ramai.Naseb baik aku dukung amai masa tue.Kalau tak aku dah upload vidoe kat sini.Lagik ada offer giler-giler mau taknya orang berpusu-pusu.Amai pun ada merengkek masa tue.Lagipun waktu dia menyusu dan tido.Daddy ko nih kalau dok pilih baju punya lah berejam.Dua jam ada aku rasa dalam Jakel tue.

Akhirnya pilihan hati Daddy Amai baju melayu Aaron Aziz.Tahun ni Zizan Razak bergabung menjadi duta Jakel pulak.Aku tengok ramai orang suka beli.Orang lelaki sekarang beli barang tak ada tengok-tengok harga.Harga baju melayu Aaron Aziz adalah bermula RM110 hingga RM285 sepasang dan dapat butang dan samping percuma.Ada kebaikan sikit kat situ.

Orange tema 2014.Bagi kami bertiga :)

Asal fofular asal glamer.Zasss beli.Cam aku nih aku tak berapa minat baju dah siap nih.Sebab ukuran badan tak sama.Nanti mula lah aku nak adjust,fitting bagai.Walaupun guna sekali dua kali.Aku tetap nak pakai baju raya yang ditempah.Hihihi.

Aku dengar desas-desus ada penciplak plak baju aaron aziz.Pelikss kan manusia sekarang,baju pun ada tipu-tipu kan.hahaha.


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, July 17, 2014

Tukar Susu Step 2

Assalamualaikum.

Bila penyusuan badan berkurangan mula lah sang ibu-ibu tukar cara lain untuk mendapatkan susu iaitu susu formula.Bak kata orang dulu-dulu susu tepung dengan susu tin je..

Ramai yang tanya aku Amai minum susu formula apa.Amai minum susu jenama Frisolac je.Hihii
Amai minum susu ini bermula usia 3 or bulan cam tu lah.Tu pun sebab aku dah start kerja.Air nenen ada kurang.Jadi ada percampuran di situ.Macam-macam dah aku minum tapi air nenen masih kurang.Cuma malam je Amai sepenuh masa hisap nenen.Dulu baru-baru minum susu frisolac nih Amai ada nak meloya.muntah.Maybe belum ada keserasian masa tue.

Botol avent tu aku guna isi air putih.Amai dah suka makan biksut Heinz nih.
Mummy pun join sekali.
 
Tapi alhamdulilah sampai sekarang masih setia dengan susu frisloc nih sampai lah ke step ke 2.Amai pun baru 8 bulan baru lah aku sibuk nak menukar.Aku rasa Amai lebih suka susu yang step 2 nih.Macam mane aku bole tahu Amai suka?Sebab setiap kali menyusu Amai mesti abis minum.Kalau step 1 hengeh-hengeh minum.Nak membuak jek.Aku selalu pesan amai."Minum sayang,susu kamu nih mahal tau,mummy tiap-tiap bulan ikat perut,nak bagi kamu minum yang terbaik tau".Kelip-kelip mata bila aku cam cam gitu.Cam lah faham bebeno.hihihi

Bai-bai step 1.Amai dah maju step ke 2.
Syukur membesar dengan sihat anak mummy nih.

Mungkin Step 1 kandungan susu terlalu kuat kot.Tu jadi gitu rasanya.

Kenapa aku suka susu Frisolac nih sebab Amai tak pernah sembelit.Dan bila dia poo poo pun lembut jek.Tak adalah lahai mengeras cam orang tua.Paling baik hari-hari dia poo poo tau.Syukur Amai sesuaai dengan susu nih.
Anak kecil nih lah yang selalu mengembirakan aku.
Dah besar nanti jadi anak yang solehah iyer sayang.

Untuk pengetahuan korang harga susu dah naik tau.Lagi-lagi Frisolac nih.Cam tak masuk akaii jek.

Insyallah Amai dah besar sikit ,aku pun nak tukar brand lain.Tak larat dik oiii..Mahai sangat.Sekarang nih mummy kamu kerja lagik bole lah minum memahal.


Terima kasih sudi baca !!!