Thursday, October 27, 2011

7 Perkara Tidak Boleh Diubah Dalam Hidup

Dalam kehidupan ini ada tujuh hal yang kita TIDAK BOLEH ubah iaitu :
1. Jenis Kelamin dan Jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah alat sulit. Tetapi masih tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Lagipun hukumya haram. Terimalah diri seadanya samada lelaki atau wanita.
2. Ibu BapaMesti hormat ibu bapa dengan apa cara sekalipun! Samada dia kaki botol, pelacur mahupun perompak, tetap kena hormat mereka. Cuma kita wajib memberi nasihat dan teguran tanpa henti.
3. Tarikh LahirSudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan sejak azali dan jangan sesekali kita menyesalinya.
4. Bentuk FizikalJika rambut anda kerinting, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kulit gelap, terima sajalah. Memang ramai yang ingin mengubah bentuk wajah mereka samada membuat pembedahan plastik mahupun mencukur kening, tetapi tetap nampak aneh dan tidak semulajadi.
5. Masa LaluPast is the past. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk dijadikan sebagai pengajaran. Jadikan masa lalu sebagai batu loncatan untuk masa depan.
6. Kedudukan Dalam KeluargaKedudukan kita sebagai anak sulung, bongsu atau tengah, tidak akan dapat diubah sekalipun anda merasa beban memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.
7. Suku BangsaJangan menyesal jadi orang Melayu, Jawa, Cina atau India. Walaupun Melayu sering di’cop’ sebagai pemalas, berusahalah untuk mengubah tanggapan tersebut. Perkara yang kita boleh ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

Tuesday, October 18, 2011

Silatulrahim Yang Masih Kukuh

Salam semua...lama benar sudah tidak menulis di blogger ini..bizi memanjang..Last week dya pergi perkahwinan anak saudara bonda..di Ayer Keroh, Melaka.Paling seronok dapat berjumpa mereka. Majoriti semuanya hadir di majlis yang meriah itu.Bertemakan hijau.alam flora..Anak first lah katakan..Lelaki pulak tue..memanglah ramai.Dya jumpa semua sepupu.makcik,pakcik.saudara-mara yang jauh berkumpul disitu.Hanya 1@2 orang cousin yang tidak hadir..De urusan masing2..Dari Segamat,Batu Pahat,Kuala Lumpur bersemuanya bersatu di situ..Dya rasa majoriti cousin ramai yang sudah berkahwin..(tinggal dya je lum..isyallah next year yer)..Masing2 membawa anak time 2..Kerenah si kecil membuat dya terhibur..