Friday, April 27, 2012

Kebaya Oh! Kebaya

Salam Hari Jumaat semua..dya de sedikit selsema,,batuk..uhhhh!! demam indon nih.,..hahaha2..maybe faktor cuaca di sana tidak sama di malaysia..bau2 situasi disana masih lagi dirasai ..hrmmm..walaupun dh satu minggu berlalu..setiba di Yogya dya tidak terlepas peluang tuk menikmati dan melihat kebaya sulam+manik+labuci..ohh sungguh ohsemmmm!!! serius cantik giler..bukan tak boleh beli di malaysia tp harge expensive...Betul kata orang  kebaya indon  sangat baik kualitinya dan yang penting harge sangat2 murah..dya beli 2 kaler saja..pink dan royal blue..(tuk raya tahun ni..esok dh nk anto kt tailor..)

di sini lah dya beli kebaya buy 1 free 1..ohsemmm!!!



cantik kan????akan dya tag pic bile sudah siap wokeyy!!




cantik kn kaler ni??


4 kaler dya suke hihi..search blog wonder pagi tadi..maaf iyer empunya blogger...


Thursday, April 26, 2012

Penawar Kulit Tidak Sekata


Salam semua..baca tajuk blog atas tue..cam besh jek dengor..hrmm..dya sgt2 ohsem dengan skin kerana teruja dengan kulit orang2 Korea..ala2 K-Pop gitu..hahahahaha2..Dya ambik resepi dari kosmo..jom2 sama2 baca ilmu ini..mane lah tahu bole buat di rumah..

Terdapat banyak cara boleh digunakan untuk mengatasi masalah warna kulit tidak sekata. Langkah paling mudah adalah dengan mengaplikasikan jus lemon pada wajah dan biarkan ia selama 10 sehingga 15 minit. Selepas itu, bilas wajah dengan air sejuk dan ulang aktiviti ini sehingga mendapat hasil yang diingini.

Kulit buah oren atau jus kentang juga boleh dijadikan alternatif menggantikanjus lemon. Caranya adalah keringkan kulit oren di bawah sinar matahari dan carikkan ia halus-halus serta simpan di dalam bekas.

Ketika ingin digunakan, campurkan kulit oren tersebut bersama susu dan ratakan pada seluruh wajah. Kemudian, bilas dengan air bersih selepas 15 minit. Bagi mendapatkan kesan terbaik, cuba lakukannya setiap hari.

Ubi kentang juga memiliki keistimewaan dalam memutihkan wajah. Potong kentang halus-halus dan letakkan pada wajah untuk tempoh 10 minit. Jika mahukan kesan yang ketara, lakukannya setiap hari dengan mencampurkan kentang tersebut dengan tepung.